Tidak salah memilih spatula berwarna – warni. Paling tidak memberi motivasi kepada anak dara sunti anda turun ke dapur.
Solek macam dapur kering, guna macam dapur basah. Maksudnya carilah material seperti jubin ada ilusi papan jalur atau parquet. Material kaunter glamour dan tahan lasak. Lagi pun ruangnya kecil, inilah masa kita gunakan ruang dan wang dengan berbaloi.
Pilih material mudah lap dan tahan dalam serta pastikan barang yang selalu dipakai, ditempatkan saling berdekatan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sudah beberapa minggu Malaysia dilanda cuaca yang tidak menentu. Malah cuaca panas dan suhu yang semakin meningkat turut terasa sehinggakan suasana di rumah menjadi bahang dan membuat anda tidak selesa untuk beristirehat dan tidur. Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni, pasti ramai yang tercari-cari tip sejukkan rumah panas supaya lebih selesa.
Untuk menyejukkan rumah atau bilik, boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada bajet lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah.
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
Anda disarankan untuk menggunakan fluorescent bulb. Lampu jenis ini menawarkan jumlah cahaya yang sama seperti incandescent bulbs tetapi mengeluarkan sedikit haba. Selain itu, lampu ini juga kurang menggunakan tenaga elektrik, menjadikannya pilihan terbaik untuk rumah panas di Malaysia.
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp., Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Inilah salah satu cara sejukkan rumah panas yang paling semula jadi dan menjimatkan.
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya dan haba. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar sesuai dengan konsep rumah sejuk tanpa aircond.
Pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Jadi, pemasangan jaring yang halus seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk tanpa mengganggu aliran udara malam yang sejuk.
Siling jenis fiber cement board lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang tersilap dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda lebih sejuk dan selesa.
Salah satu punca utama rumah menjadi panas ialah dinding yang terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning bagi mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari secara langsung.
Selalunya awning dipasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang. Jika ada bajet lebih, pasang saja awning di sekeliling rumah. Anda juga boleh tanam pokok rendang di sekeliling rumah supaya kawasan rumah lebih redup dan tidak terkena bahang matahari secara terus.
Dengan mengamalkan semua tip sejukkan rumah panas ini, anda bukan sahaja dapat menikmati suasana rumah yang lebih selesa, tetapi juga menjimatkan tenaga dan kos elektrik dalam jangka panjang. Selamat mencuba!
Pilihan amali dan selaras dengan konsep kediaman. Bukan sekadar hiasan kamar tetapi mengiringi mimpi anda dalam lena berkualiti.
Kepala katil, umpama satu godaan mata di lembah beradu. Rekaannya juga pelbagai mengikut era dan tidak pernah pereka berdiam diri menghasil yang baru dan baru saban waktu. Biar ramai di antara kita membelinya bukan hanya sedap pada mata tetapi kepala katil juga memainkan peranan penting dalam melengkapkan reka bentuk kamar anda. Ia juga sebenarnya menyerlahkan personaliti anda dan impian.
Kini ramai pemilik kediaman lebih gemar memilih kepala katil yang ringkas. Mudah dicuci dan dibuka. Biar berkerawang tetapi tidaklah sarat dan berat. Malah pilihan utama sudah pasti kepala katil yang ringkas dan mudah dibersihkan. Malah ada yang tidak memerlukan kepal katil. Katil bagi mereka bukan tempat bermewah-mewah cukup untuk melelapkan mata. Cukup dengan lukisan bersaiz gah sebagai penyeri dinding di bahagian kepala katil.
Anda yang berjiwa seni, pilih aja gantungan atau kerawang menggantikan kepala katil. Berjiwa romantik, tidak cukup dengan rekaan moden klasik ala camel back, sertakan dengan butang chesterfield. Anda yang gemarkan gaya Asia, rekaan moden rotan boleh mejadi pilihan dan anda yang sukakan moden kontemporari, pilih sahaja rekaan bina dalam fabrik mewah kemas. Manakala yang sering up to date, pilih sahaja yang polos, moden dan rona neutral yang boleh di suai padan serta tidak lekas jemu. Masakan anda perlu menukar kepala katil saban minggu..betul tak?
Mereka yang memilih moden klasik juga kini lebih senang memilih kepala katil yang mempunyai warna samar atau warna moden neutral biar pun rekaan agak ekstravaganza. Kita sedar, kini tidur merupakan imbuhan mewah buat warga kota setelah seharian bertarung nyawa mencari rezeki setiap hari. Jadi warna-warna ‘menjerit’ yang lantang dirasakan tidak perlu untuk ruang rehat seumpama ini.
Maka sebelum memilih kepaka katil, pastikan kesesuaian dengan ruang kamar dan perlu ada kaitan dengan konsep utama kediaman. Biar apa pun materialnya , kayu, rotan, besi, fabrik, asalkan anda bijak menjaga dan tahan lasak. Selaras dengan gaya hidup juga tahap kesihatan kita. Elakkan membeli material yang asalnya catik tetapi sudahnya memerangkap habuk. Bayangkan jika anda mempunyai lelah dan alahan. Tidur biar nikmat…Usah nanti yang dinamakan mimpi indah bertukar ngeri…
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...