Bersempena sambutan Hari Malaysia yang bakal menjelang pada tanggal 16 September depan, syarikat aplikasi foodpanda Malaysia tidak melepaskan peluang untuk meraikan bersama orang ramai dengan beraneka jenis makanan warisan tempatan hasil air tangan HomeChef mereka sendiri.
Dalam ingin menyempurnakan keazaman untuk menggamit kenangan nostalgia makanan warisan Malaysia, foodpanda telah memperkenalkan beraneka jenis kuih-muih yang lazat dan menjadi kegemaran ramai seperti Karipap, Onde-Onde, Cucur Badak, Pulut Panggang, Keledek Goreng dan Kek Sarang Semut.
Ketua Pegawai Eksekutif, foodpanda Malaysia berkata, “Hasrat kami adalah untuk membantu HomeChef ini supaya mereka terus memperoleh pendapatan. Ramai di antara mereka memulakan perniagaan ini selepas kehilangan sumber pendapatan utama semasa pandemik. Minat mendalam di bidang masakan dan rasa kasih terhadap makanan telah menarik minat kami untuk bekerjasama dengan mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan ke ‘dapur’ mereka untuk menikmati makanan lazat yang dimasak di rumah. Kami berharap dengan pelancaran HomeChefs, kami dapat memberikan bantuan yang mereka perlukan untuk menjangkau asas pelanggan yang lebih luas.”
Dalam usaha foodpanda untuk membantu peniaga kecil, HomeChef telah dilancarkan sebagai satu inisiatif yang dimulakan oleh foodpanda untuk menyediakan platform kepada bakal chef untuk memperoleh pendapatan sambil melakukan apa yang mereka gemari seperti memasak.
Melalui pengenalan ini, orang ramai yang tidak mempunyai modal untuk membuka kedai masih boleh memasak dari dapur mereka untuk mencari sumber pendapatan sekaligus mencapai matlamat keusahawanan mereka.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Fungsi papan pemotong di dapur memang tidak dapat disangkal lagi. Kepentingannya ibarat air dan udara buat manusia. Tetapi malangnya, jangka hayat bagi sesebuah papan pemotong tidak lama. Lebih-lebih lagi jika digunakan setiap hari, papan pemotong akan cepat kotor, tambahan pula ia juga mudah menjadi pusat perkumpulan dan pembiakan kuman!
Jadi bagi menjamin makanan yang disediakan untuk keluarga kita bersih dan selamat, adalah lebih baik jika kita mencuci papan pemotong dengan kerap. Tidak memadai hanya dicuci menggunakan sabun setiap kali selepas diguna, ahli kimia Dr Fatimah Salim ada berkongsi cara mencucinya dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Mari kita semak perkongsian bermanfaat ini.
CUCI PAPAN PEMOTONG TANPA SENTAL
Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?! Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
CARANYA:
• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Bahan kimia dalam Clorox ini larut dalam air dan mudah meruap. Maka, dengan merendam seterusnya membasuh dengan air tidak akan meninggalkannya pada papan pemotong ini.
3) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
4) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Buat Sendiri Kabinet Dapur, Beli Barang Shopee Modal Tak Sampai RM 1k . Rakyat Malaysia sekarang dah suka DIY. Dari sekecil-kecil benda, sampai lah sebesar-besar perabot. Walaupun tak ada pengalaman atau kemahiran, ia bukan menjadi halangan. Yang penting, rajin macam En. Dauz Zeze. Menariknya, En Dauz membeli semua keperluan membina kabinet dapur ni dalam shopee je dan modal tak sampai RM 900.
Alhamdulillah siap jugak kabinet dapur PKP 3.0 hehe. semuanya buat sendiri dari design sampailah pada pemasangan. Dari sekeci-kecil barang seperti skru smpai la papan melamine board ni pun semua beli dekat shopee.Bagi je ukuran & kuantiti papan yang kita nak pakai. Zaman online ni semua main oder je. Nak kata senang sangat buat kabinet ni pun Tak juga tapi yang penting kena rajin dan banyak bersabar hehe. Tambah-tambah rumah yang ada anak kecik memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi sebab semua kerja-kerja buat dekat ruang tamu haha.
Semua blajar dari youtube dan google je. Ni pun first time main kayu, last buat projek kayu masa form 1 buat tempat sangkut kunci. tapi alhamdulillah la ada jugak rupa kabinet dapur ni. kos utk buat kabinet ni total lebih kurang RM900++ la jugak. kos tu untuk buat 2 kabinet. kabinet panjang size 210cm x 80cm & satu lagi 80cm x 40cm nk letak atas peti ais. kalau panggil orang kabinet taknpasti harga market sekarang tapi bagi yang mana ada kewangan lebih & tak nak pening kepala upah je orang hehe. Yang mana nak try buat sendiri di setiap gambar ada simple tutorial & link shopee untuk beli barang
1. Mula-mula pastikan rangka rekaan dan ukuran dapur yang diinginkan. Peringkat ni penting untuk pastikan apakah barang-barang yang diperlukan. Perlu ingat, tebal papan milamin ni 15mm. Jadi perlu ambil kira ukuran ketebalan papan milamin masa membuat ukuran. Nanti takut oversize pula.
Kalau terlebih size, memang boleh potong sendiri. Tapi dah tak cantik sebab bila potong dah tak ada lapisan laminated tu.
Ni contoh papan milamin yang di tempah dari shopee
2. Bila papan yang di tempah dah sampai, boleh lah mula susun dulu macam ni. Masa beli melamine board ni dekat shopee harga postage masih ok lagi dan berbaloi. Tapi lepas shopee ubah rules, untuk barang bersize besar memang jauh beza. Jadi, kalau ada kedai-kedai jual milamine bord di rumah, boleh terus beli je. Tapi kalau nak beli kat shoppe juga, klik link ni https://invol.co/cl8zbcs
3. Nak buat design cantik sikit macam pintu ala-ala english, boleh guna papan MDF batten wall size 2 inci tebal 9mm. Potong ikut ukuran papan. Lekat pakai gam dulu baru paku. Kalau ada ruang antara sambungan, bioleh letak wood filler dan gosok dengan kertas pasir Harga batten wall ni RM 2.50 untuk panjang 4 kaki. Boleh klik link ni nak beli batten wall https://invol.co/cl8zbev
4. Dah siap skru, boleh lah mula balut. Wallpaper design kayu macam ni RM 16.50 untuk 50cm X 5m. Wallpaper beli kat shopee je murah ni link nya https://invol.co/cl8zbhahttps://invol.co/cl8zbha
Ni hasil selepas di balut. Nak lagi kemas, guna dryer untuk panaskan wallpaper tu sambil tekan
5. Untuk lekatkan Hinge atau engsel, Perlu tebuk lubang. Secara asasnya hinge ni ada 3 jenis iaitu full close, half overlay dan insert. Saya pakai yang ni https://invol.co/cl8zbj4 6. Untuk tutup bahagian belakang kabinet dapur, boleh guna playwood tebal 3mm size 4 kakix8kaki. Baru RM 28 sekeping. Tapi perlu potong ikut size kabinet dapur dan balutkan dengan wallpaper sebelum paku pada bahagian kabinet
7. Untuk kemasan boleh pasang pemegang. Yang macam ni RM 6.43 je dekat shopee ni link nya https://invol.co/cl8zbto
8. Terakhir sekali, pasang lampu LED dalam kabinet dan juga hydraulic support untuk pintu yang buka ke atas. Rak pinggan tu macam-macam size. Masa mula-mula design kabinet dapur ni kene amik kira size rak pinggan ni. Untuk projek ni saya pakai size 600mm
Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya. Namun kali ini LAMAN IMPIANA nak galakkan anda untuk hasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda. Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan
Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.
Perisa:
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO
Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol
Cara pembuatan :
1. Potong semua buah-buahan
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama
Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.
Penggunaan:
Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.
1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.
Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.