• 857
  •  
  •  
  •  
  •  

Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?

Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.

Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.

Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,

Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.

 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: