
DIY dinding cermin sebagai feature wall memang viral. Nak-nak bahan-bahan yang digunakan mudah dan murah. Seperti yang dilakukan oleh puan Dee Rafflesia. Tempoh lebih kurang 3 hari diperuntukkan untuk menyiapkan Feature wall yang menggunakan cermin kedai bajet RM 2.10.
Memandangkan suami puan Dee baru sahaja baru kemalangan dan menyebabkan pergerakannya terbatas, kuasa wanita sepenuhnya digunakan untuk menyempurnakan feature wall ini.
Kemahiran menukang saya belajar dari google dan group di dalam FB. Sebenarnya hajat untuk buat feature cermin ini sebelum PKP lagi. Namun aats sebab kekangan watu, ia terpaksa ditunda
Hari pertama, melibatkan kerja-kerja memotong kayu. kerja-kerja menampal cermin dan kayu pada dinding dilakukan pada hari ke-2. Hari ke-3 pula melibatkan kerja-kerja kemasan dan mengecat.
Memandangkan tempoh PKPK, kedai hardware hanya buka pada hari Isnin dan Khamis. Maka, kerja-kerja mengecat sedikit terjejas. Hari khamis projek ini mula, secara total isnin baru siap.
Saya hanya menggunakan gam tembak jenis silikon untuk melekatkan kepingan cermin dan kayu dan wainscoting. Keseluruhan kos yang diperuntukkan tak sampai RM 100
(GAMBAR) Lihat Bagaimana Pasangan Ini ‘Makeover’ Tandas Lama Nampak Baru Hanya Guna Cat

Bila fikir tentang nak makeover rumah pastinya kita rasa leceh kerana akan mengambil masa yang lama. Tambahan pula, kos renovasi bukannya murah. Tapi zaman sekarang ini, semuanya tidak lagi mustahil. Asalkan kita rajin dan extra kreatif, nak mencantikkan rumah mudah saja. Tambah jimat kalau kita tak kisah lakukan sendiri kerja-kerja tersebut. Biar pun penat sedikit tapi asalkan hasilnya cantik dan dapat menjimatkan banyak kos, pastinya kita gembira dan puas hati.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa Baharin, pemilik akaun FB ini menetap di kediaman jenis teres dua tingkat yang telah di duduki lebih kurang dua tahun. Tandas lama yang dulunya kusam kini tampak lebih ceria dan moden dengan hasil kreativiti pemilik hanya menggunakan cat dan wallpaper. Berbekalkan idea dari suaminya, mereka makeover tandas tersebut hanya dalam masa kurang dari dua hari. Menurut tuan rumah, kos mendekorasi semula tandas ini tidak lebih dari RM300.
Bahan-Bahan & Langkah-Langkah DIY;
Tandas yang terletak di bilik tidur utama rumah teres 2 tingkat ini berukuran lebih kurang 6 kaki x 8 kaki. Sebelum diubah suai, tandas ini nampak kusam dan tidak menyerlah ditambah pula dengan warna jubin yang nampak pudar.
Pertama sekali, sebelum sapukan coating, tuan rumah menampal simen grouting pada lubang-lubang di jubin.
Seterusnya, pemilik menggunakan campuran kedua-dua bahan ini iaitu Nippon Penetrative Epoxy Primer 5 Liter set beserta Hardener (RM 150) untuk disapukan pada permukaan jubin sebelum proses mengecat. Ini merupakan lapisan keselamatan bertujuan untuk melambatkan proses karat.
Setelah coating dan hardener kering, pemilik mula mengecat menggunakan cat lebihan yang terdapat di rumahnya. Warna yang dipilih oleh pemilik terdiri daripada warna kelabu gelap dan putih. Pemilihan warna ini bertepatan dengan konsep moden yang diingini tuan rumah.
(Nippon Vinilex Easywash Grey 1 Liter (RM35) & Nippon Satin Glo 1 Litre (RM35)).
Pemilik tunggu semalaman untuk cat kering sebelum memulakan langkah ketiga keesokan harinya iaitu menyapu sealer PYE Clear Sealer (RM 35) sebagai lapisan perlindungan untuk menghalang cat dari mudah tercabut.
Langkah terakhir pula, tuan rumah menampal Wallpaper Kaison (RM 19.90) pada jubin dinding untuk menaikkan lagi seri tandas baru mereka. Menurutnya, satu gulung wallpaper sudah mencukupi untuk keseluruhan bilik air.
Inilah hasil transfomasi menakjubkan yang hanya mengambil masa kurang 48 jam untuk disiapkan. Cantik kan? Boleh lah cuba untuk rumah anda nanti.
Sumber : Khairunnisa Baharin
Betul Ke? Durian Belanda Boleh Menyebabkan Parkinson

Betul Ke? Durian Belanda Boleh Menyebabkan Parkinson. Sebelum ini viral mengenai ulasan Dr. Amalina yang mengatakan bahawa ” Tiada Kajian Atau Bukti Sains Yang Dapat Mengesahkan Bahawa Durian Belanda Boleh Merawat Kanser”
Malaysians’ new obsessions : Durian belanda can cure cancer. No! It CANNOT cure cancer. Based on in-vitro and animal studies, there are some positive results to show that it can kill cancer cells.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) August 24, 2018
Namun, Laman tertarik dengan satu thread yang dinyatakan oleh Doktor Hot ini bahawa durian belanda juga boleh menyebabkan neurodegenerative disorder like Parkinson’s disease. Betul ke?
However, there are also studies to show that ‘durian belanda’ could also cause neurotoxicity and it could lead to neurodegenerative disorder like Parkinson’s disease.
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) August 24, 2018
Buah durian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata merupakan ahli keluarga Annonaceae. Ia dikatakan berasal dari negara tropika di benua Amerika dan Carribean. Buah durian belanda kaya dengan sebatian kimia dari kelas acetogenin dan isoquinoline alkaloids. Acetogenin merupakan sebatian kimia yang aktif membunuh sel kanser dalam kajian piring petri dan ke atas model haiwan. Acetogenin antara sebatian kimia semulajadi yang ditemui berpotensi membunuh sel kanser.
Kajian epidemiologi di Guedelope mengaitkan pengambilan buah ini yang tinggi dengan episode atypical parkinsonism dan PSP (progressive supranuclear palsy) di kalangan pesakit (Caparros-Lefebvre & Elbaz,1999). Durian belanda mengandungi sebatian kimia acetogenins dan isoquinoline alkaloids, yang memberikan kesan toksik kepada neuron manusia. Annonacin, sebatian kimia dari kelas acetogenin menyebabkan ketidakseimbangan hormon di otak dan menyebabkan abnormaliti (Champy, et al., 2004).
Namun begitu acetogenin boleh menyebabkan kesan toksik pada neuron dan menyebabkan degenerasi neuron pada dos serendah 50 uM/L (Potss, et al., 2012) dalam ujian piring petri. Jika di ektrapolasi kepada manusia yang mempunyai isipadu darah sebanyak 5L, 149 mg annonacin sudah cukup untuk memberikan kesan neuotoksik kepada manusia. 1 kg buah durian belanda, dianggarkan terdapat 525 mg annonacin (Champy et al., 2005). Harus diingat, kandungan annonacin boleh berbeza-beza mengikut lokaliti pokok berkenaan.
Jika 2.5g daun buah ini direbus selama 10 minit, dianggarkan terdapat sekitar 56 mg annonacin dalam air rebusan tersebut (Champy, et al., 2005). Di dalam kajian terbaru, ekstrak daun durian belanda menggunakan pelarut etanol dan methanol menghasilkan sehingga 300 mg annonacin bagi setiap kg berat daun (de Morais et al., 2017). Namun produk berasaskan buah ini yang menggunakan kaedah ekstrak yang berbeza dari kaedah rebusan air boleh menghasilkan lebih tinggi kandungan annonacin.
Selain itu, durian belanda mengandungi sebatian kimia dari kelas isoquinoline terutama rotenone. Rotenone memberikan kesan toksik kepada sel neuron manusia. Ia boleh menghalang reseptor dopamine pada dos serendah 18 mikrogram per mL di dalam kajian piring petri (Annie, et al., 2002). Jika manusia dewasa mempunyai 5L darah, kandungan annonacin sebanyak 90,000 mikrogram, iaitu bersamaan dengan 90mg boleh memberikan kesan toksik kepada neuron manusia.
Walaubagaimanapun, harus diingat kajian dalam bentuk piring petri tidak semestinya diterjemahkan secara langsung ke atas manusia. Ada beberapa fakta yang perlu diterjemahkan iaitu kebolehan sebatian annonacin dan rotenone di dalam sistem pencernaan manusia. Adakah sebatian ini kekal dalam bentuk asal sehingga sampai ke neuron otak manusia? Tetapi disebabkan sebatian kimia ini wujud dalam komposisi yang tinggi di dalam buah dan daun durian belanda, faktor keselamatan harus diambil kira sekiranya ada yang berminat untuk mengambil buah dan daun dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.
Walaupun terdapat beberapaka kajian klinikal skala kecil terhadap ekstrak daun durian belanda untuk rawatan kanser dan diabetes, kajian masih belum konklusif untuk menunjukkan ia berkesan. Di samping itu, ekstrak yang dugunakan mungkin telah diproses dengan cara kandungan sebatian kimia yang memberikan kesan neurotoksik berada dalam komposisi yang rendah atau telah disingkirkan.
Sumber: https://www.drcheputeh.com/
BACA: 3 Manfaat Sabun Pencuci Pakaian Kepada Tanaman Di Kebun
Punca Bil Elektrik Masih Tinggi, Ramai Yang Tak Tahu!

Ramai yang tidak sedar bahawa perbuatan harian anda boleh mempengaruhi bil elektrik yang tinggi. Punca Bil Elektrik Masih Tinggi, Ramai Yang Tak Tahu!
Ramai dari kita yang mengaku mengambil berat tentang alam sekitar, dan cuba mengelakkan perkara seperti penggunaan plastik, penyedut minuman plastik dan penggunaan barangan plastik lain.
Tetapi adakah anda tahu kita membuang satu tan tenaga hanya dari tabiat kita yang buruk setiap hari?
Perkara menjadi lebih teruk lagi di pejabat atau dirumah, kerana yang menggunakan elektrik adalah kita sebagai pengguna. Jadi sering kali, kebanyakan daripada kita tidak benar-benar sedar tentang cara mereka menggunakan (dan membazirkan) elektrik di tempat kerja ataupun di rumah.
Berikut adalah bagaimana pembaziran tenaga elektrik di pejabat ataupun di rumah berlaku:
1. Menggunakan komputer meja berbanding komputer riba
Penggunaan komputer meja menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Manakala, komputer riba menggunakan sehingga 80 peratus kurang elektrik daripada komputer meja. Jadi kita boleh mempertimbangkan untuk beralih menggunakan komputer riba kecuali bagi penggunaan pejabat anda yang memerlukan komputer berprestasi tinggi untuk mengatasi tugas berat.
2. Mengecas komputer riba anda walaupun telah penuh
Apabila anda menyambungkan komputer riba anda untuk mengecas, tenaga elektrik sedang digunakan tanpa mengira peratusan bateri komputer riba anda. Peratusan komputer riba anda akan kekal pada 100%, tetapi bil elektrik pejabat anda pasti akan meningkat
3. Menutup langsir pada siang hari
Keadaan ini biasanya berlaku di sesetengah pejabat atau mungkin juga di rumah di mana anda menutup langsir untuk menghalang cahaya matahari semulajadi dan teruskan menyalakan lampu. Berhenti membazirkan tenaga elektrik dan mula menggunakan lampu semula jadi!
4. Meninggalkan penghawa dingin terpasang semasa tiada orang
Ini adalah antara sikap yang kerap diamalkan oleh pekerja. Penghawa dingin, terutamanya penghawa dingin utama, adalah salah satu alat yang paling banyak menggunakan tenaga di pejabat. Matikannya walaupun anda hanya keluar selama sejam. Juga, cuba menutup pintu untuk memastikan panas masuk dan udara dingin keluar.
5. Mengambil lif ketika kurang keperluan
Kita boleh cuba untuk mengubah tabiat untuk menggunakan tenaga manusia dan bukannya tenaga elektrik sebaik mungkin. Jika pejabat anda hanya satu tingkat, ambil tangga dan anggaplah ia adalah latihan anda untuk hari itu untuk menghilangkan kalori.
6. Merenung ke dalam peti sejuk
Di rumah, anda mungkin menghabiskan banyak masa untuk membuka peti sejuk hanya untuk meninjau apa yang ada di dalamnya. Di pejabat, bayangkan 30 orang melakukan perkara yang sama setiap hari. Sekarang, itulah banyak tenaga yang hilang, kerana peti sejuk perlu menggunakan tenaga untuk menyesuaikan suhunya setiap kali ia dibuka.
7. Tidak mematikan suis pencetak
Orang biasanya meninggalkan pencetak sepanjang hari, dan kadang-kadang walaupun sepanjang malam. Walaupun mungkin mudah tidak perlu menunggu untuk reboot, ini juga menggunakan tenaga yang tidak perlu. Jika anda tahu anda tidak akan menggunakan pencetak, sekurang-kurangnya biarkan ia dalam mod siap sedia atau matikan sepenuhnya.
8. Lupa untuk membersih dan menyelenggara peralatan elektrik
Alat-alat elektrik seperti penghawa dingin memerlukan penjagaan yang konsisten bagi ia melaksanakan kerja dengan cekap. Jangan lupa juga untuk menukarkan atau membersihkan penapis udara anda untuk mengelakkan habuk daripada terkumpul.
9. Tidak mempunyai budaya kelestarian
Sesungguhnya memang ia akan mengambil masa bagi membina budaya syarikat di mana semua orang memainkan peranan mereka dalam penjimatan tenaga. Tetapi ia perlu bermula. Jadi sama ada ia hanya mematikan lampu atau kesedaran yang lebih tentang penggunaan tenaga elektrik, adakah anda akan mengambil bahagian dan mula membuat perubahan? Anda mampu mengubahnya!
10. Penjadualan kebanyakan operasi pada waktu puncak
Kebanyakan syarikat menjadualkan operasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, apabila orang lain juga menggunakan elektrik. Untuk memenuhi bekalan ini, lebih banyak loji kuasa perlu dikuasakan untuk menjana tenaga.
Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat boleh mengurangkan bil mereka dengan menggunakan tenaga yang ada semasa waktu puncak, seperti bagaimana syarikat-syarikat akhbar melakukan kebanyakan percetakan mereka sebelum jam 8 pagi. Kini banyak syarikat dapat menjimatkan tenaga elektrik, dengan cara kerja norma baru ini banyak kelebihan yang ada.
Semua orang memainkan peranan dalam menjimatkan elektrik dan menjaga alam sekitar kita bersih
Dan sebagai pekerja, anda juga harus melakukan bahagian anda kerana anda bukan sahaja mempengaruhi bil elektrik syarikat, tetapi juga mempunyai kesan jangka panjang terhadap alam sekitar.
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)
Baca: Nak Laman Bercahaya Terang Tapi Masih Jimat Elektrik Sehingga 80%