Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad melalui anak syarikatnya KOPETRO Ventures Sdn. Bhd., telah menganjurkan sebuah majlis Hari Terbuka KVClean di ruang legar Megan Avenue II di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur hari ini bagi melancarkan produk baharu jenama KVClean.
Dimeriahkan dengan jualan promosi pakej produk-produk KOPETRO, Hari Terbuka KVClean juga telah dihadiri wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga, wartawan media cetak dan media elektronik serta para jemputan yang berada di sekitar kawasan Megan Avenue II. Turut sama hadir memberikan sokongan terhadap program ini ialah wakil-wakil daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Mula beroperasi sejak April 2019, KVClean menawarkan servis penjagaan dan pembersihan lengkap termasuk servis penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta servis disinfeksi. Kesemua perkhidmatan KVClean dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini bagi memastikan pelanggan mendapat servis yang terbaik.
Ads
Pengerusi Bahagian Perdagangan & Servis Peruncitan, Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman memberitahu dalam ucapan pembukaannya bahawa Hari Terbuka KVClean diadakan bagi memperkenalkan jenama dan produk KVClean secara rasmi kepada masyarakat.
“Masyarakat menjadi lebih prihatin tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Persekitaran yang selamat dan bersih amat dititikberatkan orang ramai demi menyambung kelangsungan hidup dan meneruskan produktiviti perniagaan dalam mengharungi kehidupan pasca Covid-19” ujar Wan Ahmad Tarmizi.
Bertemakan ‘Green & Clean’, KVClean beraspirasi untuk menjadi sebuah jenama yang melindungi alam sekitar dan menjadi pemangkin dalam merencanakan kesejahteraan alam sekitar.
Ads
Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dan produk penjagaan kebersihan di dalam kediaman dan ruang pejabat, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar bagi pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Penggunaan panel tenaga solar dapat memberi kesan positif kepada Rumah Hijau serta menjimatkan kos elektrik kediaman.
Istimewa sempena majlis pelancaran ini, KVClean menawarkan ‘Promosi Hari Terbuka KVClean’ yang merupakan pakej penyelenggaraan penyaman udara serendah RM50 satu unit sebulan, manakala bagi pembersihan pejabat, harga serendah RM399 sebulan ditawarkan bagi 8 sesi pembersihan selama 2 jam setiap sesi. Kedua-dua promosi ini sah bagi tempoh kontrak selama setahun khas buat pelanggan yang mendaftar pakej yang ditawarkan sepanjang majlis berlangsung.
Ads
Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan bagi servis yang disediakan oleh KVClean boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013-399 6788. Anda juga boleh mendapat butiran lanjut mengenai promosi dan senarai perkhidmatan daripada KVClean dengan mengikuti akaun media sosial @KVClean di Facebook & Instagram.
Baru-baru ni gempar kenyataan dari Choice Magazine yang dipaparkan oleh Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Coucil) berkaitan 60 jenama produk berasaskan tepung termasuk biskut yang dikilangkan di Malaysia tercemar dengan bahan Acrylamide dan Glycidol
Ramai lah mula gelabah dan boiket jenama yang terbabit. Antara jenama yang tersenarai adalah biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s
Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan yang memberi risiko kepada kesihatan. Acrylamide adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan. Namun bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.
Jom beli biskut GPR Royal British Butter Cookies ni. sedap! terjual hampir 100k di shopee https://invol.co/cl7ynxn
Menurut KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu350 µg/kg.
BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.
Tambahan menurut pengasas atau admin group Facebook Makmal Makanan (MAMA) Dr. Fatimah Salim, bahan tersebut bukan sahaja terdapat pada biskut yang tersenarai malah makanan harian lain seperti kuih, cekodok, kerepek, roti dan sebagainya.
Bahan utama roti/ biskut iaitu kanji akan bertindak balas pada suhu memasak yang tinggi itu sendiri akan menghasilkan bahan kimia contoh acrylamide ini. Kajian menunjukkan semakin gelap warna roti dimasak, semakin tinggi kandungan bahan kimia punca kanser ini.
Nak elak makan sepenuhnya, mustahil. Mereka mudah terbentuk dalam makanan harian kita yang dimasak terutamanya menggoreng dan memanggang. Boleh kurangkan dengan mengolah cara memasak kepada merebus atau mengukus. Namun tidaklah semudah itu berlakunya kanser. Banyak lagi faktor lain yang perlu dipertimbangkan.
Maka, bersederhana lah dalam pengambilan. Pelbagaikan makanan dan pastikan sentiasa ada sayuran hijau dalam diet yang mengandungi pelbagai fitokimia yang boleh ‘meneutralkan’ kesan hangusan makanan atau apa-apa juga bahan kimia kasinogen terdapat dalam makanan harian kita.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pos Malaysia melancarkan koleksi setem edisi terhad sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, yang memaparkan gabungan elemen senireka Islamik Arabes dan kaligrafi Kufi. Koleksi setem edisi terhad Hari Raya Aidilfitri 2020 ini boleh dibeli sekarang melalui atas talian di www.eziemall.com. Koleksi setem ini juga akan mula dijual di 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara mulai 18 Mei 2020. Reka bentuk setem Hari Raya Aidilfitri 2020 membawa maksud erti dan nilai perayaan Hari Raya seperti “Kemenangan” dalam menghadapi dugaan di bulan Ramadan dan keadaan yang mencabar, “Kesyukuran” di atas segala kurniaan yang diterima semasa bulan yang mulia ini dan “Keikhlasan” yang mencerminkan sifat jujur di dalam semua perkara, terutamanya pada masa-masa yang sukar ini. Melalui siri setem yang unik ini, Pos Malaysia berharap ia dapat melahirkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat Malaysia dan saling menerima kepercayaan dan budaya yang berbeza dan yang paling utama, sentiasa bersatu dan menjaga kebajikan satu sama lain terutamanya sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Ketua Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata “Kita sedang menghadapi norma baru pada tahun 2020 akibat daripada pandemik global ini dan adalah penting bagi kita untuk sentiasa tabah dan bersatu untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Tahun ini perayaan Hari Raya Aidilfitri amat berbeza buat semua, namun ia tidak bermakna semangat perayaan ini berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Koleksi setem Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menjadi penanda Kemenangan kita dalam mengatasi kesukaran ini, Kesyukuran atas keselamatan dan kesihatan yang baik dan Keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ahli masyarakat.”
Setem Hari Raya Aidilfitri 2020 ini berharga RM25.00 untuk setiap helaian setem dengan nilai muka RM0.60 untuk setiap setem. Pengumpul setem, peminat dan orang ramai harus memiliki koleksi ini, kerana hanya dicetak dalam jumlah terhad sebanyak 1,000 lembaran sahaja. Pengumpul setem dan orang ramai juga boleh membuka Standing Order Deposit Account (SODA) untuk memudahkan pembelian koleksi setem terkini serta menikmati faedah eksklusif yang ditawarkan oleh SODA.
Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA, boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos seluruh negara ataupun melalui atas talian di www.posonline.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai setem dan produk filateli yang lain, boleh menghubungi Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia di 03-2267 2267 samb 2000 atau emelkan pertanyaan anda ke filateli@pos.com.my. Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pos Malaysia juga menawarkan kempen dalam talian #RayaDiRumah untuk membantu usahawan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan peniaga kecil dengan mempromosikan perniagaan dan produk mereka.
Melalui kandungan media sosial #RezekiDiKongsi di Instagram dan Twitter, Pos Malaysia membolehkan para peniaga dalam talian berhubung dengan pelanggan-pelanggan melalui iklan di media sosial dan penglibatan sosial, serta berkongsi tips membeli-belah dan peringatan mengenai hari terakhir pengeposan untuk Hari Raya. Pos Malaysia juga ingin mengingatkan semua pelanggan untuk mengepos bungkusan Pos Laju dan Mel sebelum 18 Mei 2020 dan kad ucapan Hari Raya sebelum 20 Mei 2020 untuk memastikan serahan dapat dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat terkini mengenai perkhidmatan Pos Malaysia, aktiviti dan segala informasi terkini boleh didapati di pos.com.my, Facebook (facebook.com/PosMalaysiaBerhad), Twitter (twitter.com/pos4you) dan Instagram (instagram.com/pos4you).
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sudah menjadi kebiasaan apabila menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun, ramai yang akan pulang ke kampung halaman khususnya bagi mereka yang menetap di sekitar kawasan Lembah Klang.
Rentetan kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal diraikan, masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya sering berlaku dan dihadapi oleh semua pengguna jalan raya.
Foto sumber: The Star Online
Jadi, adalah lebih baik sekiranya anda dapat elakkan daripada turut serta menghadapi masalah tersebut dengan merancang perjalanan anda supaya lancar dan selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Oleh itu, semua pengguna jalan raya yang bakal menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan untuk pulang ke kampung disarankan merancang perjalanan anda dengan mengikuti cadangan waktu perjalanan oleh PLUS Malaysia.
Tetapi, sebelum itu ingin diingatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk memastikan baki kad Touch ’n Go dan eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
Semua pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.