
Di kalangan ahli group Kelab Kaki Deko, mesti ramai yang selalu lihat perkongsian dari Nanis’s Makeover. Hampir keseluruhan dekorasi kediaman adalah hasil DIY dan dari bahan-bahan terpakai. Hal ini, menjadikan kediaman ini kelihatan unik dan mempunyai identitinya yang tersendiri.
Sebelum ini, Puan Nani ada kongsi DIY bilah kipas terpakai dan tiang meja yang di bawa pulang oleh suaminya sebagai dekor dinding di luar kediaman. Tapi, tak sangka kini dinding tersebut manjadi tempat tetamu Puan Nani bergambar pula. Hasilnya, memang insta worthy di tambah lagi dengan suasana persekitaran yang mendamaikan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY “Feature Wall” Dari Cermin RM 2, Jimat Dan Mudah

Penggunaan cermin di dalam kediaman tidak kira di dapur, ruang tamu mahupun bilik, ia memberi kesan ilusi sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas. Tambahan penggunaan cermin atau kaca dalam sesebuah dekorasi membangkit aura kemewahan.
Jika dulu, penggunaan dinding atau feature wall kaca kebiasaanya kelihatan di dalam rumah mewah, kini tidak lagi. jika bijak mengolah, dengan hanya menggunakan barang bajet atau murah, dekorasi dinding kaca dapat di hasilkan
Artikel berkaitan: Guna Cermin RM 29.90 Untuk Hasilkan Dinding Glam Mewah
Seperti yang dilakukan oleh Puan Huda Mimie dan suaminya. Hanya dengan bermodala RM 200, sebuah feature wall kaca untuk ruang makan berjaya dihasilkan sendiri dengan hanya menggunakan barang bajet. Berikut antara bahan-bahan yang perlu disediakan:
Bahan-bahan:
Cermin kedai eco
Double side (warna hitam)
Kayu 1 inci
gam kayu
cat
Cara-cara:
Cermin dari Eco sahaja. Untuk nampak panjang, cermin dicantum-cantum. Untuk lekatkan cermin, guna double side dan untuk lekat kayu gunakan gam kayu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Tanam Lobak Dalam Plastik Pun Menjadi Dan Hasilnya Cantik Macam Beli Dekat Pasar

Tanaman berumbisi seperti keledek, keladi, lobak dan sebagainya, memerlukan batas tanaman untuk hasil yang optimum. Tapi, bagi yang tidak mempunyai lahan yang sesuai untuk penyediaan batas tanaman, ia bukan lah sesuatu yang mustahil untuk menghasilkan tanaman berumbisi berkuaiti. Pilihan lain, anda boleh gunakan pasu sebagai penganti batas. Seperti artikel tanam keledek dalam pasu yang pernah dikongsikan impiana.
Artikel berkaitan: Tanam Keledek Manis Dalam Pasu Menjadi, Hasilnya Boleh Tuai Selepas 100 Hari
Selain itu juga, boleh tiru idea yang dikongsikan oleh Garden Yard. Jom tonton video yang disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Usah Keliru! Ini Proses Betul Menentukan “Feature Wall” Di Ruang Kediaman

Dinding tumpuataupun lebih sinonim dengan terma feature wall umumnya merupakan perkara pertama yang kita lihat apabila masuk ke sesuatu ruang dalam kediaman. Ia mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri yang dapat membezakannya daripada dinding yang lain. Dinding tumpu merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang mahukan kelainan pada kediaman dengan mewujudkan satu titik fokus yang menarik dan lebih menonjolkan keunikan ruang. Dengan menumpukan perhatian pada dinding tumpu ini, ruang kediaman yang hambar akan serta-merta kelihatan lebih segar dan berwajah baharu.
Tetapi awas, dinding pertama yang anda lihat ketika memasuki ruang tidak semestinya sesuai dijadikan sebagai dinding tumpu. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih dinding yang ingin di highlight kerana jika tersalah pilih, ia hanya akan membuatkan ruangan tampak ganjil dan mengelirukan! Jadi bagi mengelakkan anda melakukan kesilapan ini, IMPIANA telah sediakan tip dan panduan memilih dinding tumpu yang betul serta cara menghias sesuai mengikut ruangan yang ada.
PERTAMA
Dinding yang bertingkap atau pintu adalah perkara pertama yang patut anda elakkan ketika memilih dinding tumpu. Ia seharusnya menjadi titik fokus ruangan, jadi objek atau bukaan seperti tingkap hanya akan mengambil alih tumpuan pada dinding utama.
KEDUA
Berani bermain dengan warna. Untuk kesan yang lebih dramatik dan mendalam, padankan warna gelap pada dinding tumpu dengan warna yang lebih neutral dan ‘ringan’. Ini akan mewujudkan kontra yang amat menarik. Pasti tetamu tidak akan terlepas pandang pada feature wall yang anda cipta.
KETIGA
Sebelum memilih warna cat pada dinding tumpu, pastikan anda mengambil kira tentang perabot yang mungkin akan diletakkan dihadapannya. Pilih warna yang akan menonjolkan, bukan menenggelamkan hiasan anda.
KEEMPAT
Susunan perabot yang starategik juga amat penting bagi membantu menonjolkan lagi dinding tumpu yang telah anda pilih. Pencahayaan juga patut dititik beratkan supaya mendapat kesan yang maksima.
KELIMA
Terdapat juga alternatif lain selain mengecat dinding tumpu. Anda boleh pasangkan wallpaper ataupun binakan rak buku custom bagi menambah nilai estetik pada dinding. Apa saja yang anda rasakan dapat mencuri tumpuan pengunjung boleh digunapakai.
Jangan takut untuk bereksperimentasi, ikuti naluri kreatif anda dan yang paling penting, have fun! Selamat mencuba ya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI