Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.

Apartment yang didiaminya berkeluasan 960 kaki persegi berkapasiti sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering serta balkoni dan memilih konsep skandinavia sebagai tema utama dekorasi.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar mengemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga. Menurut Fatin, suaminya Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.

“Saya memang minat mengemas rumah. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka kekemasan pada kediaman Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.

“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang teratur dan bersih. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali. Sifat mereka ini mungkin kerana sudah terbiasa melihat bagaimana saya menguruskan rumah.

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

DIY SCANDINAVIAN

“Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.

IKLAN

Ringkas & Moden

Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringkas namun moden.

“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak lebih cerah dan ceria.

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimalis. Secara keseluruhan tampak lebih menarik apabila saya gandingkan dengan cermin. Agar cermin ini lebih menyerlah, saya gunakan pita pelekat murah untuk membuat bingkai.

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

IKLAN

DIY SCANDINAVIAN

Apabila memfokuskan setiap ruang di kediamannya, untuk ruang makan, dia memilih meja makan berkonsepkan Scandinavia, walaupun ringkas namun nampak menarik.Pada masa yang sama, ruang tamunya cukup selesa, walaupun hanya menempatkan satu sofa panjang namun tetap menarik malah mereka sekeluarga sangat seronok menonton TV di sudut ini. Akhir sekali, bilik tidurnya ditekap dengan rona ungu agar tampak ceria ditambah dengan bingkai gambar anak-anak pemilik menambahkan keunikan ruangan ini.

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

Dia mengakhiri perbicaraan dengan berkongsi beberapa tip dekorasi untuk kemudahan pembaca IMPIANA di luar sana.

-Pilihan perabot biarlah bersesuaian dengan saiz kediaman dan ia perlu disusun mengikut peranan ruang.

-Pentingkan keselesaan, jangan terlalu ikutkan trend sehingga lari dari tema asal.

IKLAN

-Tidak perlu berbelanja dengan banyak, anda boleh hasilkan apa jua produk hiasan dengan teknik diy.

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

BACA: Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI