Kewajiban beribadah adalah tanggungjawab setiap muslim. Salah satu perkara wajib yang ditetapkan agama ialah Solat lima waktu. Benar, seorang muslim boleh menunaikan solat dimana mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih dari sebarang najis dan selesa tetapi sudah tentunya kita mahukan yang terbaik kerana pada waktu itulah kita akan bertemu dan berbicara dengan Sang Pencipta.
Rumah sebenarnya melambangkan keperibadian pemiliknya, jadi dengan menyediakan kemudahan surau di rumah, melambangkan kepekaan kita pada perintah agama. Fasiliti surau di rumah bukan sahaja memudahkan kita beribadah malahan para tetamu juga tidak perlu bersusah payah singgah di surau atau masjid berhampiran untuk menunaikan solat ketika datang menziarah.
Rekaan surau kecil dirumah bukan sahaja boleh digunakan untuk solat berjemaah malahan boleh juga digunakan untuk kelas mengaji dan tempat perkumpulan ahli keluarga untuk memenuhi keinginan rohani mereka.
Ads
Antara tip rekaan surau untuk kediaman anda :
Pastikan lokasi surau strategik dan nyaman serta memudahkan penggunanya.
Saiz surau sebaiknya mengikut bilangan penghuni rumah supaya semua orang selesa melakukan ibadah .
Rekaan berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.
Elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat.
Pilih warna yang menenangkan dan menyejukkan mata seperti warna hijau, biru dan putih.
Surau perlu mempunyai pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya.
Selain itu, anda juga boleh menambah rak untuk meletak buku-buku keagamaan atau Al-Quran.
Ditambah pula aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.
Paling penting, letakkan lah tempat mengambil wuduk berhampiran dengan surau yang dibina.
Penyaman udara atau aircond kini merupakan satu kemestian dalam setiap kediaman. Jangan hanya pandai guna sahaja, pemilik juga perlu ambil tahu serba sedikit tentang cara penjagaan perkakas tersebut.
Apabila sampai waktunya, aircond akan terasa panas dan tidak sesejuk seperti ketika baru dibeli. Ini menandakan aircond anda perlu di servis. Kebiasaannya kita akan panggil orang untuk seleggara aircond, tetapi melalui perkongsian saudara Ahmad Aqari ini, anda boleh servis sendiri aircond di rumah dengan modal lebih kurang RM20 sahaja!
Dalam video yang dimuat naik, Aqari ada menjelaskan step-by-step bagaimana untuk servis sendiri aircond di kediaman anda menggunakan satu bahan sahaja.
Jom kita semak pautan di bawah. Selamat mencuba!
Disebabkan PKP ni takde orang yang boleh datang rumah ke rumah untuk servis aircond. So, aku decide untuk servis sendiri aircond ni dengan hanya bermodalkan RM20 dan sedikit kerajinan. Korang pun boleh buat juga dekat rumah. Senang je. Yang penting sejuk.
Hanya dalam tempoh dua minggu sahaja, sebuah kediaman lama bertukar menjadi baru, tiada apa yang mustahil.
Kediaman 3 tingkat yang dibina sejak tahun 2000 ini sudah tidak lagi menarik dan berfungsi dengan baik sebelum tuan rumah membuat keputusan untuk mengubahsuai tingkat dua bangunan ini kepada sebuah apartmen moden dengan fasiliti yang lengkap.
Dengan ruang terhad yang ada pada pelan asal, arkitek perlu bijak dalam membentuk sebuah kediaman yang lengkap serba-serbi. Jadi, dengan persetujuan tuan rumah, balkoni kediaman ini telah ditukar menjadi sebuah ruang versatile yang menempatkan dapur kecil, ruang makan dan juga laundry area. Selain mempunyai pemandangan mengadap kejiranan yang nyaman, ruang ini juga mendapat simbahan cahaya semulajadi paling ideal.
Keseluruhan kediaman ini diserikan dengan warna putih serta rona hangat (warm) dari elemen kayu di lantai serta kemasan lain yang.
Bilik tidur utama yang bersambung terus dengan balkoni. Menggunakan sepenuhnya ruang sedia ada untuk penstoran disamping memberi keselesaan optimum kepada pemilik.
Tandas/bilik air juga diubahsuai sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman ini yang tampak lebih moden dan selesa.
Ramai di luar sana takut untuk membeli rumah, mereka lebih sanggup menyewa bertahun-tahun dan membayar duit sewa dari bayar duit rumah sendiri setiap bulan. Ada pula yang bertanggapan gaji tak cukup nak buat loan rumah, semua masalah itu mampu diselesaikan jika anda mahu belajar dalam selok belok hartanah. Mulakan sesuatu sebelum terlambat. Wendy Lim, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Myra, ada berkongsi tip yang berguna untuk semua pembaca IMPIANA.
1) Wajarkah saya membeli sebuah rumah atau meneruskan sewa? Apakah faedahnya? Tidak salah menyewa, asalkan keperluan dan kemampuan dipertimbangkan. Ada banyak faktor yang boleh menjadikan keputusan menyewa lebih baik daripada membeli. Tetapi kita perlu ambil tahu bahawa apabila anda membayar sewa rumah, ia adalah kos. Apabila anda membeli rumah, bayaran bulanan adalah pelaburan buat masa depan anda sekeluarga.
