Selalu kan kita mengalami situasi di mana tahi cicak yang bersepah kerap berada di tepi pintu atau tingkap? Stress sebab kerja mencuci nya tak pernah putus. Silap-silap, dah sental pun masih ada kesan yang menyemak kan mata. Tapi wanita ini kongsi pengalaman dan petua yang beliau amalkan untuk mudah cuci tahi cicak yang melekat-lekat di tingkap. Jom kita tiru cara Muna Binti Mohammad bagaimana dirinya mengatasi masalah ini.
Selalu tak alami masalah taik cicak kot tepi tepi tingkap rumah?
Kat studio ni sebab tak duduk jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum kelas mesti kena cuci dulu. Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana.
Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang takda sangat dah taik cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.
Bahan-bahan:
1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa)
Ads
Cara-cara:
Ads
Campurkan semua bahan dan spray atas tahi cicak yang melekat pada tingkap. Kalau ada bahagian lain seperti lantai atau penjuru rumah, ramuan ini turut berkesan untuk membersihkan 100% sisa cicak. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut suka melata.
Kehadiran cicak di dalam kediaman bukan lah sesuatu yang comel. Sisa tinggalannya paling merimaskan. Silap-silap boleh kena sakit jantung sebab terperanjat tiba-tiba ia keluar tah dari celah mana.
Ini cara-cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi kehadiran cicak di dalam kediaman anda.
1. Guna kulit telur
Letak atau susun kulit telur yang telah dibersihkan di kawasan atau tempat yang berpotensi menjadi laluan cicak. Petua ini kerap digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Mungkin sebab cicak tak suka bau kapur yang terhasil dari kulit telur.
Seperti di masjid biru istanbul, memang agak sukar untuk membersihkan setiap inci ruang dalam masjid yang besar. Untuk mengatasi masalah najis cicak tersebut, kulit telur dihancurkan menjadi serbuk dan dicampur ke dalam cat.
Tapi kulit telur tersebut harus diganti dengan setiap bulan.
2. Serbuk kopi Campurkan serbuk kopi bersama tembakau. Gaul rata. lebih mudah cincang sikit tembakau untuk memudahkan proses berikutnya.
Ambil batang mancis atau pencungkil gigi dan sapu kan sedikit gam. Lekatkan adunan kopi dan tembakau tadi pada bahagian yang telah dialiskan gam kemudian letak di dalam ruang yang menjadi rumah cicak seperti almari.
Nanti mati lah cicak tu kalau dah makan tembakau tadi. Kopi tu hanya nak menarik perhatian cicak sahaja.
3. Bawang Perasan tak Orang Putih suke gantung bawang kat tingkap. Sebenar Nya selain untuk tujuan pengeringan, bawang merah dan bawang putih mampu mencegah cicak masuk rumah.
Cicak tak suka bau bawang terutamanya bawang putih. Selain digantung pada tingkap, boleh juga anda hasilkan pati bawang. Kisar bawang tersebut dan tapis kan. Sembur jusnya di kawasan laluan cicak. Cuma anda tahan atau tidak je lah bau bawang tu.
4. Lada hitam Bancuh lada hitam bersama air suam dan biarkan dalam 1 jam. Kemudian ditapiskan dan masukkan air rendaman tadi kedalam botol penyembur.
Sembur air lada hitam tadi di kawasan laluan cicak. Ada juga yang sarankan campur dengan serbuk cili. Tapi IMPIANA khuatir bahaya kepada isi rumah anda pula tambahan serbuk cili tadi boleh meninggalkan kesan kotoran pada tempat yang disembur.
5. Perangkap gam Perangkap gam atau paper trap paling mudah didapati. Selain kegunaannya untuk menangkap lalat, ia mampu memerangkap cicak.
Tampal paper trap pada bahagian lampu dan bucu siling. Kalau cicak lalu ia akan terperangkap dan anda lebih mudah membuang bangkai cicak yang telah melekat.
6. Air sejuk Sembur air sejuk pada cicak. Tapi anda perlukan air yang betul-betul sejuk berais. Bila terkena air sejuk tersebut, ia akan melumpuhkan pergerakkan cicak.
Bila dah jatuh dan tak boleh gerak, apa lagi SMASH IT.
7. Sos Tabasco Campur sos tabaso bersama air dan masukkan dalam botol penyembur. Sembur belakang almari dan rak. Jangan guna pada dinding ananti nampak kotor. Baunya yang tajam tak di gemari oleh serangga perosak di dalam rumah termasuk cicak dan tikus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berikut antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama mereka di rumah. Anak-anak pasti lebih seronok dan teruja malah rumah anda akan menjadi lebih cantik.
CAT BILIK TIDUR
Anda boleh melakukan aktiviti mengecat bilik tidur. Musim cuti sekolah pada hujung tahun memberi erti bahawa anak-anak semakin membesar dan meningkat usia. Oleh itu, mungkin kita sebagai ibu bapa boleh mencorak dan mengubah cita rasa mereka dengan cara mengubah keadaan bilik mereka. Mulakan dengan mengecat dinding bilik. Terdapat pelbagai konsep yang sesuai buat bilik tidur anak-anak lelaki ataupun perempuan.
