
Apabila pakaian seperti baju dan seluar yang berwarna sudah diguna pakai dalam satu jangka tempoh masa yang lama, sudah pasti warna pada fabrik pakaian anda sudah kian menjadi pudar dan lusuh.
Meski warna pada fabrik tersebut telah menjadi pudar dan tidak lagi seperti asal, adakalanya pakaian ini masih berada dalam keadaan baik dan masih lagi boleh diguna pakai.
KIni, ada satu rahsia dan kaedah yang boleh anda lakukan bagi mengembalikan warna pada fabrik pakaian anda yang sudah lusuh kembali berseri seperti baharu.
Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah hanya mencuci pakaian tersebut dengan sabun pencuci ‘ajaib’ keluaran jenama Perwoll Renew ini.
Sabun pencuci ‘ajaib’ ini dipercayai berkesan untuk mengembalikan fabrik pakaian yang sudah lusuh dan pudar kembali berseri dengan hanya satu cucian sahaja.
Jika anda mahu mendapatkan serbuk pencuci ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Dekorasi Berkonsepkan Rustic, Hasilkan Ruang Dalaman Rumah Daripada Gabungan Elemen Kayu, Batu & Warna Alam Sekitar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Atasi Tandas Tersumbat Guna Garam Dan Campuran Ini, Terus Lancar!

Isi Kandungan
ToggleTandas yang tersumbat pasti akan menggangu aktiviti harian di rumah anda.
Kegiatan ke depannya jadi terhalang lantaran air dan kotoran tidak boleh bergerak dengan lancar. Berikut kami kongsikan cara atasi lubang tandas tersumbat menggunakan garam dan campuran.
Atasi Tandas Tersumbat Guna Garam Dan Campuran Ini, Terus Lancar!
Langkah-langkah:
- Sediakan Bahan-bahan:
- Garam kasar (satu cawan)
- Baking soda (setengah cawan)
- Cuka putih (satu cawan)
- Air panas (dua liter)
- Tuangkan Garam ke Dalam Lubang Tandas:
- Ambil satu cawan garam kasar dan tuangkan terus ke dalam lubang tandas yang tersumbat.
- Biarkan garam berada di dalam lubang tandas selama kira-kira 10-15 minit. Garam membantu mengurangkan minyak dan sisa-sisa yang melekat pada dinding paip.
- Tambah Baking Soda:
- Selepas 10-15 minit, tuangkan setengah cawan baking soda ke dalam lubang tandas. Baking soda membantu meningkatkan kecekapan proses pembersihan.
- Tuangkan Cuka Putih:
- Kemudian, tuangkan satu cawan cuka putih perlahan-lahan ke dalam lubang tandas. Reaksi antara baking soda dan cuka akan menghasilkan buih yang membantu melonggarkan sisa-sisa yang tersumbat.
- Biarkan Campuran :
- Biarkan campuran garam, baking soda, dan cuka bereaksi selama 15-20 minit. Pastikan tiada air digunakan dalam tempoh ini untuk membolehkan campuran bekerja dengan efektif.
- Bilaskan dengan Air Panas:
- Selepas 15-20 minit, didihkan dua liter air dan tuangkan air panas ini ke dalam lubang tandas secara perlahan-lahan. Air panas membantu melarutkan sisa-sisa yang telah dilonggarkan oleh campuran tadi.
- Ulangi Proses jika Perlu:
- Jika lubang tandas masih tersumbat, ulangi proses ini sekali lagi. Kadangkala, sumbatan yang teruk memerlukan beberapa kali rawatan untuk benar-benar membersihkannya.
Tips Tambahan:
- Elakkan daripada menggunakan bahan kimia yang keras kerana ia boleh merosakkan paip dan mencemarkan alam sekitar.
- Lakukan penyelenggaraan berkala dengan menggunakan campuran garam, baking soda, dan cuka setiap bulan untuk mengelakkan masalah tersumbat.
- Jika masalah masih berterusan, mungkin perlu mendapatkan bantuan daripada profesional untuk menyelesaikan masalah ini.
Menggunakan garam sebagai salah satu cara untuk mengatasi lubang tandas tersumbat adalah kaedah yang murah dan efektif. Ia juga lebih mesra alam berbanding penggunaan bahan kimia yang keras. Selamat mencuba!
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga
Baca Lagi Di Sini:Pokok PUDINA Kekal Segar & Hijau Bertahun-Tahun, Ini Tip Bila Daun Jadi Hitam
Artikel Menarik:Pokok Lidah Ibu Mertua Mudah Untuk Dijaga Dalam Rumah
Sumber:Muhammad Nazri
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nafas Baru Bilik Air ‘Mewah Glam’, Guna Barang Dekat Shoopee!

Isi Kandungan
ToggleBilik air bukanlah ruang yang menjadi kepentingan dalam rumah. Jarang kali kita melihat pemilik akan mengubah suai bilik air. Kalau buat renovasi tandas pun sebab rumah itu dah didiami lebih 20 tahun. Kini kesedaran untuk menghias bilik air mula mendapat hati oleh pemilik rumah. Sebenarnya bila bilik air cantik baru la selari dengan ruang yang lain.
Bilik air ini penting sebenarnya untuk kelihtan cantik dan sempurna macam tandas hotel. Dari tandas jugalah kita dapat tahu tahap disiplin dan kebersihan pemilik rumah itu. IMPIANA tertarik dengan perkongsian Nurlailah Khadijah. Perkongsiannya adalah mengenai renovasi bilik air lama kepada “konsep mewah glam” guna barang dari shopee!
Apa yang membuatkan perkongsian kali ini lebih menarik adalah kerana renovasi yang dibuat untuk tandas miliknya sangat luar biasa. Bayangkan dari tandas yang kelihatan suram sebelum ini ditukar dengan gaya mewah dan siap ada lampu chandelier lagi. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi olehnya.
Before and after toilet renovation.
Alhamdulillah settle juga project pkp 2.0. Terima Kasih husband sponsor untuk projek renovasi ini. Alang-alang nak baiki toilet, terus nak buat toilet idaman. Asalnya toilet tu baik baik saja, tapi satu hari di bulan october tahun lepas, isteri cuci toilet tuang asid setengah botol kemudian biarkan selama sejam baru nak berus. sekali bukan kotoran semua hilang, segala warna tiles pon terhakis habis. Tiles asal warna hitam terus jadi putih.
Kemudian November tahun lepas suami pun approve untuk renovasi balik toilet ni.
Biasanya tiles untuk dinding bathroom, disarankan guna saiz 2×1 atau saiz lagi kecik. Sebab kalau saiz 2×2 atau lagi besar kemungkinan tiles akan jatuh atau pecah. Sebab bila saiz besar and naik sampai 10 kaki kat atas siling, takut kalau simen tak betul sebab saiz besar sangat, nanti tiles akan jatuh. Info ni dari kedai tiles. Jadi untuk bilik air ini guna 2×1 kaki.
Boleh beli barang-barang dekor dekat sini
- Tiles white marble pattern – Link Shopee : https://invol.co/cl5aren
- Tiles wood pattern herringbone – kedai jubin sungai merab
- Tiles backsplash black marble- Link Shopee : https://invol.co/cl5argw
- Shower head set – Link Shopee : https://invol.co/cl5arhd
- Bidet set – Link Shopee : https://invol.co/cl5arhr
- Sink – Link Shopee : https://invol.co/cl5arid
- Sink faucet – Link Shopee : https://invol.co/cl5aris
- Mirror – Link Shopee : https://invol.co/cl5arjg
- Chandelier 30cm – Link Shopee : https://invol.co/cl5ark5
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
9 Tip Dekorasi 2018 Yang Mudah Dan Murah! Pasti Semua Orang Boleh Buat.

Menyambut tahun baru dengan azam yang baru, jadi tidak salah jika kita ubah dekorasi kediaman kita untuk kelihatan lebih baru supaya dapat merasa sedikit kelainan di tahun 2018. Namun, hendak menghiasi kediaman tetapi terikat dengan bajet yang sedikit untuk menghiasinya, sememangnya sesuatu tugas yang berat. Seraya itu, IMPIANA sediakan sembilan tip dekorasi berikut dengan sentuhan moden yang mudah dan murah tanpa kamu perlu berbelanja banyak.
