Bagi anda yang sememangnya hari-hari memasak di dapur, mesti ada perkakas dapur seperti bekas atau balang rempah yang sudah lama, rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Sekiranya anda sedang masih mencari bekas atau balang rempah baharu dengan rekaan yang moden, anda boleh mendapatkan balang rempah Bumbu Series dari Kayangan Living.
Apa yang menariknya mengenai balang rempah Bumbu Series ini, ia diperbuat daripada kaca borosilikat lutsinar dan didatangkan sekali dengan penutup kedap udara yang diperbuat daripada kayu buluh.
Dengan dua pilihan saiz kapasiti 300ml dan 450ml, sememangnya amat sesuai untuk diisi pelbagai jenis rempah-ratus seperti serbuk kari, biji lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang dan banyak lagi.
Ads
Sekiranya anda mahu ia tampak lebih estetik dan menarik, anda juga boleh menampal pelekat label pada balang rempah anda!
Ads
Anda boleh mendapatkan balang rempah Bumbu Series ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Mungkin ada yang tidak pernah mendengar jenama ini, Waterco Malaysia yang telah lama menerajui dalam perkhidmatan penapis air yang banyak membantu rakyat Malaysia mendapat sumber air terbaik dan berkualiti tinggi.
Kini, Waterco Malaysia menerima pensijilan halal untuk produk penapis air yang dikeluarkan.
Peneraju penyedia penyelesaian sehenti untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, Waterco (Far East) Sdn Bhd (Waterco Malaysia) bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia setelah penerimaan rasmi Pensijilan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk produk penapis air keluaran mereka baru-baru ini, berikutan proses pengauditan yang menyeluruh pada produk dan sistem pengurusan pembuatan syarikat tersebut.
Langkah strategik ini adalah selaras dengan matlamat Waterco untuk bukan sahaja memastikan kepelbagaian produk dan ketersediaan perkhidmatan yang lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, tetapi juga untuk memastikan kualiti yang dihasilkan oleh kedua-dua segmen ini sentiasa melebihi jangkaan supaya para pengguna dapat menikmati produk berprestasi tinggi yang sentiasa selamat untuk digunakan. Di samping itu, Waterco Malaysia juga mahu melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan menyediakan produk yang selamat dan mesra alam.
“Kami sentiasa menekankan kepentingan prestasi dan keselamatan produk kerana ia adalah keutamaan dalam usaha kami untuk menyediakan persekitaran air yang selamat dan sihat untuk rakyat Malaysia. Selain itu, penerimaan pensijilan Halal ini membuktikan komitmen jitu Waterco untuk terus menambah baik perkhidmatan kami dan bertindak balas dengan cekap terhadap keperluan pasaran,” jelas Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco Malaysia.
Syarikat penyedia penyelesaian air terkemuka ini memulakan proses untuk mendapatkan pensijilan Halal pada awal Disember 2020. Waterco telah menubuhkan jawatankuasa Halal dalaman untuk memenuhi keperluan dan menubuhkan sistem jaminan halal dalaman (HAS), yang bertindak sebagai tulang belakang operasi mereka. Panduan ini memastikan semua keperluan Halal telah digabungkan sebagai sebahagian daripada operasi mereka yang kemudiannya diaudit oleh badan Pensijilan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan JAKIM. Kedua-dua JAIS dan JAKIM menjalankan pemeriksaan dan audit menyeluruh untuk mengesahkan asal-usul bahan mentah, saluran sumber dan kehadiran MSDS/CSDS, HACCP dan GMP.
Menurut Encik Koo, di sebalik halangan yang dihadapi dan SOP yang dilaksanakan semasa pandemik yang menyebabkan pemanjangan garis masa, perjalanan ini adalah satu keperluan bagi Waterco mengukuhkan kedudukan produk mereka dan meluaskan jangkauan mereka dalam penyediaan penapis air Point-Of-Entry (POE) untuk kegunaan kediaman, industri pemprosesan yang Halal, industri F&B dan banyak lagi. Ini juga akan memanfaatkan tempat yang memerlukan pemasangan produk yang disahkan Halal seperti tempat ibadat iaitu surau dan masjid, dan tempat makan Halal.
“Selepas penyelidikan dan kajian pasaran yang teliti, kami yakin bahawa pensijilan ini akan memberi manfaat kepada pertumbuhan perniagaan dan lebih penting lagi untuk pengguna semasa dan bakal pelanggan kami. Ia akan mendekatkan kami kepada matlamat kami untuk menyediakan persekitaran air yang sihat untuk keperluan harian sama ada untuk kegunaan komersial atau peribadi di seluruh negara,” kata Encik Koo.
Untuk maklumat lanjut tentang Waterco Malaysia, Pensijilan Halal dan inisiatifnya, sila layari: https://www.waterco.com.my/
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Daging, tak kira lah jenis panas mahupun sejuk beku, memang makan masa untuk empuk. Selain teknik pemotongan yang memainkan peranan penting dalam penyediaan daging, Teknik memasak juga turut memberi kesan. Namun, mesti ramai yang tak tahu teknik masakan daging supaya cepat empuk yang digunakan oleh Norsazenny Ariffin. Teknik ini telah menerima lebih 14k perkongsian
Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan-bahan lain ). Masa air tengah mengelegak kuat tu masukan ketul ais. Kejap je daging tu empuk. Petua ni saya dapat dari tukang masak thai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal Daiyan Trisha ada berkongsi khabar berita gembira apabila dirinya kini telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin telah berkongsi khabar tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto kediamannya menerusi hantaran di laman media sosial Instagram miliknya.
“level up, alhamdulillah your girl’s got a new house!!,” tulisnya.
Difahamkan, penyanyi berusia 28 tahun itu telah berjaya memiliki sebuah rumah bungalow setinggi dua tingkat yang dilengkapi dengan kolam renang di kawasan laman kediamannya.
Manakala, struktur rekaan luar bangunan tampak moden dan sangat bergaya yang nyata amat sesuai buat penyanyi asal Selangor itu.
Melihat perkongsian foto berikutnya, ruang dalaman tersergam indah dengan tangga rumah yang berkonsepkan ‘modern industrial’ mewujudkan rekaan hiasan dalaman lebih unik dan kreatif.
Meski belum mencecah usia 30 tahun, penyanyi jelita ini telah berjaya untuk memiliki rumah idamannya yang boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat buat anak muda khususnya yang masih belum memiliki rumah.
Tidak ada salahnya untuk pasang impian dan angan-angan setinggi langit, kerana dengan berbekal semangat dan usaha kejayaan pasti akan muncul dalam hidup anda. Betul tak?
Jadi tahniah diucapkan kepada Daiyan dan semoga terus sukses dalam karier seni yang diceburinya. Tak sabar pula rasanya ingin lihat rekaan hiasan dalaman rumah Daiyan apabila sudah siap nanti.
Sumber: Instagram Daiyan Trisha
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...