Cuaca sekarang amat panas dan tidak menentu. Kadangkala waktu malam pun boleh berpeluh. Menurut sumber ramalan cuaca fenomena taufan Lan yang menyebabkan cuaca di Semenanjung Malaysia menjadi panas terik sehingga suhu 34 darjah celsius.
Jadi, untuk menghadapi cuaca panas terik ini, anda boleh cuba ‘trick’ untuk sejukkan ruang kediaman ini walaupun tanpa penghawa dingin.
1. Letak bantal kecil dalam peti ais
Anda boleh dapatkan jenis pad bantal kecil in di pasaran. Kegunaannya anda hanya perlu isikan air dan letak di dalam peti ais, kemudian keluarkan ia apabila hendak menggunanya. Jika terlalu sejuk, anda boleh balutkan bersama tuala.
2. Letak kipas sebelah tingkap.
Tujuan letakkan kipas berdekatan dengan tingkap adalah untuk mengeluarkan udara panas yang terkumpul di dalam bilik dan menyerap udara segar dari luar masuk ke ruang bilik.
3. Letakkan kain basah pada kaki
Kaedah paling mudah untuk sejukkan diri anda apabila terasa panas di rumah, adalah dengan melekakan kain basah pada kaki anda. Atau anda hanya perlu merendam kaki ke dalam air sejuk dan duduk berehat.
4. Gunakan Pelembab Udara atau ‘Humidifier’
Pelembap udara boleh didapati di mana-mana pusat membeli belah, ia boleh menambahkan kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Jadi boleh letak di bilik tidur ataupun di ruang tamu.
5. DIY penghawa dingin
Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling ataupun letak ais tadi dihadapan kipas meja. Buka kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mari-Mari! Mari Kita Kenali Apa Itu Hias Dinding
Walaupun ruang tamu itu sudah diperhiaskan dengan pelbagai cara design yang menarik, ada perabot-perabot yang lawa dan cantik, tetapi ia tidak akan cukup juga kalau kita tidak memperhiaskan dinding di ruang tamu itu. Jikalau kita hias dinding ruang tamu itu dengan banyak cara atau banyak benda yang kreatif, pasti ruang tamu kita akan nampak lebih meriah. Oleh kerana itu, hari ini saya akan memberi tips, apa yang perlu anda buat untuk menghias dinding di ruang tamu anda.
- SULAMAN JARUM TEBUK
Sulaman jarum tebuk adalah salah satu teknik sulaman yang selalu digunakan untuk menghasilkan permaidani yang gebu, dan ia telah menjadi bualan penggemar sulaman dan kraf sepanjang tahun. Pelbagai tekstur yang dihasilkan oleh jarum pukulan ini menjadikan hasil jahitan anda satu-satunya. Tekstur sulaman ditentukan oleh saiz jarum berlubang dan jenis benang yang digunakan. Semakin tebal benang atau bulu yang boleh digunakan, semakin besar saiz jarum. Kaedah paling mudah untuk memulakan projek sulaman jarum tebuk ini ialah mendapatkan kit jarum tebuk, yang merangkumi jarum tebuk pelbagai saiz, gelung kayu sulaman, benang atau bulu dalam pelbagai warna, dan kain bersulam.
- MAKRAME
Simpulan Juraian dan makrame ialah dua cara menarik untuk menghiasi dinding rumah anda. Prosedur menghasilkan makrame bergantung pada tahap kecekapan anda. Jika anda baru bermula dengan makrame, mulakan dengan ikatan dan simpulan yang mudah. Penghiasan makrame hanya memerlukan dua bahan iaitu kayu panjang dan benang yang kuat. Benang makrame terdiri daripada pelbagai gentian. Benang kapas dan sintetik antaranya. Ternyata sesiapa yang pernah menjadi ahli organisasi pengakap semasa di sekolah menengah mendapat manfaat daripada mengetahui cara mengikat benang makrame.
- HIASAN GANTUNG TANAH LIAT POLIMER
Aksesori hiasan dari tanah liat polimer ini, sudah banyak kita nampak dijadikan sebagai anting-anting atau rantai leher. Jadi, apa salahnya jikalau kita ambil idea ini, kita memperhias dinding ruang tamu dengan sebuah hiasan yang bergantung. Bergantung pada jenama, tanah liat polimer hanya akan menjadi pejal apabila dibakar pada suhu tertentu. Tanah liat polimer ini lazimnya digunakan sebagai hiasan tambahan kepada konsep rumah bohemian dan umumnya bertemakan rona bumi seperti coklat, merah, dan kelabu untuk hiasan dinding ruang tamu. Cara membuatnya senang sahaja, dan tidak rumit, malah, tidak mahal. Anda hanya perlukan penggelek, acuan kuih bergantung kepada kreatifiti anda, tali makrame, serta oven.
Jadi, itu sahaja tips-tips yang saya boleh berikan untuk menghiasis dinding ruang tamu anda. Jikalau anda berminat, anda boleh cubanya dan sarankan kepada rakan-rakan anda.
Sumber: iProperty.com.my (https://www.iproperty.com.my/lifestyle/hiasan-dinding-diy-mudah-untuk-ruang-tamu-estetik/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Cara Betul Simpan Makanan Dan Ubat Dalam Peti Sejuk
Peti sejuk? apakah bahan atau barang yang kebiasaannya anda simpan di dalam peti sejuk. Walaupun nama nya peti sejuk, ia tidak bermakna makanan-makanan yang tak habis, buah-buahan dan sebagainya boleh disimpan begitu sahaja. Ada beberapa teknik perlu dilakukan untuk memastikan bahan yang disimpan di dalam peti sejuk bersih dan tidak tercemar. Jangan ingat, dalam peti sejuk tu tak ada bakteria akan hidup ye.
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, bagi memastikan peti ais sentiasa dalam keadaan bersih, ia perlu dicuci setiap minggu. Nak tahu cara untuk mencuci peti sejuk [klik sini]
Bila dah dicuci bersih, langkah seterusnya adalah cara penyimpanan. Pastikan simpanan bahan dalam peti sejuk dilakukan dengan tertib yang telah ditunjukkan oleh Hani Mynis di laman facebooknya.
SIMPAN SOS
Kebiasaanya, sos seperti cili, tomato tiram lada hitam dan sebagainya akan disimpan pada suhu bilik selepas dibuka. sebenarnya, cara terbaik untuk mengekalkan kesegaran sos-sos tersebut anda perlu siampan kan ia di dalam peti sejuk. Lagi pun memang dah tertera kaedah penyimpanan sos tersebut pada label atau peket pembungkusnya “refrigerate after opening”.
Ia bertujuan mengelak pertumbuhan kulat terutamanya pada mulut botol. Perasan tak mulut botol sos tu ada hitam-hitam. Itu tandanya telah kulat telah hadir.Tempat paling sesuai untuk menyimpan sos di dalam peti sejuk adalah di rak pada pintu peti.
CARA SIMPAN SUSU
Untuk susu dalam tin tak kira cair atau pekat, biasanya akan disimpan terus ke dalam peti sejuk dengan tin-tin sekali selepas dibuka. Betul tak? tanpa mengambil kira bahagian yang telah dibuka tadi ditutup rapat atau pun tidak, kaedah simpanan ini akan mencemarkan 100% susu cair atau pekat tadi. Bukan sekadar dari rasanya, malah warna dan tekstur.
Sebaiknya, pastikan tin susu yang telah dibuka tadi ditutup kedap sama ada dengan menggunakan plastik atau sebagainya. kalau rasa leceh dan tak kemas, pilihan terbaik adalah dengan salinkan susu tadi di dalam bekas yang mempunyai penutup kedap dan diletakkan pada rak di pintu peti ais.
Lagi satu cara pengurusan dan simpanan yang salah di dalam peti ais adalah dengan meletakkan susu segar yang dalam kotak di ruang rak pintu. Bahagian tersebut merupakan tempat yang mempunyai suhu yang paling tidak stabil. Jadi letkkan susu segar di bahagan dalam untuk mengelak ia dari cepat rosak
CARA SIMPAN TELUR
Orang kata, telur tak sesuai disimpan di dalam peti sejuk. Sebenarnya, dua-dua pun boleh cuma cara simpanan di suhu bilik dan peti sejuk adalah berbeza.
Simpanan suhu bilik
lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)
Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak
simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk
Simpan dalam peti ais (chiller)
Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti sejuk kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.
Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur yang kedap udara dan bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor dengan makanan lain dlm peti ais. Pastikan sebelum disimpan, telur tidak dibasuh telur, nak masak baru basuh
MACAM MANA SIMPAN UBAT-UBATAN
Ramai yang suka letak ubat terutamanya yang jenis cecair di dalam peti sejuk kan? Sebenarnya, ubat tak perlu disimpan di dalam peti sejuk nak-nak di bahagin rak pintu. Seperti yang diperkatakan di dalam point-point terdahulu, suhu di bahagian ini tidak stabil. Jadi ia bukan lagi memanjangkan tempoh best use ubat malah menjadikanya lebih cepat rosak kerana ubat-ubatan cecair ni sensitif haba dan kelembapan.
Jadi, cara terbaik untuk simpan ubat-ubatan adalah di tempat yang sejuk. Bukan sejuk peti tu, maksudnya terhindar dari haba. Susun sahaja ubat-ubat tu di dalam kabinet.
TIP: Ubat antibiotik dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh sendiri sahaja yang sesuai disimpan didalam peti sejuk. Itu pun di bahagian dalam bukan rak pintu. Manakala ubat antibiotik perlu dihabiskan segara. Jika doktor telah tetapkan dalam tempoh 5 hari, maka ia perlu dihabiskan. Kalau masih tersisa, jangan nak mengada-ngada simpan. BAHAYA. Yang penting baca label dan denagr saranan doktor
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
LG Memperkenalkan Siri TV OLED Terbaharu, Kini Dilengkapi Dengan Fungsi Teknologi Yang Lebih Canggih
Jenama alatan rumah dan elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG) kini mengorak langkahj dengan mengukir masa depan hiburan rumah dengan pengenalan siri TV OLED terbaharu mereka! Dianugerahkan sebagai Jenama TV OLED No. 1 Dunia selama 10 tahun berturut-turut, LG dengan bangganya memperkenalkan siri TV OLED yang tercanggih, iaitu LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3.
LG sekali lagi menetapkan standard baharu untuk hiburan rumah dengan piksel nyalaan sendiri yang memperhebatkan kualiti gambar premium dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti Pemproses AI α9 Gen6, HDR Expression Enhancer, Bunyi Jelas AI, Kawalan Imbangan Auto, dan WOW Synergy.
Justin Choi, Pengarah Urusan LG menyatakan bahawa beliau yakin yang siri TV OLED ini akan menetapkan penanda aras baharu untuk hiburan rumah bagi pelanggan mereka di Malaysia.
“LG telah mendedikasikan usaha penyelidikan dan pembangunan yang meluas untuk memastikan siri baharu ini dapat memberikan pengalaman yang tiada tandingan untuk keperluan hiburan rumah pengguna. Sebagai jenama inovatif yang telah dianugerahkan dengan CES Innovation Award untuk 11 tahun berturut-turut, kami yakin yang barisan produk baharu ini mampu menyampaikan nilai yang lebih tinggi untuk pengguna kami,” kata Justin.
Siri TV OLED terkini memfokuskan pada ciri-ciri utama seperti berikut:
- Pemproses AI α9 4K Gen6 untuk kualiti gambar dan bunyi yang dioptimumkan – Siri pemproses Alpha terbaharu yang digunakan dalam TV OLED LG 2023 menggunakan teknologi Pembelajaran Mendalam berbantukan AI untuk menghasilkan imej yang terlihat lebih jelas dan nyata.
- Brightness Booster Max untuk imej yang lebih realistik – Kecerahan dikawal pada asas piksel demi piksel untuk menghasilkan butiran imej yang lebih tajam dan realistik. Peningkatan ketara untuk siri OLED evo G3 ialah teknologi Brightness Booster Max yang menggabungkan seni bina kawalan pencahayaan yang baharu dan algoritma peningkatan cahaya untuk meningkatkan tahap kecerahan sehingga 70 peratus.
- Versi terbaharu webOS adalah antara muka pengguna (UI) yang direka bentuk semula untuk meningkatkan pengalaman pengguna – Antara muka terbaharu bagi laman utama didatangkan dengan ciri “Quick Cards” yang menawarkan akses mudah kepada kandungan dan perkhidmatan yang paling kerap digunakan, akan dikumpulkan di bawah kategori seperti Gaming, Muzik, Sukan, dan lain-lain.
- Pengalaman pawagam di rumah yang terhebat – Semua TV OLED disokong oleh Dolby Vision dan Dolby Atmos. Selain itu, TV LG tahun ini menawarkan integrasi soundbar yang sempurna dengan menyampaikan bunyi keliling berbilang saluran dengan kualiti yang dipertingkatkan oleh IMAX, yang dikuasakan oleh DTS:X. TV dan soundbar LG boleh digabungkan untuk menawarkan ciri WOW Orchestra². Pengguna dapat mempertingkatkan pengalaman audio mereka ke tahap yang lebih memuaskan dengan gabungan canggih TV LG dan soundbar LG, yang membolehkan pendengar meneliti setiap butiran halus.
- Dioptimumkan untuk Gaming³ – Dengan masa kadar segar serendah 0.1ms, Nvidia G-SYNC, bersama sokongan AMD FreeSync Premium. Terdapat juga sokongan untuk HDMI 2.1 dan VRR.
Tiada lagi sudut pandangan yang mengganggu – kini kami mengalu-alukan ketibaan TV yang mudah disesuaikan di ruang anda, sama ada untuk mempamerkan seni atau untuk hiburan, LG Malaysia memperkenalkan Siri LG OLED evo G3 yang mempunyai reka bentuk tanpa jurang yang dapat diletakkan di dinding dengan sempurna. Paparan ultra-nipis yang terduduk kemas di dinding menciptakan penampilan yang anggun seolah-olah ia sebahagian daripada dinding. Jika anda lebih idamkan fleksibiti sama ada untuk meletakkan TV di dinding atau atas TV stand, kami mengesyorkan LG OLED evo C3 sebagai pilihan terbaik untuk anda. Bagi mereka yang inginkan tetapan yang canggih dalam pakej yang lebih mudah, LG OLED A3 yang menampilkan pemproses AI α7 4K Gen6 merupakan pilihan ideal.
Produk | TV (Inci) | MSRP (RM) |
LG OLED evo G3 | 77” | 32,999.00 |
65” | 17,999.00 | |
LG OLED evo C3 | 83” | 35,999.00 |
77” | 29,999.00 | |
65” | 14,999.00 | |
55” | 10,999.00 | |
LG OLED A3 | 65” | 11,999.00 |
55’ | 8,999.00 |
Selain itu, LG juga telah memperkenalkan dua skrin gaya hidup terbaharu yang kini boleh didapati di Malaysia. Koleksi LG OLED Posé Objet (berharga RM 12,999) menawarkan reka bentuk yang anggun dan bergaya yang mudah disesuaikan di ruang anda. Diiktiraf sebagai Pemenang IF Design Award, Koleksi LG OLED Posé Objet menyempurnakan kediaman anda dengan teknologi termaju. LG OLED Flex (berharga RM13,199) pula merupakan TV gaming 4K yang boleh dibengkokkan untuk memberikan fleksibiliti yang luar biasa dan pengalaman gaming yang mengasyikkan, khas untuk memenuhi keperluan paragamers.
“Dengan legasi 10 tahun sebagai jenama TV OLED No. 1 dunia, kami amat menghargai sokongan yang berterusan daripada pelanggan kami. Kami berusaha untuk melangkaui batasan dan mentakrifkan semula kualiti hiburan visual melalui inovasi berterusan sambil memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang. Akhirnya, kami mahu memastikan pelanggan kami dapat menikmati “A Good Life” dengan penggunaan produk dan perkhidmatan kami,” kata Justin.
Sempena ulang tahun TV OLED No 1 di Dunia selama 10 tahun berturut-turut, pelanggan boleh mengunjungi pameran bergerak LG’s Perfect 10th, Perfect Black dari sekarang hingga Ahad, 16 Julai 2023 di Mid Valley Megamall Centre Court, Ground Floor untuk menikmati promosi istimewa sehingga RM1,700 kredit TNG eWallet dan berpeluang memenangi unit percuma LG 65″ TV yang boleh direbut!
Untuk maklumat lanjut tentang LG dan TV OLED LG, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti Halaman Facebook Rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk maklumat terkini, berita, dan promosi.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tip Pilih Sofa Kulit Untuk Kediaman Dengan Tema Dekorasi Klasik
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI