Wanita jumpa bangkai cicak dalam pisang goreng tiramisu, ini tip ‘halau’ cicak. Sebuah insiden menjijikkan telah mencetuskan kemarahan warga maya apabila seorang pelanggan menemui seekor cicak mati dalam makanan yang dibelinya.

Wanita Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Ini Tip ‘Halau’ Cicak

Kejadian yang berlaku di sebuah premis makanan di Bayan Baru itu telah mengundang perhatian ramai selepas mangsa memuat naik video pengalaman pahit tersebut di media sosial.

Dalam klip video yang dikongsikan pengguna TikTok @alisha.azni kelihatan bangkai cicak terperangkap dalam pisang goreng tiramisu yang telah dibeli dan dibungkus dalam bekas kertas.

@alisha.azni

Beli pisang goreng tiramisu dpt cicak goreng, hati2 guys kedai pengotoq tk bertanggungjawab, food poisoning atau kehilangan nyawa sbb teracun kena tanggung sendiri sbb owner tk kesah asalkan untung hanya di LAKSA KUAH PEKAT BAYAN BARU PENANG! #penangfoodie #penangfood #penangfoodhunt #laksakuahpekatbayanbaru #kedaimakan #jijiksumpah #jijik #foodtiktok #foodreview #reviewtiktok #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage @Ms Panda 🐼 @𝓐𝓲𝓷 🎀🧸 @Filza Filzieee @Hidayah @qishaa @anis

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Situasi yang tidak disangka-sangka itu bukan sahaja mengganggu selera, malah menyebabkan pelanggan terbabit mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di dua klinik berbeza.

Menurut Alisha, pengalaman itu amat mengecewakan memandangkan pihak penjual langsung tidak menunjukkan keprihatinan apabila aduan dikemukakan. Malah, keadaan sekitar premis yang berbau tidak menyenangkan turut menimbulkan keraguan terhadap tahap kebersihan yang diamalkan.

Wanita Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Ini Tip ‘Halau’ Cicak

“Beli pisang goreng tiramisu dapat cicak goreng. Hati-hati kedai pengotor tak bertanggungjawab.

“Keracunan makanan atau kehilangan nyawa sebab teracun kena tanggung sendiri sebab penjual tak kisah asalkan untung.

Wanita Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Ini Tip ‘Halau’ Cicak

“Saya kongsi untuk orang ramai hati-hati bila makan, jijik kedai ni. Dah lah bau longkang keliling kedai. Penjual tak peduli langsung bila kita bagitahu dekat dia. Saya dah pergi dua klinik. Dari 29 Mei keracunan makanan, sampai sekarang tak baik,” katanya.

Susulan kejadian itu, ramai pengguna TikTok meluahkan rasa loya dan turut menyarankan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap premis terbabit. Ada yang mencadangkan laporan dibuat kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang.

Seorang pengguna menulis, “Ini bukan kes kecil. Cicak dalam makanan bukan boleh buat main. Wajib buat laporan kepada jabatan berkaitan supaya mereka lebih bertanggungjawab.”

Ada juga yang menegaskan tujuan laporan bukan untuk menjatuhkan perniagaan peniaga, sebaliknya memberi kesedaran tentang pentingnya aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Ads

Kesimpulannya, kejadian sebegini sepatutnya membuka mata semua pihak, baik peniaga mahupun pengguna. Bagi peniaga, kebersihan bukan sahaja satu kewajipan moral tetapi tanggungjawab undang-undang. Manakala bagi pelanggan, sebarang pengalaman yang membahayakan kesihatan tidak wajar didiamkan demi keselamatan orang lain.

Berikut dikongsikan tip untuk ‘menghalau’ cicak di rumah supaya cicak tidak mencemarkan makanan di rumah:

Wanita Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Ini Tip ‘Halau’ Cicak
Kredit foto: Pexels

1. Hilangkan bekalan makanan cicak di rumah kita. Uruskan dahulu masalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket RM1 itu sangat berkesan) dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Apabila bekalan makanan cicak tiada di rumah kita, secara automatik cicak akan berkurang atau tiada langsung.

2. Disebabkan cicak takut pada burung, sediakan jejak burung seolah-olah ada burung di rumah kita dengan cara:

*Letak beberapa kulit telur burung puyuh di kawasan tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Apabila cicak nampak kulit telur burung puyuh itu, cicak tidak akan masuk ke rumah anda.

Wanita Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Ini Tip ‘Halau’ Cicak

*Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ini. Memadai letak seketul dua di tempat masuk cicak.

*Lekatkan bulu pelepah burung di tempat cicak selalu masuk. Kalau hendak kelihatan cantik, boleh letak bulu pelepah burung merak, lekat pada dinding untuk jadikan perhiasan.

Ads

3. Disebabkan cicak suka ‘lepak’ di belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa menyusun atur perabot jangan rapatkan perabot pada dinding. Jarakkan dalam 10 sentimeter dari dinding. Kalau di rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan yang bersangkut-sangkut seperti bingkai cermin dan gambar.

4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Selalunya sampah dan sisa makanan akan menarik perhatian lalat, automatik cicak pun akan tertarik untuk datang kerana ada banyak makanan.

5. Elakkan suka melonggok barang-barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Susun semua barang supaya teratur di tempat khas untuk setiap barang-barang.

6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi anda perlu rajin sebab perlu ditukar selang 3 hari. Jika tidak, bawang akan membusuk.

7. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Walau bagaimanapun laci/kabinet berisi makanan tidak digalakkan.

Wanita Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Ini Tip ‘Halau’ Cicak

8. Lap permukaan meja makan/kaunter kabinet dengan semburan campuran:

250 ml air biasa (air paip)
50 ml cuka
3 sudu plastik dish soap
1 sudu plastik Dettol

Ads

Wanita Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Ini Tip ‘Halau’ Cicak

*bertujuan mengelakkan cicak melintas di atas meja makan/kaunter kabinet dapur.

9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di kedai Eco. Tampalkan di sebelah peti sejuk atau di belakang televisyen, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat di atas pelekat itu dan kita boleh buang apabila sudah ada beberapa cicak melekat. Bagaimanapun car aini tidak digalakkan untuk mereka yang penggeli cicak.

Wanita Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Ini Tip ‘Halau’ Cicak

10. Memelihara kucing juga dapat membantu menghalau cicak di rumah. Kucing biasanya suka menangkap cicak tetapi tidak memakannya. Jadi jangan risau akan kesan pada kucing anda.

Serangga tidak suka kawasan yang bersih dan kering. Pastikan anda membersihkan rumah dan mengelap lantai sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan kemas.

Sumber: TikTok alisha.azni  dan Hani Mynis

Baca artikel lain juga: Perangkap CICAK Jimat Kos, DIY Guna Kotak & Double Sided Tape Je!

Cara Hapuskan Masalah Tahi Cicak Menggunakan 3 Bahan Sahaja!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI