Sebenarnya, penggunaan racun rumpai akan mengakibatkan tanah mati. Lebih mudah untuk di fahami, penggunan racun secara kerap akan menyebabkan tanah tidak subur. Tapi, dalam industri pertanian atau mereka yang menguruskan ladang dalam skala besar, tiada pilihan yang lebih mudah untuk mengawal rumpai selain menggunkan racun kimia.

Secara umumnya, di seluruh dunia kos untuk racun rumpai merangkumi kira-kira 40% kos kawalan perosak (pest). Secara tak langsung, perbelanjaan untuk racun rumpai agak besar dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan kerugian kepada peladang. Contohnya, si peladang tadi tersilap beli racun dan rumpai di ladangnya langsung tak terkesan dengan racun yang digunakan. Kan dah rugi tu.

Jadi, sebelum membeli atau mengambil keputusan memilih jenis dan jena racun yang akan digunakan, Ini yang perlu anda teliti.

Artikel Terdahulu: WAJIB Tahu Racun Rumpai Yang Mana Sesuai Sebelum Tersalah Beli-Vol.1

IKLAN

3. Jenis racun bergantung pada jenis rumpai
Terdapat racun rumpai jenis selektif dan ada yang tiak. Jika tertera pada label bahan aktif ialah 2,4-D, ia digunakan untuk membunuh rumpai berdaun lebar seperti. Ini bermakna, racun jenis ini jika disembur pada tanaman seperti padi, padi tidak akan mati.

contoh racun tidak selektif adalah seperti Paraquat dan Glyphosate (racun serap). Ia membunuh semua jenis rumpai. Selain dua bahan aktif ini biasanya merupakan racun jenis selektif. Khuatir jika racun rumpai memusnahkan tanaman, sebaiknya pilih sahaja racun jenis selektif.

 WAJIB Tahu Racun Rumpai Yang Mana Sesuai Sebelum Tersalah Beli-Vol.2

IKLAN

4. Kegunaan
Terdapat 2 kegunaan rumpai iaitu pra-cambah dan pasca-cambah. Racun pra-chambah berupaya membunuh rumpai dari biji benih. Ini bermakna benih-benih rumpai yang dibawa oelh burung, serangga dan yang terperangkap di dalam tanah dapat dimusnahkan. Manaka racun pasca-cambah pula boleh digunakan ketika pembersihan atau penyediaan tapak untuk membunuh rumpai yang sudah tumbuh

5. Penggunaan
Cara penggunan racun perlu dirujuk pada label produk. Maklumat mengenai cara menggunakan racun ada dituliskan di label merangkumi nisbah bancuhan, cara menyembur, jenis penyembur yang digunakan, dan sebagainya.

IKLAN

6. Langkah keselamatan
Pengunaan bahan kimia sudah pasti keselamatan diutamakan. Selain mengikut arahan atau amaran yang tertera pada label produk seperti cara penyimpanan dan sebagainya, kita dilarang memasuki kawasan yang telah disembur dalam tempoh 12 jam selepas semburan dilakukan untukracun Chopper 100. Untuk racun Bastura 600, anda tidak dibenarkan masuk kawasan semburan dalam tempoh 24 jam. Amaran khusu ini kebiasaanya terdapat pada label produk

 WAJIB Tahu Racun Rumpai Yang Mana Sesuai Sebelum Tersalah Beli-Vol.2

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI