
Buntu? Dari puasa sampai dah lepas raya, langsir rumah tak ditukar-tukar lagi. Ini sebab, tak ada design yang bersesuaian. Yang ada pun, banyak jenis pin atau cangkuk. Tak sesuai dengan kediaman yang menggunakan langsir eyelet.
Sebenarnya tak ada masalah. Boleh makeover je balik langsir pin tu jadi eyelet. Tak susah Jika ikut cara yang ditunjukkan oleh geng dekor kita Dura.
Bahan-bahan:
Beberapa biji eyelet ring (boleh didapati di kedai langsir)
Pen/marker
Gunting yang hujung nya tajam (senang nak tusuk buat lubang potong)
Pembaris
Pisau
Cara-cara:
1. Susunkan eyelet ring pada bahagian atas langsir mengikut jarak dan sesunan yang sesuai. kebiasaanya untuk langsir bidang 60, hanya 8 biji eyelet ring diperlukan
2. Tandakan bulat di bahagian dalam eyelet pada langsir.
3. Tanda sekeliling bulatan eyelet yang telah ditetapkan tadi lagi sekali. Kali ni, ukuran 1/4 ini dari bulatan asal
4. Guna kunting tajam untuk buat lubang bagi memudahkan anda memotong. Potong bulatan yang luar
5. Bukak eyelet ring dengan menggunkan pisau. Kalau boleh, guna pisau tak tajam. Khuatir tangan luka
6. Letakkan eyelet yang ada paku dui bahagian atas ang padanan sebaliknya. Pastikan susunan eyelet sepadan dengan lubang yang disediakan
7. Tutup dan ketatkan eyelet tadi. Tekan sedikit
Cara Kreatif Guna Pakai Barangan Lama Di Dalam Simpanan Anda

Pilihan kreatif menghidupkan gaya tradisi kontemporari. Sudah lama kita tidak menghidupkan suasana keMalaysiaan di dalam kediaman sendiri. Apatah lagi dengan gaya moden yang kini mendominasi, imej kediaman tradisi kontemporari mula pudar dan dilupakan. Mungkin bukan cita rasa anak muda atau tidak dikongsi oleh yang lain. Tetapi kita cari apa yang ada di dalam almari lama tu yang boleh kita adaptasi sebagai hiasan kediaman.
Pahar – di ruang hadapan
Pahar selalunya digunakan untuk menatang hadiah atau pemberian bagi peinangan atau pun persembahan. Tembaga kukuh yang dahulunya agak berat kini sudah tidak seberat dahulu. Pun begitu anda boleh jadikan pahar ini sebagai bekas hiasan di meja konsol. Terutama meja konsol hadapan berdekatan di muka pintu. Ia boleh dijadikan bekas meletak segala macam barangan kecil yang selalu anda lupa atau terlepas pandang seperti kunci kereta. Boleh juga dijadikan kaki jambangan bunga dan pelbagai lagi.
Kendi – di ruang makan
Satu lagi barangan lama yang sangat payah untuk kita jumpaterutama kendi rekaan dulu-dulu. Masih ramai yang memilikinya tetapi sayang tidak dijaga. Pun begitu jika ada lagi, peliharalah dengan baik dan abadikan ia di ruang makan sebagai daya penarik. Usah dipinggirkan kreativiti porduk lama ini kerana ia sungguh berharga.Di samping boleh diabadikan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan bekas untuk gubahan kreatif.
Tepak Sirih – di ruang tamu
Teppak sirih merupakan antara benda penting dalam orang kita memulakan bicara penting. Sememangnya ia layak dijadikan hiasan pada meja kopi anda. Apatah lagi jika meja kopi anda diperbuat daripada kayu jati. Keindahan pembuatannya dan makna megah yang kita sudah tidak nampak lagi itulah yang perlu dikembalikan. Hiasan yang mempunyai makna malah cantik pula. Dari dibiarkan berkarat baik diabadikan untuk santapan mata.
Songket – di ruang keluarga atau ruang utama
Songket bukan sebarang songket, songket pusaka tinggalan turun temurun penuh makna. Jangan biarkan ia mereput. Jika reput, ambil sisanya dan abadikan dalam bingkai gambar menjadi kenang-kenangan. Bukan setiap hari kita boleh berjumpa dengan khazanah lama apatah lagi milik keluarga kita. Abadikan ia dengan pintar dan secara tidak langsung memberi satu prestij pada ilham seni hias anda sendiri. Yang bertandang memuji dan terinspirasi.
Tip Elak Pening Kepala Selepas Anjurkan Rumah Terbuka

Dalam kita sedang sibuk menyediakan segala juadah untuk dihidangkan kepada tetamu, jangan kita lupa kepada keselamatan barangan dekorasi rumah yang telah kita sediakan sejak sebelum raya lagi.
Ini kerana dalam kesibukan kita melayan tetamu, pasti akan ada pelbagai kejadian yang tidak ingini berlaku seperti pasu hiasan pecah, langsir terkoyak serta jatuh dari bidai sebab ditarik dan pelbagai lagi.
Dalam isu ini, kita tidak seharusnya menuding jari kepada si pelaku kerana mungkin mereka masih kecil atau ianya berlaku secara tidak sengaja.
Jadi, IMPIANA menggariskan empat tip penting yang boleh dijadikan panduan dalam memastikan segala perkakas dekor anda berkeadaan baik walaupun dikunjungi oleh ramai tetamu.
1. Simpan segala peralatan dekor yang sememangnya cantik tetapi berisiko tinggi untuk rosak atau pecah seperti pinggan kaca, pasu bunga mini, lampu lantai dan pelbagai lagi. Tidak dapat kita bayangkan segala peralatan yang dibeli, pecah begitu sahaja.

2. Sebaiknya gunakan pinggan, cawan dan sudu plastik. Ini kerana anda bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga mencuci, tetapi memudahkan kerja anda untuk mengemas sebaik sahaja majlis rumah terbuka selesai. Jika anda rasa pinggan mangkuk plastik putih kelihatan kurang menarik, kini terdapat banyak pinggan mangkuk pakai buang dengan pelbagai warna dan corak yang lebih menarik.

3. Hadkan akses dalam rumah semasa kehadiran tetamu, ini untuk mengelakkan perabot dalam kamar tidur anda turut menjadi public area. Cukup sahaja ruangan majlis anda di sekitar ruang tamu, balkoni (jika anda menetap di rumah kondominium atau apartment) dan kawasan hadapan rumah. Kalau boleh bahagian dapur juga harus dihadkan. Jika anda tidak bertindak sedemikian, jangan pelik kalau terjumpa bekas minuman tertumpah di atas tilam, sisa makanan di bawah katil dan pelbagai lagi perkara yang anda tidak ingin lihat selepas seharian penat melayani tetamu.

4. Bersihkan kediaman anda secepat mungkin sebaik sahaja majlis rumah terbuka selesai. Perkara ini amat penting kerana jika anda terlepas pandang, pasti segala spesies makhluk perosak hadir yang akan merayap mencari makanan pada waktu malam. Ianya bukan sahaja mengotorkan kediaman malah mengundang bahaya jika ada kes kencing tikus. Takut-takut merayap pula ke rumah jiran malah jiran juga terkena tempiasnya.

Sudah pasti anda tidak mahu hubungan akrab yang terjalin menjadi renggang. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Biar penat mencuci dari penat meminta maaf. Paling penting jaga lah kebersihan ketika menganjurkan majlis rumah terbuka.
6 Idea Tambah Baik Sudut Di Kediaman Yang Anda Abaikan Sebelum Ini

Dalam kita sedang ghairah mendeko kediaman, pasti akan ada ruangan yang dipandang sepi malahan lebih buruk lagi dilupakan dan dibiarkan kosong. Dinding utama sudah penuh, dinding dapur juga sudah dihiasi dengan pelbagai aksesori tambahan.
Tahukah anda sudut yang ada di dalam rumah jika dihias serta ditambah baik maka ia akan menjadi sudut yang berfungsi lebih baik buat penghuni seisi rumah.
Jika sebelum ini kebanyakan daripada kita akan memfokuskan hiasan hanya pada dinding, apa kata tukar stereotaip tersebut dengan melakukan sesuatu kepada sudut yang diabaikan sebelum ini.
- Sudut laci storan di dapur
Ruangan ini tidak sepatutnya dilupakan, jika anda tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin, ianya merupakan satu pembaziran. Jika kabinet anda mempunyai lebihan ruangan, adalah molek untuk menjadikannya sebagai laci tambahan, tetapi anda perlu ukur dan rancang dengan teliti sebelum memasangnya ke atas kabinet dapur anda. Di sini anda boleh menyimpan pelbagai perkakas dapur dan sebagainya.
2. Rak sudut dinding
Jarang untuk kita lihat idea sebegini dizahirkan di Malaysia. Tetapi memang hebat kalau direalisasikan. Bayangkan ruangan bucu dinding anda yang kosong itu dihias molek dengan piala kemenangan, pasu bunga kecil, figura aksi (jika anda peminatnya) dan pelbagai lagi boleh diisi di dalam rak sudut dinding.
3. Sudut sofa
Sofa tidak semestinya hanya disandarkan ke atas dinding utama atau rata. Ianya juga boleh disesuaikan mengikut kreativiti anda dengan meletakkannya di bahagian bucu dinding (L- SHAPE SOFA) dan serikannya dengan aksesori tambahan seperti bingkai gambar, lampu chandeliar kecil dan sebagainya.
4. Rak buku
Sudut kediaman anda jangan sesekali dibiarkan sendu tanpa hiasan yang bersesuaian. Antaranya, anda boleh padankan ianya dengan rak buku sama ada dipasang secara skru ataupun ditanam dalam dinding. Dah siap nanti, boleh la acah-acah mini library di rumah.
5. Bunga dan tanaman dalam rumah
Sudut atau bucu rumah anda boleh juga dihiasi dengan indoor plant tetapi pastikan ianya diletakkan dalam pasu kecil dan daunnya harus dijaga agar tidak nampak semak di kemudian hari. Antara indoor plant yang boleh diletakkan adalah seperti pokok jade, pokok naga, mini kaktus dan pelbagai lagi jenis pokok hiasan yang boleh hidup dengan cahaya yang minimum.
6. Akuarium di bucu kediaman
Akuarium juga menerima nasib yang sama seperti sofa, kena letak di tengah alam. Elakkan dari meneruskan tradisi lapuk ini. Cuba anda posisikan akuarium tersebut di sudut sebelah dinding utama kediaman anda pasti terpegun dengan hasilnya nanti.
6 Tip sudah dikongsi, sudah tiba masanya untuk anda menaiktaraf sudut dinding di rumah anda agar ianya nampak lebih hebat dan mampu mengubah sudut pandang tetamu serta penghuni di kediaman anda.