Syarikat pengeluar jubin terkemuka tanah air, Niro Ceramic Group kini telah memperkenalkan kerjasama mereka bersama jenama jubin Portino atau lebih dikenali sebagai Portofino, sebuah jenama yang diinspirasi daripada perkampungan nelayan dari negara Itali.
Jalinan kerjasama antara kedua-dua jenama ini diadakan setelah Niro Ceramic Group memperlihat jenama jubin yang diinspirasikan daripada ‘Italian Fishing Village’ semakin berkembang maju dipersada dunia jubin lalu memutuskan untuk berkerjasama dengan jenama tersebut.
Kolaborasi bersama jubin jenama Portofino yang terkenal dengan rekaan corak estetik dan mewah ini, Niro Ceramic Group mensasarkan kerjasama ini sebagai langkah kemajuan serta penambahbaikan untuk mengembangkan lagi pasaran industri jubin mereka.
“Saya amat teruja untuk melihat rangkaian jubin Portino mencapai pasaran runcit yang pastinya akan membuka lebih banyak kemungkinan idea yang kreatif. Apatah lagi lebih banyak siri jubin baharu yang akan diumumkan yang akan menambah kepada rangkaian produk Portino yang semakin berkembang dan serba boleh,” kata Ian Kok, Pengarah Urusan Kumpulan Niro Ceramic apabila beliau berkongsi apa yang beliau nantikan melalui Program Perkongsian Portino ini.
Menerusi program kerjasama Portino ini, Niro Ceramic Group kini boleh membawa reka bentuk jubin yang lebih bergaya dan tidak ketinggalan zaman kepada segmen pasaran runcit dan projek. Ini juga termasuk 5 siri jubin baharu daripada Portino:
- Jubin format besar: Portino Plus
- Jubin marmar bersaiz 60x120sm dan 80x80sm: Eleganz
- 2 siri kayu: Madeira & Albar
- Permukaan marmar matte kepada siri Como sedia ada
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.niroceramic.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: (VIDEO) Ramai Tak Tahu Periuk Non-Stick Antara Punca Penyakit Barah, Ini Sebabnya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.
Untuk faham lebih lanjut, baca saranan daripada Perunding Hartanah, Zam Sani mengenai 4 perkara penting yang perlu dilakukan sebelum membeli rumah pertama sebagai panduan.
Ramai anak muda yang masih tak tahu apa yang perlu mereka lakukan sebelum beli rumah. Hanya perlu fokus pada 4 proses ni :
LANGKAH 1: Sebelum Beli Rumah Pertama
LANGKAH 2: Kos Beli Rumah Pertama
LANGKAH 3: Dokumen Beli Rumah Pertama
LANGKAH 4: Proses Beli Rumah Pertama
#LANGKAH 1
SEBELUM BELI RUMAH PERTAMA
Harus Tahu
1. Lokasi Rumah.
2. Jenis Geran Rumah.
3. Harga Semasa Rumah.
4. Pelan & Kelengkapan Rumah.
5. Keadaan Komuniti Sekitar Rumah
6. Kemudahan Dalam Radius 3KM Rumah
LOKASI RUMAH : Rumah di luar bandar mungkin lebih murah, tetapi jaraknya yang terlalu jauh dengan pusat bandar menyebabkan banyak urusan menjadi lebih sukar dan anda akan menghabiskan banyak masa di atas jalan raya.
JENIS GERAN RUMAH : jenis geran rumah adalah faktor yang menyumbang kepada harga rumah. Rumah jenis pegangan bebas (freehold) adalah lebih tinggi berbanding pegangan pajakan (leasehold).
HARGA SEMASA RUMAH : boleh turun dan naik di antara 4% – 7% setahun bergantung kepada booster hartanah di kawasan itu. Sentiasa semak harga di portal hartanah online seperti Brickz.my, Propertyguru dan iproperty.
PELAN & KELENGKAPAN RUMAH : Perlu disemak supaya anda tahu jumlah bilik, soket elektrik, paip air, parkir dan kemudahan untuk rumah high rise seperti lif, kolam renang, gymnasium.
KEADAAN KOMUNITI SEKITAR RUMAH : Korang kenal pasti siapakah jiran tetangga anda, keadaan trafik di waktu puncak dan suasana pada siang hari dan malam hari sekitar rumah.