2) Bagaimanakah untuk mengetahui jika saya bersedia untuk memiliki sebuah rumah? Memiliki rumah adalah satu komitmen yang besar. Jangan sesekali membuat keputusan secara terburu-buru. Sekiranya anda mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap dan anda dapat membuat simpanan sebanyak ansuran rumah, ini bermakna anda sudah bersedia untuk memiliki rumah.
3) Bagaimanakah dapat mengambil tahu nilai rumah yang mampu saya miliki? Secara kasar, setiap pinjaman sebanyak RM 100,000, bayaran balik bulanan adalah RM 500. Kelulusan pinjaman bank adalah berdasarkan had peratusan DSR yang pada amnya tidak boleh melebihi lingkungan 65% – 70%. DSR adalah nisbah hutang terhadap pendapatan isi rumah. Formula untuk DSR adalah seperti berikut:
DSR = Hutang (termasuk bayaran balik pinjaman rumah yang hendak diambil)/ Pendapatan Bersih X 100
Contoh: Pendapatan bersih Ali adalah RM 4,000. Ali mempunyai pinjaman kereta sebanyak RM 700 dan pinjaman peribadi sebanyak RM 300. DSR 65% x RM 4,000 = RM 2,600 (Jumlah hutang yang boleh ditanggung oleh Ali) Hutang sedia ada adalah RM 1,000, ini bermaksud Ali masih mampu menanggung hutang sebanyak RM 1,600 sebulan. Dengan itu, nilai rumah yang mampu Ali miliki adalah dalam lingkungan RM 300,000 dengan bayaran balik bulanan sebanyak RM 1,500. (Setiap RM 100,000 pinjaman perumahan, bayaran balik bulanan adalah RM 500)
4) Bagaimanakah saya boleh membuat keputusan atas tempat duduk yang saya hendak menetap? Anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara::
5) Apabila membeli sebuah rumah, apakah perkara-perkara yang saya perlu mempertimbangkan? Dari segi kewangan, anda perlu mempertimbangkan kos tersembunyi seperti:
6) Berapakah jumlah yang saya perlukan untuk membuat bayaran pendahuluan?
Oleh kerana bank menyediakan margin pembiayaan/ pinjaman rumah sebanyak 90% sahaja bagi rumah pertama dan kedua (70% bagi rumah ketiga), maka seorang pembeli perlu menyediakan minima 10% daripada harga rumah sebagai deposit. Terdapat juga bank-bank yang menyediakan pinjaman 100% untuk pembeli rumah pertama tetapi penawaran adalah tertakluk kepada tema dan syarat. Kebanyakan pemaju menawarkan diskaun sebanyak 10% yang juga termasuk bumi diskaun bagi projek-projek baru yang dilancarkan, maka pembeli tidak perlu mengeluarkan deposit atau bayaran pendahuluan yang banyak.
7) Adakah saya perlu mencari seorang ejen hartanah? Di mana saya boleh mencari seorang ejen hartanah? Tidak perlu. Pemaju hartanah akan menyediakan pegawai/ agen jualan untuk membantu anda. Sekiranya ingin membeli rumah subsale, kebiasaannya ejen dilantik oleh penjual untuk membantu mencari pembeli dan kos ejen adalah ditanggung oleh penjual. Internet adalah kemudahan yang sangat membantu dalam pembelian dan penjualan hartanah. Terdapat pelbagai website jual beli hartanah yang memudahkan proses pembelian/penjualan rumah. Sebenarnya ejen hartanah yang lebih giat mencari anda.
8) Adakah skor kredit saya memberi kesan kepada keupayaan saya untuk membeli sebuah rumah? Skor kredit akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk membeli sebuah rumah kerana keputusan skor kredit anda akan menentukan sama ada permohonan pinjaman perumahan anda diluluskan atau tidak.
Pembayaran balik yang konsisten, tiada rekod pinjaman yang mendadak, pekerjaan yang tetap dalam industri yang stabil, akan mempengaruhi skor kredit seseorang.
9) Apakah gadai janji yang perlu diketahui oleh pembeli rumah untuk kali pertama? Anda perlu mengenal pasti jenis pinjaman perumahan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Berikut adalah jenis pinjaman perumahan yang perlu diketahui.
10) Apakah kelebihan kewangan kepada pembeli rumah untuk kali pertama? Terdapat pelbagai kelebihan kewangan buat pembeli rumah yang pertama melalui program-program bantuan seperti
11) Komitmen untuk pembelian sebuah rumah adalah begitu tinggi. Adakah fakta ini benar? Kebiasaannya, semakin besar harga pembelian sesuatu yang diingini, semakin banyak masa yang diperlukan untuk membuat keputusan pembelian. Dan buat ramai, pembelian rumah akan merupakan perbelanjaan terbesar dalam hidup mereka. Pembelian rumah adalah komitmen yang sangat besar dengan penglibatan jumlah wang yang tinggi serta jangkamasa komitmen yang berpanjangan iaitu pinjaman daripada bank. Tetapi dengan perancangan yang rapi, memahami dan mengenal pasti kemampuan serta keperluan, komitmen ini akan membawa faedah yang besar kepada masa depan anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.