Bekas simpanan makanan tak kiralah apa jua jenama, baik mahal mahupun murah anda akan hadapi masalah apabila nak cuci kesan minyak. Bukan susah, tapi ambil masa. Ada kalanya, kotoran dah tak kelihatan tapi masih rasa berminyak. Tapi Adikempler ada trik mudah untuk pastikan kesan minyak dalam bekas simpanan makanan bersih tanpa perlu sental dan sabun yang banyak. Perkongsian trik mencuci bekas makanan berminyak ni viral di TikTok dan ramai yang telah cuba.
Jom tonton video yang disediakan
Ads
Ads
Ads
Bekas simpan makanan ni kalau nak simpan memang makan ruang kalau tak pandai simpian. Tapi ada bekas simpanan yang bole kita lipat lepas guna untuk mudah disimpan. Tak mahal pun kalau beli dekat kedai online ni https://invol.co/cl13bau
Warna hitam dapat mewujudkan titik tumpuan serta menjadikan ruang nampak sofistikated dan elegan. Aksesori seperti lampu, cat atau perabot yang berwarna hitam pula, dengan mudah mencuri tumpuan dan dapat membantu untuk menzahirkan konsep yang ingin diketangahkan dengan lebih jelas lagi. Hitam dengan sendirinya pun sudah menarik, tetapi untuk mendapatkan efek yang lebih menakjubkan dan dramatik, padankan hitam dengan putih. Kombinasi ini juga akan menerapkan suasana bersih yang segar dan elegan pada kediaman selain sesuai digayakan denga pelbagai konsep seperti moden dan kontemporari.
Cara Menggunakan Hitam dan Putih Pada Kediaman Anda Dengan Efektif.
Jika warna hitam dan putih yang anda gunakan kelihatan terlalu menonjol, tone down kan ia dengan menggunakan warna sekunder yang lain seperti penggunaan warna merah , kuning atau keemasan.
Dinding yang dicat putih atau krim lembut sesuai untuk berfungsi sebagai latar belakang yang sempurna buat bingkai gambar atau karya seni. Pilih kayu gelap atau cat bingkai dengan warna hitam supaya ia dapat menjadi titik fokus didalam ruang yang terpilih.
Sebuah bilik mandi yang kecil kelihatan elegan dengan countertop dan lantai marmar, kabinet hitam serta dipadankan dengan kemasan hitam pada paip, lampu, bingkai cermin dan sebagainya. Tandas akan kelihatan lebih rapi dan kemas dengan pemilihan warna ini. Sesuai juga buat mereka yang bersifat misterius dan elegan.
Lapik tilam atau cadar putih bersih dipadankan dengan sarung bantal belang membuatkan bilik tidur nampak klasik dan elegan. Gunakan trim hitam untuk dinding putih atau pada katil. Anda perlu bijak menggabung dan memadankan kedua dua warna ini pada setiap penjuru bilik. Contohnya, letakkan rak buku hitam dihadapan dinding putih atau tempatkan lampu lantai hitam pada sisi katil yang putih dan sebagainya.
Gunakan aksesori besi hitam sebagai pelengkap pada ruang yang dicat putih polos serta dipadankan dengan sofa kelabu. Ruang akan nampak lebih cosy dan selesa apabila warna hitam dan putih bergabung dengan lantai kayu, selain warna hijau dari pokok yang mendatangkan suasana segar pada ruang tamu anda.
Gunakan hitam dan putih sahaja atau dengan warna accent yang lain untuk mewujudkan gaya klasik yang santai. Untuk menambah kesan dramatik dan seni hias yang menakjubkan, letakkan satu titik fokus seperti cermin besar dengan bingkai keemasan pada ruang yang kecil supaya kelihatan luas ditambah pula dengan lampu meja yang penuh karakter.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Penapis air yang tak menggunakan tenaga atau aliran elektrik pun boleh terbakar. Tak kira lah jenama apa pun, mahal mahupun murah boleh mengalami masalah ini. Seperti perkongsian di page Say It.Safety, sebuah paparan mesin air penapis yang banyak digunakan di kediaman-kediaamn Malaysia sedang berasap.
Baru je pagi tadi min kongsikan saranan pihak bomba supaya tutup suis penapis air jika tidak akan digunakan dalam tempoh yang lama (maknanya balik kampung, bercuti dsg) dan tutup suis sewaktu bekalan air terputus.
Ini kerana pemanas air tetap berfungsi walauapun ketiadaan bekalan air. Mesin ini akan terbeban dengan kuasa pam air yang akan berjalan tanpa bekalan air dan menjadikan overheating. Seterusnya mengakibatkan kebakarans
?????? ??? ?????? ??????? ??? ????? ???????? ????? ?? ??Penapis air terbakar ni bukan perkara main-main ok.. ☝️ Punca ini berlaku mesti disebabkan kelalaian kita sendiri.. jadi sentiasa berwaspadaBaru je pagi tadi min kongsikan saranan pihak bomba supaya tutup suis penapis air jika tidak akan digunakan dalam tempoh yang lama (maknanya balik kampung, bercuti dsg) dan tutup suis sewaktu bekalan air terputus. (Boleh refer sini: https://www.facebook.com/101696771514523/posts/176446480706218/ )Ini kerana pemanas air tetap berfungsi walauapun ketiadaan bekalan air. Mesin ini akan terbeban dengan kuasa pam air yang akan berjalan tanpa bekalan air dan menjadikan overheating. Seterusnya mengakibatkan kebakaran.. Cuba korang bayangkan kalau kejadian macam ni berlaku pada penapis air di rumah kita.. Kalau terjadi pada waktu tengah malam semasa kita tidur macam mana? Jadi min harap korang boleh kongsikan tips ni kepada keluarga dan rakan-rakan yang lain.. biar ramai yang tahu..#sayitsafety#homesafetytips#kitajagakita#penapisair
Posted by Say It.Safety on Thursday, 17 September 2020
Pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia juga telah mengeluarkan informasi rasmi kepada semua pengguna mesin penapis air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Macam mana cara anda mencuci bra? humban terus ke dalam mesin basuh? Jika kaedah ini yang anda gunakan, beli bra mahal macam mana pun tak akan tahan. Perlu diingat, tidak ada satu pun bra yang direka sesuai untuk cucian menggunakan mesin basuh walaupun anda menggunakan jaring laundry tu.
Kalau nak bra tahan lama dan tidak mudah rosak, kaedah cucian tanagan adalah yang terbaik. tonton video yang disediakan untuk mengetahui teknik cucian, mengering dan menyimpan bra yang betul
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.