KEMUDAHAN DALAM RADIUAS 3KM RUMAH : adalah faktor terpenting di mana anda perlu tahu infrastruktur seperti lebuhraya, jalanraya, pengangkutan awam, pasaraya, restoran makanan segera dan kedai serbaneka yang mempunyai ATM.
#LANGKAH 2
KOS BELI RUMAH PERTAMA
Terdapat 9 kos yang perlu anda tahu untuk beli rumah pertama iaitu :-
⦁Deposit
⦁Earnest Deposit
⦁Yuran Guaman SPA
⦁Duti Setem SPA
⦁Yuran Guaman
⦁Duti Setem
⦁Yuran Penilai Hartanah
⦁Insurans Rumah
⦁Kos Tersembunyi Lain-lain
DEPOSIT : adalah kos wajib untuk beli rumah dengan nisbah 10% daripada harga rumah dan baki 90% lagi, anda boleh buat pinjaman dari bank.
EARNEST DEPOSIT : adalah 3.18% daripada deposit 10% dan bukan kos tambahan. Anda hanya perlu bayar sekiranya anda bersetuju membeli rumah tersebut selepas selesai sesi viewing dan menandatangani surat perjanjian.
YURAN GUAMAN SPA : bergantung kepada harga rumah yang anda beli dan struktur kosnya adalah :-
RM500,000 pertama : 1%
RM500,000 seterusnya : 0.80%
RM2 juta seterusnya : 0.70%
RM2.5 juta seterusnya : 0.50%
Lebih RM7.5 juta : 0.50%
DUTI SETEM SPA pula tambahan dari yuran guaman SPA dan struktur kosnya adalah :-
RM100,000 pertama : 1%
RM100,001 – RM500,000 : 2%
RM500,001 – RM1 juta : 3%
RM1 juta ke atas : 4%
Yuran guaman kedua (Dokumentasi bank) pula sama nilainya dengan yuran guaman SPA. Akan tetapi, kadar peratusan yang dikenakan berbeza di mana kos yang terlibat adalah jumlah pinjaman hartanah dari bank atau institusi kewangan dan bukan harga jualan rumah.
Jika harga rumah yang anda beli adalah RM300,000 dan pinjaman hartanah dari bank adalah RM90% (RM270,000).
Maka kiraannya adalah, RM270,000 X 1% : RM2,700
DUTI SETEM : kedua pula kosnya adalah 0.5% ke atas jumlah pinjaman hartanah yang anda mohon di bank.
Maka kiraannya adalah, RM270,000 X 0.5% : RM1,350.
YURAN PENILAIAN HARTANAH : atau valuation fee biasanya dikenakan sekiranya anda ingin membeli rumah second (subsales).
Kosnya bergantung kpd harga rumah yg anda beli dan struktur kosnya adalah :
RM100,000 pertama : 0.25%
RM100,001 -RM2 juta : 0.20%
RM2.1juta – RM7 juta : 0.167%
Memandangkan tempoh pinjaman hartanah dari bank biasanya memakan masa yang lama (30 tahun), anda sebagai pembeli rumah pertama wajib mengambil insurans hartanah.
Anda boleh pilih untuk mengambil polisi insurans atau takaful hartanah jenis MRTT atau MRTA dan MLTT dan MLTA.
Harga premium untuk MRTT atau MRTA adalah lebih rendah berbanding MLTT dan MLTA.
Akan tetapi, bayaran MRTT atau MRTA adalah secara lumpsum manakala MLTT atau MLTA adalah secara bulanan, suku tahunan atau tahunan.
Akhir sekali adalah kos tersembunyi lain – lain yang wujud dalam pembelian rumah pertama. Antaranya adalah :-
⦁Kaveat
⦁Perbelanjaan Am
⦁Carian Status Muflis
⦁Carian Geran Hartanah
⦁Pendaftaran Pejabat Tanah
⦁Kos penyelenggaraan yang tertunggak
#LANGKAH 3
DOKUMEN UNTUK BELI RUMAH PERTAMA
Dokumen untuk beli rumah pertama bagi golongan bekerja sendiri dan makan gaji adalah berbeza. Ramai pembeli rumah pertama keliru dan tersilap dalam menyediakan dokumen untuk beli rumah.
Untuk golongan yang makan gaji, ini senarai dokumen yang anda perlukan:
⦁Salinan kad pengenalan
⦁Slip gaji 3 bln bergaji tetap
⦁Slip gaji 6 bln untuk elaun, OT & komisen
⦁Penyata bank terkini 3 bulan (akaun gaji)
⦁Penyata bank terkini 6 bulan untuk elaun, OT & komisen
⦁Penyata KWSP terkini
⦁Penyata tahunan BE @ EA 2 tahun terkini
⦁Surat pengesahan bekerja dari majikan
⦁Surat perjanjian dengan bank jika ada komitmen lain (Kereta, Pinjaman Peribadi & ASBF)
Manakala, untuk golongan yang bekerja sendiri, ini senarai dokumen yang anda perlukan :-
⦁Salinan kad pengenalan
⦁Salinan set SSM
⦁Form B (2 Tahun)
⦁Penyata bank syarikat terkini 6 bulan
⦁Profil syarikat
⦁Penyata bank 6 bulan pemohon
⦁Slip pendapatan tambahan 6 bulan
⦁Surat perjanjian dengan bank jika ada komitmen lain (Kereta, Pinjaman Peribadi & ASBF)
⦁Dokumen lain yang berkaitan
#LANGKAH 4
PROSES BELI RUMAH PERTAMA
1. Lantik ejen hartanah dan peguam hartanah untuk kendalikan segala proses dan urusan jual beli hartanah.
2. Anda perlu membayar booking fee sebanyak 3% daripada harga rumah.
3. Anda perlu membayar baki 7% daripada harga rumah selepas menandatangani Sale & Purchase Agreement (SPA)
4. Penjual akan membayar komisen kepada ejen hartanah. 5. Anda diberi masa 90 hari untuk selesaikan baki pinjaman bank kepada pihak penjual.
6. Peguam hartanah akan menguruskan semua proses pertukaran nama geran hartanah setelah pihak bank menerima pembayaran dari anda.
7. Anda perlu menjelaskan bayaran bayaran hartanah kepada penjual setelah peguam hartanah menukar nama pada geran di Pejabat Tanah.
8. Penjual wajib serahkan kunci rumah kepada anda. Kesimpulannya, tak susah pun untuk anda beli rumah pertama asalkan anda tahu objektif asal untuk beli rumah iaitu untuk didiami atau sebagai aset pelaburan.
Tips: Jangan tukar objektif di saat akhir kerana telah ramai pembeli rumah yang terciduk akibat tidak tahu strategi pelaburan hartanah yang betul.
Jika anda serius untuk beli rumah pertama pada tahun 2024 ini, nasihat saya carilah ejen hartanah berdaftar yang sah untuk bantu anda.
IMPIANA: Semoga bermanfaat perkongsian ilmu mengenai pembelian rumah pertama ini. Ingat fokus kepada 4 perkara penting ini dan semoga menjadi panduan dalam membeli rumah yang diimpikan.
Mesti Baca:Beli Rumah Pertama Pastikan Ada 7 Ciri Ini, Nasihat Dari Perunding Hartanah!
Baca Lagi Di Sini:Kali Pertama Buat Dekorasi Rumah, Pasangan Ini Tidak Jadikan Jenis Rumah Kampung Sebagai Penghalang Untuk Miliki Kediaman Cantik
Artikel Menarik:Keutuhan Rumah Warisan 88 Tahun, Dipasak Guna Kayu Cengal & Merbau Tanpa Paku
Sumber: Zam Sani
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tidak Langsung Menggunakan Khidmat Pereka Hiasan Dalaman, Lan Solo & Isteri Dekorasi Rumah Mengikut Citarasa Sendiri
Menerusi episod kedua Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman milik penyanyi popular Lan Solo.
Ketika sesi temu ramah bersama Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof dan isteri, pasangan ini telah memaklumkan mahligai indah ini dibina hasil titik peluh daripada wang simpanan yang sudah lebih 13 tahun menabung.
Dalam pada itu, pasangan ini juga memberitahu proses pembinaan kediaman baharu mereka ini telah memakan tempoh masa selama lima tahun untuk siap sepenuhnya sehingga boleh didiami.
Apabila diajukan soalan mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Lan dan juga isteri memaklumkan bahawa mereka tidak memiliki sebarang konsep mahupun tema rekaan hiasan dalaman rumah.
Katanya lagi, kesemua idea konsep dan pemilihan perabot hiasan dalaman rumah adalah seratus peratus mengikut selera dan citarasa yang tersendiri. Malah, pasangan ini juga tidak menggunakan atau mendapatkan khidmat nasihat pakar rekaan hiasan dalaman rumah bagi kediaman terbaharu mereka ini.
Lihatlah hasilnya seperti yang tertera pada gambar di bawah sememangnya amat menakjubkan dan ternyata kediaman yang direka dengan dekorasi hiasan dalaman mengikut citarasa sendiri ini juga boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak cantik serta indah kan?
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Lan Solo? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Bertemakan Konsep Moden Tropikal Bali, Langsir Rumah Ain Edruce Mencecah Nilai RM20,000!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nippon Paint hargai Frontliner
Nippon Paint mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan dari Hospital Sungai Buloh dengan menyumbangkan lebih dari 1,000 liter cat anti-virus untuk pengecatan semula hospital melalui inisiatif #RuangSelamat
Penyedia Lapisan Jumlah No. 1 Malaysia, Nippon Paint telah menyumbang lebih dari 1,000 liter inovasi terbarunya, cat anti-virus dan anti-bakteria pertama, Nippon Paint VirusGuard, ke Hospital Sungai Buloh sebagai penghargaan atas dedikasi dan usaha barisan hadapan mereka selama ini masa yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia pada bulan Disember 2019 dan sepanjang pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan ('MCO') hingga kini, barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan keberanian yang tinggi terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia. Bekerja tanpa lelah sepanjang masa untuk meratakan lengkung kes COVID-19, mereka telah memainkan peranan penting dalam melindungi masyarakat kita. Mengingat peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara pada masa ini, sangat penting bagi semua orang untuk memainkan peranan mereka dalam mematuhi langkah keselamatan dan kebersihan untuk meratakan lekukan selama masa yang mencabar ini.
Sebagai menghargai usaha mereka, Nippon Paint secara khusus memilih cat anti-virus dan anti-bakteria Nippon Paint VirusGuard untuk pengecatan semula premis hospital. Ini wujud di bawah inisiatif #RuangSelamat yang merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selamat untuk semua. Lebih penting lagi bagi barisan hadapan yang berisiko tinggi kerana mereka terus menyelamatkan nyawa dan membantu menjaga keselamatan negara semasa masa penting ini.
Sebagai penyelesaian lapisan mesra alam, penggunaan Teknologi Ion Perak oleh Nippon Paint VirusGuard berkesan dalam mencegah penyebaran virus dan bakteria melalui pendekatan tiga langkah:
mematikan fungsi virus dan bakteria
mengurangkan keupayaannya untuk membiak dan membiak dan;
menghambat pertumbuhannya yang akhirnya menyebabkan kematian bakteria dan virus
Baru dilancarkan di pasaran Malaysia, Nippon Paint VirusGuard diuji terhadap Human Coronavirus, ATCC VR-740, strain 229E oleh Analytical Lab Group dan menggunakan Silver Ion Technology yang menunjukkan pengurangan 99.9% dalam tajuk virus apabila terkena virus pada filem cat. Coronavirus manusia (strain 229E) adalah strain coronavirus pertama yang dikenal pasti dalam keluarga virus, yang berkaitan dengan gejala selesema biasa dan jangkitan saluran pernafasan. Sebagai tambahan kepada coronavirus manusia, Nippon Paint VirusGuard juga berkesan dalam mengurangkan pertumbuhan virus dan bakteria seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), Influenza A (H1N1), Escherichia coli dan Staphylococcus aureus.
“Barisan depan kami berada di barisan hadapan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan komuniti kami dan dengan itu, Nippon Paint mengucapkan terima kasih yang sangat tinggi atas usaha tanpa pamrih mereka terutama pada masa yang mencabar ini. Sebagai sebahagian daripada perjalanan kesejahteraan Nippon Paint, kami terus menyedari betapa pentingnya mewujudkan persekitaran yang selamat sepanjang masa melalui peningkatan ruang dan meningkatkan keselamatan mereka dengan memberikan mereka penyelesaian lapisan yang tepat. Dengan ini, selain daripada terus berwaspada dan mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan, kami ingin menekankan kepada semua rakyat Malaysia mengenai pentingnya menjaga tahap kesihatan dalaman yang sihat melalui inisiatif #RuangSelamat ini, "kata Datin Wong Meng Lee, Penolong Jeneral Pengurus Pemasaran, Nippon Paint Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Nippon Paint VirusGuard, sila lawati, www.nipponpaint.com.my/virusguard/keepingeveryonesafe
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI