Walaupun kereta buatan tempatan iaitu Proton Wira sudah menghadapi susut nilai yang tinggi, namun ia masih relevan untuk meluncur megah di jalan raya sehinggakan pencinta model ini memilih untuk menjadikan bahagian hadapan kenderaan ini sebagai kabinet TV.
Pemiliknya adalah En Mohamad Fitri berasal dari Pulau Pinang yang bertugas sebagai pengusaha baik pulih kenderaan.
Ads
Menurutnya, beliau membelanjakan sebanyak RM1500 serta mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan kabinet tv yang turut dilengkapi dengan sistem lampu sepertimana kereta biasa malahan turut menempatkan segala kelengkapan hiburan rumahnya seperti dekoder serta permainan konsol untuk mengisi masa lapangnya selain bertugas sebagai mekanik di bengkel miliknya.
Ads
“Saya memotong suku daripada bahagian hadapan kereta wira yang terbiar di bengkel dan saya gilap kembali agar ianya nampak menarik dan lekatkannya di kediaman sebagai hiasan serta eye-catching kepada tetamu yang hadir ke rumah saya”, ujarnya.
Menurut pemilik 10 buah kereta Proton Wira ini, dia mendapat banyak panggilan untuk menempah kabinet Tv yang sama dengan harga bermula daripada RM2500 dan ianya tidak terhad kepada model ini tetapi juga menerima potongan bahagian hadapan kereta model lain tetapi dengan harga yang berlainan.
Bagi peminat konsep minimalis dan industri, permukaan kemasaan asli adalah antara keperluan utama dalam menyerlahkan tetapan reka bentuk ini. Antara kemasan yang menjadi keutamaan bagi konspe ini seperti permukaan batu bata tanpa simen, Simen render, kayu yang tidak bercat dan sebagainya. Nampak kemasan seperti ini lebih jimat dan mudahkan? SEBENARNYA TIDAK. IA MEMERLUKAN KOS YANG LEBIH DAN TEKNIK TAMBAHAN TERTENTU. Seperti kemasan batu bata, untuk mendapatkan hasil yang cantik, batu bata gred ‘A” harus digunakan. Kenapa batu bata grad A? Ia mempunyai warna yang lebih menarik dan sekata disamping setiap sudutnya kemas. Jika anda memakai batu bata jenis rumah, hasilnya sangat berbeza. Tambahan, anda perlu mencari tukang ikat batu yang betul-betul mahir. Teknik mengikat juga memainkan peranan terhadap hasilnya. Silap-silap lagi serabut kalau gunakan batu-bata yang murah dan tukang ikat yang tak mahir.
Sama seperti dapur yang menggunakan kemasan simen render yang pernah dikongsikan IMPIANA [klik sini untuk artikel lengkap] ramai tergoda dengan hasil dan kekemasan permukaan counter top yang hanya menggunakan simen rende. Namun, sebenarnya untuk mendapatkan hasil kemasan tersebut tidak lah mudah. Bukan hanya memakai simen semata-mata. Ada teknik dan bahan tambahan untuk menghasilkan permukaan ini. Nak tahu cara untuk hasilkannya, tengok video yang telah dikongsikan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tahukah anda, selain daripada recycle kita juga boleh upcycle barangan lama yang sudah tidak digunakan. Malah aktiviti upcycle dilihat lebih menjimatkan dan mesra alam berbanding jika kita mengitar semula. Jadi apakah perbezaan antara recycle dengan upcycle?
Biasanya, apabila bahan-bahan seperti plastik, kertas, logam atau kaca yang dikitar semula akan dipecahkan atau dihancurkan terlebih dahulu menjadi bahan asas sebelum dijadikan suatu produk yang baru. Produk-produk ini bagaimanapun mempunyai kualiti yang jauh lebih rendah berbanding sebelum melalui proses kitar semula. Berbeza pula apabila kita upcycle sesuatu, ia lebih menumpukan pada proses membaikpulih barangan yang sudah usang atau rosak. Perabot akan diolah atau dibina semula tanpa mengurangkan kualiti dan fungsinya. Mudah untuk kita katakan dengan upcycling, secara tidak langsung perabot lama telah diupgrade menjadi lebih menarik dan berharga. Ada juga yang melihat upcycling sebagai salah satu cabang recycle kerana terdapat banyak persamaan antara keduanya. Bergantung pada kefahaman masing-masing, yang penting pada akhirnya semua aktiviti ini akan memberi kesan positif kepada alam sekitar.
Sedikit tip dan trik bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan hobi upcycle ini :
1.Kunci utama upcycling adalah persediaan yang rapi dan cukup . Merancang lebih awal dan pastikan anda mempunyai peralatan-peralatan yang diperlukan. Bersihkan perabot yang ingin di upcycle agar tiada sebarang habuk atau sarang labah-labah kerana ia dapat merosakkan berus cat anda.
2. Gunakan kreativiti dan berfikir diluar kotak. Idea kreatif anda dapat memberikan nafas baharu pada perabot lama yang mungkin tiada harganya lagi tetapi dengan imaginasi dan sedikit pertukangan, anda mungkin dapat upgrade yang tidak disangka-sangka.
3. Jika anda terlihat perabot vintaj yang anda suka dijual pada harga yang tidak masuk akal, jangan risau kerana besar kemungkinan anda boleh dapat sesuatu yang hampir sama dikedai-kedai amal, di jualan but kereta, atau di laman web seperti Carousell dengan harga yang jauh lebih murah. Anda juga mungkin boleh jumpa sesuatu yang serupa di stor nenek anda!
4. Belanjakan sedikit wang untuk membeli berus cat yang berkualiti kerana berus yang murah biasanya mempunyai bulu yang mudah tertanggal. Balutkan berus atau roller dengan foil aluminium bagi memastikan berus sentiasa lembap dan jangan lupa bersihkan kesemua berus sebaik sahaja anda selesai mengecat.
5. Berseronoklah dan be brave! Anda tidak terikat pada apa-apa kekangan jadi gunakan peluang ini untuk menunjukkan bakat dan kreativiti anda. Terdapat pelbagai pilihan warna dan idea yang boleh didapati melalui laman web seperti Pinterest yang boleh dijadikan inspirasi.
6. Setelah selesai dengan projek upcycle anda, jangan lupa untuk sapukan lapisan pelindung agar perabot atau hiasan mampu bertahan lebih lama. Sia-sialah segala kerja keras anda jika dibiarkan sahaja tanpa lapisan varnish atau wax untuk melindungi masterpiece tersebut.
7. Jangan takut untuk mula dan mencuba sesuatu yang baharu, tidak ada yang betul atau salah ketika proses upcycling – hanya ilmu baru yang diperolehi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Diusia anak yang terlalu kecil masih tidak pandai berjalan, masa banyak diperuntukkan berbaring melihat persekitaran yang amat terbatas. Namun, bagi mengurangkan rasa kebosanan si bayi terbaring lesu, pelbagai produk dihasilkan untuk kegunaan si bayi menghiburkan hati dan mengurangkan tekanan. Antara produk yang sentiasa mendapat pilihan ibu bapa adalah mainan yang mudah dipengag, berbunyi dan sebagainya.
Menambah kepelbagaian aktiviti si bayi yang terbaring, maka di pasaran terhasilah pelbagai permainan. Permianan infan ni bukan main harganya. Kalah permainan orang dewasa disebabkan oleh setiap satu permaianan yang dihasilkan perlu melalaui dan melapasi pelbagai ujian. Bukan sahaja ujian material, malah mekanisma yang digunkan perlu lah bersesuaian dan menarik minat si bayi yang baru mengenal dunia.
Melaui permainana interaktif ini, ia bukan sahaja membentuk aktiviti, malah merangsang minda walaupun hanya dalam keadaan terbaring. Sedar akan kepentingan itu, ibu bapa muda ini membina sendiri sebuah baby gym dengan menggunkan penggulung wallpaper. Jom kita tengok perkongsian si ibu Mujahidah Zubaidah
Jimat kos, guna barang apa yang ada sahaja. Terkejut jugak bila tengok baby angkat kaki smpai tinggi macam tu hahah. Yang penting sedikit sebanyak boleh bantu perkembangn bayi.
Bahan-bahan:
4 batang roll wallpaper (memang tak sama size, sebab guna apa yang ada je)
Benang kait (Untuk gantung mainan. Sebagai pilihan guna reben pun boleh)
Rod langsir
Cable tie
Mainan beli dekat diy ( yang ni tak kisah pun kalu korang nak gntung huruf abc, alif ba ta, mainan bunyi-bunyi terpulang huhu)
Cara-cara:
1. Ukur ketinggian yang diperlukan pada penggulung wallpaper untuk tebuk lubang untuk letak palang menggantung permainan. 2. Tebuk lubang pada aras yang telah ditandakan pada penggulung wallpaper. Pastikan lubang yang ditebuk boleh memuatkan rod langsir dan tidak terlalu longgar dan masukkan rod langsir tadi.
3. Tentukan bukaan penggulung wallpaper supaya boleh berdiri dan atau gamkan supaya kukuh 4. Ikat cable tie pada rod langsir dan gantungkan permainan dengan menggunakan benang kait
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.