KUMPUL BARANG LAMA
Lakukan aktiviti mengemas dan mengumpulkan barangan lama yang tidak lagi digunakan. Jual barangan lama tersebut di laman sosial anda, mungkin ada yang berminat untuk membeli. Selain dan mengurangkan jumlah barangan yang tidak diperlukan dirumah anda, ia juga boleh dijadikan duit poket untuk anak anda di musim cuti sekolah.
BERKEBUN
Ketika di rumah,boleh juga lakukanlah aktiviti berkebun atau bercucuk tanam bersama anak-anak.Inilah masa untuk mencantikkan halaman dengan pokok bunga-bungaan dan sayur-sayuran.Tanamkanlah rasa cinta anak-anak kepada alam sekitar. Besar manfaatnya andai berbudi kepada tanah!
BANTU KERJA RUMAH
Pada waktu cuti inilah, waktu yang sesuai untuk ajak dan ajar anak-anak melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama, seperti menyapu lantai, mengemas rumas, membasuh baju dan sebagainya. Ia juga merupakan latihan kendiri dan latihan kemahiran hidup buat mereka.Tidak lah kekok apabila sudah besar nanti.
DIY
Lakukan aktiviti yang menguji kreativiti anda dan anak-anak dengan menghasilkan kraf atau perabot dengan cara ‘DIY’. Sekarang terdapat banyak video tutorial yang boleh anda rujuk dan ketahui langkah yang betul bagi menghasilkan sesuatu produk. Aktiviti ini pasti menyeronokkan dan memberi kepuasan buat anak anda apabila dapat menghasilkan sesuatu yang cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Aircond atau penyaman udara tiba-tiba tak sejuk. Selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang dah tepu pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.
Kebiasaannya, ramai yang ambil keputusan untuk memanggil orang untuk selenggarakan. Lepas tu kena bayar mahal-mahal. Ramai jugak yang mengeluh situasi ni terutamanya apabila di tengah bulan. Jadi tak pasang lah aircond sampai tunggu gaji baru panggil orang service.
Sebenarnya anda boleh je service sendiri unit aircond tu. Mula-mula cuba cuci dulu unit aircond. Ia tak memerlukan peralatan yang rumit. Hanya masa dan tenaga sahaja diperlukan. Lepas dah cuci itu pun masih tak berapa sejuk, itu maksudnya dah habis gas. Barulah tambah gasnya.
Macam mana nak cuci aircond?
1) Filter
Buka penutup depan indoor unit dan keluar filter yang macam jaring dalam tu. Filter ni kena sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 1 bulan sekali.
Basuh dengan sabun serbuk kemudian sental dengan berus plastik (jangan guna berus sabut). Lepas itu, bilas dengan air paip. Jemur sehingga kering.
2) Indoor Condenser Coil
Sementara tunggu filter tu kering, vacuum pada condenser coil dan lubang yang ada pada cover indoor unit tu kasi buang habuk dia. Kalau ada habuk yang degil sangat melekat tak nak keluar pada condenser coil tu cara dia senang sahaja. Ambil spray masukkan air paip sembur sikit bagi lembap. Sebelum tu off kan suis aircond dan cabut plug,cover tempat-tempat elektronik board dengan plastik.
Kemudian ambil berus gigi yang sudah tidak digunakan atau berus kiwi kasut ataupun berus cat, sapu perlahan-lahan pada condenser. Tapi hati-hati jangan sampai mencederakan `sirip aluminium’ pula (yang macam bentuk sikat tu). Cuci sampai puas hati.
3) Blower Fan
Blower fan ini kalau habuk tebal melekat dekat badan dia, angin akan menjadi perlahan sebab itu akan rasa udara sejuk yang keluar tu macam tak sampai. Cara nak cuci blower fan ini tak perlu susah hanya guna kaedah vacuum dan gosok dengan berus gigi atau berus cat. Jangan spray dengan air takut nanti habuk melekat susah nak vacuum.
4) Outdoor Compressor Coil
Yang ini pun kena cuci jugak. Cuba jenguk di bahagian sirip kompressor itu, kalau habuk dah tebal sampai tak nampak coil dalam maknanya memang dah kena sental. Cara dia sama seperti cuci indoor condenser coil.
Tembak je dengan air tapi kalau tak boleh juga terpaksa buka cover outdoor tu kemudian sental dengan berus plastik dan cuci dengan serbuk sabun.
Selepas itu dibilas dengan air semula. Cuci sampai nampak coil dan kalau boleh penglihatan kita tembus menerusi setiap sirip coil. Jangan takut nak siram air sebab compressor ini memang dah direka untuk tahan hujan mahupun panas.
Dah siap semuanya boleh pasang semula air filter yang sudah kering tadi dengan cover sekali. Siap sempurna semua bahagian telah di pasang dengan yakin, cuba on dan rasa udara yang keluar aircond indoor unit ada perbezaan atau tidak dari sebelum diselenggara.
Kalau sama, perlu buat chemical servis iaitu masukkan gas. Tapi part ni perlukan peralatan dan kemahiran khas. Lebih baik anda panggil orang yang mahir untuk isi gas sahaja.
Senang kan tak perlu susah-susah nak panggil orang buat kerja ni. Sendiri servis lebih puas hati.
Sumber: http://zulkidal.blogspot.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.