1 – Kamar Tidur
Sebagai seorang dewasa, tidur yang cukup dan nyaman sangat berharga. Ini bermakna, anda perlu membeli atau memilih tilam yang benar-benar selesa. Beli juga beberapa bantal yang empuk dan tambahkan sentuhan moden dengan satu bantal berambu-ramba. Ruang tidur bakal cantik dan selesa juga apabila katil didekatkan dengan tingkap untuk pengudaraan dan cahaya.
2 – Kamar Mandi
Sebaiknya kamar mandi dicat sepenuhnya dengan warna putih. Padankan dengan warna-warna pastel seperti merah jambu atau biru muda. Hiaskan bilik mandi anda dengan sebuah lukisan pantai. Letak juga bunga sebagai penyeri yang turut bertindak sebagai penyegar semula jadi. Pastikan penyegar komersial turut diletakkan supaya bilik mandi anda wangi sentiasa.
3 – Ruang Pejabat Mini
Harus ada pada tiap kediaman moden. Sama ada anda setuju atau tidak, kadang kita terpaksa membawa pulang urusan pejabat balik ke rumah. Paling tidak, anda boleh gunakan ruang ini untuk menyelengara bil-bil bulanan, membantu latihan kerja-rumah anak atau sekadar tempat menulis diari. Ruang ini lah kamu boleh guna untuk menyimpan kertas, alatulis dan nota-nota kecil. Ruang pejabat mampu mematangkan seseorang.
4 – Ruang Buku
Kini kita hidup di zaman digital, tetapi tak menyangkal fakta yang kita sebenarnya lebih suka membaca buku fizikal daripada e-book. Benar bukan? Susun buku-buku atau novel anda itu secara kemas di atas rak atau para. Susun mengikut warna dan muka depan yang bergambar. Percayalah, ia bakal kelihatan seperti muzium buku di Eropah.
5 – Ruang Gambar
Kemasan gambar sangat penting. Jika anda penggemar hasil seni dan lukisan, cukup satu bingkai pada satu dinding. Jika anda bersifat kekeluargaan, beli set bingkai mini. Susun atas meja, atau tampal selari pada dinding. Pilih bingkai yang ringkas. Tak perlu bingkai yang keterlaluan dan berat coraknya kerana tujuan asal mahu menonjolkan gambar bukan menonjolkan bingkai.
6 – Ruang Makan
Penuh fungsi dan elegan, beli meja makan berwarna putih. Selepas itu susun pula set sudu dan garfu perak di tiap-tiap sisi pinggan. Letak sejambak bunga, tak kira apa jenis pun, pasti menaikkan lagi mood moden di ruang makan anda.
7 – Ruang Solek
Selain tampak classy dan timeless, ruang solek juga memperlihatkan dedikasi anda terhadap kecantikan. Susun dan kemas alat solek dan wangian anda. Cermin heksagon atau bulat amat sesuai buat ruang solek anda.
8 – Ruang Hijau
Selain menghadirkan unsur tenang dan damai, pokok hiasan dalaman memberi satu imej yang sangat moden. Ia juga membawa satu kenyataan bahawa anda seorang yang berjiwa bebas. Namun harus ingat, menyelenggara tanaman hiasan dalaman sangat memerlukan tahap kepakaran dan kesabaran yang tinggi.
9 – Ruang Tangga
Struktur yang besar namun sangat berguna. Bakal kelihatan semak dan serabut jika tidak dihias dengan betul. Bagi ‘menyejukkan’ pandangan pada sudut ini, hias dengan aneka cermin. Selain menjadikan ruang tampak luas, ia mudah, ringkas dan sofistikated.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI