Sebenarnya, penggunaan racun rumpai akan mengakibatkan tanah mati. Lebih mudah untuk di fahami, penggunan racun secara kerap akan menyebabkan tanah tidak subur. Tapi, dalam industri pertanian atau mereka yang menguruskan ladang dalam skala besar, tiada pilihan yang lebih mudah untuk mengawal rumpai selain menggunkan racun kimia.

Secara umumnya, di seluruh dunia kos untuk racun rumpai merangkumi kira-kira 40% kos kawalan perosak (pest). Secara tak langsung, perbelanjaan untuk racun rumpai agak besar dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan kerugian kepada peladang. Contohnya, si peladang tadi tersilap beli racun dan rumpai di ladangnya langsung tak terkesan dengan racun yang digunakan. Kan dah rugi tu.

Jadi, sebelum membeli atau mengambil keputusan memilih jenis dan jena racun yang akan digunakan, Ini yang perlu anda teliti.

1. Nama racun
Wajib tahu nama racun yang mahu digunakan supaya mudah untuk anda membelinya. Cara untuk tahu nama racun adalah dengan bertanya pada penjual di nurseri atau kedai yang anda kunjungi. Selain itu juga, boleh kenlpasti pada label produk.

IKLAN

Sekali pergi ke kedai jenama racun yang digunakan habis. Ini yang anda perlu lakukan
Lihat pada label produk dan cari perkataan “perawis aktif” atau nam lainya adalh bahan aktif. Cari bahan aktif yang sama pada produk racun yang lain. Contohnya bahan aktif 2,4-D dimethylamine sebanyak 60%. Maka carilah pada produk lain yang mempunyai kandungan bahan aktif yang sama. Bahan aktif ini lah yang berfungsi membunuh rumpai.

2. Kesan racun terhadap tumbuhan
Ringkasnya terdapat 2 jenis racun runtai iaitu racun sentuh atau serap.

Racun sentuh
Bahan aktif dalam racun sentuh biasanya ialah Paraquat dichloride. Ada juga yang panggil racun ini racun kopi-O. Kesan racun sentuh kepada tumbuhan ialah, ia hanya membunuh bahagian rumpai yang terkena racun dan sangat kurang atau langsung tidak menyerap ke bahagian akar.

IKLAN

Racun jenis sentuh membunuh rumpai dengan cepat. Tidak balas racun dengan rumpai boleh dilihat dalam tempoh hanya beberapa jam sahaja. Bagi anda yang inginkan kesan yang cepat, racun sentuh antara yang palings sesuai. Disamping itu juga, jika meracun di musim hujan, anda digalakkan menggunkan racun sentuh
kelemahan racun sentuh ialah rumpai baru akan mudah tumbuh dengan cepat. Sebaiknya kerja-kerja meracun perlu di lakukan setiap 3 bulan sekali untuk memastikan rumpai dapat dibasmi dengan menggunakan racun sentuh.

Racun serap
Racun serap atau racun sestematik akan menyerap sehingga ke bahagian akar tumbuhan. Ini bermakna, ia mengambil masa untuk pertumbuhan rumpai baru.
Namun, kelamahan penggunaan racun ia ia akan memakan masa untuk membunuh rumpai. Paling cepat rumpai mati dengan menggunakan racun serap ini adalah dalam tempoh seminggu. Namun, kerja-kerja meracn hanya perlu di lakukan 2 kali setahun sahaja jika menggunkan racun serap.
Bagaimana untuk kenalpasti jenis racun sentuh atau racun serap?
Mudah sahaja, lihat pada bahan aktifnya. Racun sentuh mempunyai bahan aktif utama iaitu paraquat. Jika pada label tiada tertera bahan aktif tersebut ia merupakan racun serap

IKLAN

WAJIB Tahu Racun Rumpai Yang Mana Sesuai Sebelum Tersalah Beli-Vol.1

Sambungan artikel: WAJIB Tahu Racun Rumpai Yang Mana Sesuai Sebelum Tersalah Beli-Vol.2

Sumber: http://www.ilmutani.com

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI