Dapur merupakan antara kawasan yang paling rumit untuk dibersihkan. Jika kita gagal menjaga kebersihan di ruang ini, pelbagai risiko penyakit bakal timbul akibat dari pemakanan yang tercemar.
Salah satu bahagian penting termasuklah pada dapur masakan. Disinilah tempat juadah di masak dan disiapkan sebelum dihidang kepada keluarga atau tetamu. Jika permukaan dpaur tidak bersih, bagaimana nak yakin dengan kebersihan makanan?
Melalui perkongsian Puan Idel Hayarnulis di Facebook, terdapat cara mudah nak bersihkan permukaan dapur kaca. Hanya dengan menggunakan tepung, kaca akan menjadi lebih bersinar dan bersih.
Ads
CARA MENCUCI DAPUR KACA
Tanpa guna air dan dijamin selamat, tak pecah tak retak. Setiap kali lepas guna pun boleh buat mcm ni. Hanya guna tepung je..tabur kat cermin dapur pastu gosok dengan tangan sampai bersih berkilat, kemudian lap menggunakan kain bersih. Cuba lah! Semoga berguna untuk kita semua. Selamat mencuba ya…
Ads
Ads
p/s : Untuk cuci tungku memasak tu, boleh rendam dengan air campuran cuka, soda bikarbonat, sabun pencuci dan Clorox. Rendam semalaman kemudian gosok menggunakan berus dawai besi yang kebiasaanya diguknakan untuk menggosok periuk.
Seringkali kita ditakutkan dengan fakta bahawa warna gelap akan menjadikan sesebuah ruang itu nampak kecil dan sempit tetapi tindakan berani designer ini telah membuktikan yang tanggapan tersebut tidaklah 100% benar. Dengan pemilihan dan susun atur perabot yang tepat dan bersesuaian, penggunaan warna gelap juga mampu menjadikan mana-mana ruangan dalam kediaman anda nampak lebih menarik termasuklah ruang tamu .
Sudah tentu, ramai yang tidak berani dan masih skeptikal dengan penggunaan warna-warna gelap untuk menghiasi sebarang ruang dan sudut kediaman kerana takut ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar tetapi tindakan berani pereka dalaman ini yang telah dipersetujui tuan rumah, sama sekali tidak mengecewakan.
Menurut Puan Mell Amelia, renovasi ruang tamu dan ruang makan rumah teres ini telah menelan belanja sebanyak RM25k. Penggunaan warna gelap seperti kelabu gelap dan turquoise telah menjadikan ruang nampak eksklusif dan glamor ditambah pula dengan elemen cermin yang secara tidak langsung telah me ‘neutral’ kan warna-warna gelap tadi. Cermin seperti yang kita tahu, dapat memberi ilusi luas dan lapang. Bijak kan? Disinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan designer dalam proses mengubahsuai kediaman.
Puan Mell dengan besar hatinya telah berkongsikan beberapa keping gambar dari pelbagai angle untuk tatapan pembaca IMPIANA. Semoga menjadi manfaat dan ilham buat semua. Selamat mendeko!
Apabila kita sebut tentang kediaman satu tingkat yang terletak ditengah-tengah barisan kediaman teres yang lain, pasti kita terbayangkan suhu bahang di waktu tengah hari, kurang pencahayaan semulajadi dan mungkin juga ruang yang tampak sempit. Tetapi tidak bagi Jose House yang telah diubah suai oleh firma arkitek berpengalaman, Fabian Tan Architect. Terletak di Petaling Jaya, kediaman ini adalah sebuah rumah teres satu tingkat biasa yang berukuran 23 ‘x 75’ (7m x 23m).
Pemilik berhasrat untuk mengubahsuai dengan menerapkan pelan terbuka pada ruang disamping memberi penghormatan kepada neneknya yang cintakan alam semulajadi.
Maka, terhasil lah sebuah kediaman moden dengan rekabentuk unik yang dilengkapi oleh pencahayaan semulajadi, ruang terbuka yang luas dan juga tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau. Kombinasi privasi dan nilai estetika yang tinggi juga telah menyumbang kepada keindahan senibina ini.
Lokasi : Petaling Jaya
Arkitek: Fabian Tan Architect
Keluasan : 1275.0 m²
Gambar : Ceavs Chua
Permukaan kaunter atau lebih dikenali sebagai countertop merupakan permukaan mendatar untuk membuat kerja di dapur atau kawasan penyediaan makanan. Kaunter selalunya akan berada di atas dan di sokong oleh kabinet. Permukaan ini mesti diletakkan pada paras yang ergonomik bagi memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja penyediaan. Pelbagai jenis bahan atau material yang boleh digunakan untuk membina countertop mengikut kesesuaian dan penggunaan pada dapur masing-masing. Jadi apakah perkara yang paling penting untuk diambil kira sebelum memilih countertop?
Ya, bahan yang dipilih perlu tahan lama dan sudah tentunya perlu kelihatan cantik di dapur anda. Tetapi yang paling penting, ia mesti dapat menahan cabaran masakan Malaysia. Itulah sebabnya pilihan permukaan kaunter dapur adalah sangat penting. Bagi memilih material yang betul, anda perlu tahu dan peka tentang penggunaan dapur. Adakah anda meletakkan kuali panas terus ke atas kaunter? Atau menggunakan batu lesung di atas kaunter untuk menumbuk sambal? Ini material sesuai IMPIANA cadangkan untuk pertimbangan anda semua.
LAMINATE
Laminate diperbuat daripada plastik sintetik dengan permukaan licin yang mudah untuk dibersihkan. Kepingan laminate dipotong mengikut saiz tertentu selain mempunyai banyak pilihan warna dan tekstur. Bahan ini mudah untuk dijaga dan juga tahan lama tetapi jika terdapat sebarang calar ataupun kesan tercabut, itu adalah mustahil untuk dibaiki melainkan anda menukar semuanya kepada yang baru.
SOLID SURFACE
Solid surface datang dalam pelbagai rupa dan warna. Namun, bahan ini memerlukan penyelenggaraan dari masa ke masa, bagi membantu untuk mengekalkan ketahanannya. Walaupun kalis haba dan mudah untuk dibersihkan, solid surface boleh tercalar dan terbakar.
JUBIN SERAMIK
Jubin seramik adalah bahan yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Tambahan pula harganya yang murah dan anda mempunyai pelbagai pilihan yang sesuai untuk countertop kediaman. Kerana ia mudah dipasang, anda boleh lakukannya sendiri bagi menjimatkan kos dan masa.
KONKRIT
Permukaan kaunter konkrit menawarkan kedua-dua fungsi dan kecantikan, memberikan anda keupayaan untuk mewujudkan permukaan dengan pelbagai warna, bentuk atau saiz. Tekstur dan kemasan disediakan untuk disesuaikan dengan gaya reka bentuk sama ada moden, kontemporari mahupun industri. Kemasan ini juga sememangnya tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan dan dijaga.
KAYU
Santai, rustic dan tidak lapuk dek zaman; ini adalah tiga perkataan untuk menggambarkan countertop yang diperbuat daripada kayu. Bukan sahaja dari segi estetik, bahan ini juga kuat dan tahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Selain itu, kayu juga merupakan bahan kalis haba, bermakna anda tidak perlu bimbang tentang periuk panas yang anda letakkan diatasnya.
MARMAR
Merupakan pilihan paling mudah jika anda seorang yang mementingkan kemewahan kerana marble akan membuatkan dapur anda tampak lebih elegan dan sesuai dipadankan dengan konsep kontemporari. Tetapi penjaan yang rapi perlu diberikan kerana material marmar ini berliang dan jika tertumpah bahan pewarna perlulah dibersihkan dengan segera agar tidak merosakkan keaslian kaunter marmar tersebut.
GRANITE
Jika anda mempunyai bajet yang banyak dan tidak kisah untuk berbelanja demi mendapatkan permukaan kaunter idaman, Granite adalah pilihan yang tepat. Ia serta merta akan menjadikan dapur anda lebih elegan dan ekslusif. Bahan yang tahan lama, kuat dan menarik ini juga kalis haba, susah untuk di calar dan kemek.
Kredit gambar : Google/ Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...