Ramai ibu bapa masih sangsi, apakah sesuai warna-warna urban seumpama ini untuk anak-anak mereka. Adakah kelabu menepati cita rasa anak-anak masa kini dan cantik kah sebuah kamar anak -anak tampil hambar dengan cita rasa warna urban seumpama ini?
Kamar kanak-kanak kini mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan masa kini. Jika dahulu kelabu tidak langsung ada di dalam menu warna kamar kanak-kanak. Kini segalanya berubah. Dari biasan rona putih merpati ke kelabu samar, kelabu kebiruan ke kelabu padu, segalanya tersedia untuk kamu .Pilihan berani yang mencabar kalbu.
Kamar kanak-kanak sudah tampil advance dan urban dengan pelbagai tema yang disajikan oleh pereka kepada khalayak. Pun begitu pereka juga cukup bijak menyediakan pilihan rona kedua seperti merah jambu, putih, biru samar, turqouise dan lain-lain sebagai warna penyeri ruang kamar. Malah corak belang, zig zag, tompok-tompok, segi tiga dan beberapa corak dari koleksi kertas dinding menyerlahkan lagi kehebatan rona ini.
Dilihat tema seperti moden kontemporari, scandinavian dan urban malah kini moden klasik banyak menggunakan rona seperti ini. Paling menarik, banyak pula pilihan kertas dinding yang menyediakan corak cantik berasaskan rona ini. Jadi bermakna kanak-kanak masa kini juga sudah boleh menerima gaya bebas warna seperti kelabu. Simple-simple aja di IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
12 Tip Sebelum Basuh Langsir Di Dobi Layan Diri Betul-Betul Bersih
Kalau semalam Impana ada kongsi tip untuk mencuci langsir. [untuk artikel lengkap, klik sini] Hari ni nak kongsi pula tip mencuci langsir di kedai dobi layan diri. Almaklumlah langsir kan besar, kapasiti mesin basuh tak mampu untuk menanggung langsir yang banyak tu tambahan materialnya berat. Kalau boleh pun kena buat satu-satu atau sedikit demi sedikit. Keadaan ini akan memakan masa lah pula. Jadi pilihan terbaik adalah dengan menggunakan dobi layan diri sebab ada mesin yang mampu menampung muatan 20-25kg lepas tu terus guna dryer. Tak perlu dah pening kepala nak cari tempat sidai. Mesti Anda yang tinggal di apartmen alami masalah ni kan?
Tapi nak basuh langsir dimesin dobi layan diri pun tak boleh sebaranggan. Ada beberapa benda yang anda perlu perhatikan. Antaranya ialah:
1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.
2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.
3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum. Pre-wash kotoran kasar jika perlu.
4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.
5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.
6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.
7. langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan kedalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.
8. Langsir kain tebal/biasa boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu sederhana/tinggi, bergantung pada kesesuaian fabrik.
9. Langsir apabila basah akan menjadi berat. Oleh itu jangan memasukkan lebih muatan kedalam mesin pengering kerana ini akan memendekkan hayat mesin pengering.
10. Langsir siang (day curtain/lining/voile) lebih sesuai dikeringkan dibawah cahaya matahari. Jika perlu pengeringan mesin, gunakan suhu rendah/sederhana.
11. Langsir eyelet tidak sesuai menggunakan pengeringan mesin kerana suhu yang tinggi dan putaran mesin boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet yang diperbuat daripada plastic/kayu/logam. Selain itu, kesan langsung daripada putaran akan menyebabkan bunyi yang bising serta kerosakkan pada drum pengering.
12. Langsir scallop tidak sesuai untuk basuhan mesin. Gunakan basuhan tangan atau dry-cleaning.
Sempena Hari Raya yang sudah hampir tiba, kalau nak rasa #Betulbetulraya datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam Selangor bermula jam 2.00pm-2.00am. Ada pelbagai aktiviti #betulbetulbest dan jualan barangan raya yang #betulbetulviral daripada 50++ jenama online terkenal tau!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wajib Tukar Cadar Tilam & Sarung Bantal 2 Kali Seminggu!
Wajib Tukar Cadar Tilam & Sarung Bantal 2 Kali Seminggu! Ramai di antara kita yang sekurang-kurangnya menukar cadar tilam dan sarung bantal sebulan sekali. Adakah ia memadai?
Ada juga yang mempunyai mentaliti untuk menukar cadar dan sarung bantal apabila ia benar-benar kotor. Hakikatnya, kita tak akan sedar bilakah ia benar-benar kotor atau berbau.
Menurut Goodman, kita sangat disarankan untuk mengganti semua yang ada di atas katil termasuk cadar, sarung bantal dan selimut sekurang-kurangnya 1 ke 2 kali seminggu minggu. Jadi, kenapa kita perlu tukar dengan kerap?
1. Menjaga Kebersihan
Cadar dan sarung bantal menyerap peluh, minyak dari kulit, sel-sel kulit mati, dan debu dari sepanjang hari kita. Tanpa menukarnya secara kerap, kotoran ini boleh berkumpul dan mencipta persekitaran tidur yang tidak higienik. Tambahan pula, bakteria dan kutu tilam juga boleh membiak jika tidak diganti secara kerap, meningkatkan risiko alergi dan masalah kesihatan lain.
2. Mengurangkan Risiko Alergi dan Gatal Kulit
Bagi individu yang menghidap alergi atau mempunyai kulit sensitif, menukar cadar dan sarung bantal secara berkala sangat penting. Kotoran yang terperangkap di dalamnya boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau memburukkan reaksi alergi yang sedia ada. Bed bugs atau dust mites, agak bahaya. Selain menyebabkan kulit menjadi gatal dan merah angkara gigitan makhluk kecil ini, ia juga akan mengakibatkan reaksi alahan terutama jika individu itu ada masalah ekzema dan dermatitis. Dengan menukar cadar dan sarung bantal setiap minggu, anda dapat menjaga kesihatan kulit.
3. Pentingkan Keselesaan
Cadar dan sarung bantal yang telah digunakan untuk tempoh yang lama mungkin tidak lagi memberikan keselesaan yang optimum. Dengan menukarnya secara rutin, anda dapat memastikan bahawa tempat tidur anda tetap selesa untuk tidur yang berkualiti setiap malam. Ini sangat penting terutama jika anda berkongsi katil dengan pasangan atau berkongsi katil bersama haiwan peliharaan.
4. Mengurangkan Bau Tidak Menyenangkan
Peluh, minyak, dan kotoran lain yang ada pada cadar dan sarung bantal lama boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Dengan menukar cadar dan sarung bantal secara teratur, anda dapat menjaga keharuman dan kesegaran tempat tidur dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.
5. Meningkatkan Kualiti Tidur dan Kesihatan
Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan. Dengan memiliki persekitaran tidur yang bersih dan segar, anda dapat meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan fokus dan produktiviti harian, serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.
Tips untuk Menjaga Kualiti Cadar dan Sarung Bantal:
Cuci secara Berkala: Selain menukar cadar dan sarung bantal, pastikan untuk mencucinya secara teratur mengikut panduan penjagaan bahan.
Pilih Material yang Tepat: Memilih material yang berkualiti dan mudah dijaga dapat membantu memperpanjang jangka hayat cadar dan sarung bantal serta menjaga kebersihan dan keselesaan mereka.
SUMBER: Hello Doktor
IMPIANA: Dengan menukar cadar dan sarung bantal setiap minggu, anda dapat mencipta persekitaran tidur yang lebih bersih, selesa, dan menyegarkan. Tindakan mudah ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti tidur anda tetapi juga dapat memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
Mesti Baca: 10 Barang Kegunaan Harian Yang Anda Tidak Pernah Tahu Ada “EXPIRED DATE”
Baca Lagi Di Sini: Ganti Cadar Seminggu Sekali Belum Dikira Bersih, KENAPA?
Artikel Menarik: Kerap Tukar Sarung Bantal Dan Cadar, Petua Bebas Jerawat 100%
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hindari Anak Dari Bahaya Dengan Tip Keselamatan Ini
Masih ingatkah anda tentang keseronokan bermain semasa kecil? Bebas berlari kesana kemari tanpa larangan bersama rakan-rakan sehingga penat. Waktu yang tidak mungkin dapat diputar kembali. Masa pun sudah berubah, kanak-kanak kini tidak lagi bebas bermain berikutan persekitaran yang tidak selamat dan dicemari. Kita lebih rela jika anak bermain dirumah sahaja kerana diluar sana bermacam bahaya yang sedang menunggu. Faktor seperti gejala sosial, penyebaran penyakit berjangkit dan kadar jenayah yang kian meningkat menjadikan tempat bermain semakin terhad dan tidak lagi kondusif.
Tetapi sudah menjadi lumrah anak kecil yang sentiasa mahu bermain dengan gembira tanpa memikirkan masalah dan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan serta memenuhi kehendak mereka. Sifat suka meneroka dan ingin tahu anak-anak mungkin mustahil untuk dikawal tetapi ada cara lain yang boleh kita lakukan. Jadi apakah yang boleh dilakukan agar kediaman anda sentiasa selamat dan terhindar dari bahaya?
PERABOT
Menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat, lebih daripada 130 kanak-kanak terbunuh akibat dihempap perabot antara tahun 2000 – 2006. Pastikan rak, almari dan perabot lain di pasangkan dengan sistem penyokong yang diskru kedinding. Anda juga boleh meletakkan barang-barang yang lebih berat pada bahagian bawah bagi memastikan almari lebih stabil.
Tutup semua penjuru perabot yang tajam dan keras dengan bumper tepi yang akan mengurangkan risiko terhantuk. Anda juga perlu menggantikan atau menempatkan semula pintu kabinet kaca, meja kopi atau bingkai gambar yang boleh mencederakan anak anda apabila berlaku kemalangan yang tidak diingini. Elakkan juga meletak mainan atau objek lain yang menarik di tempat-tempat yang tinggi supaya anak anda tidak memanjat dan membahayakan diri mereka.
TINGKAP
Jika anda mempunyai tingkap yang rendah, jangan lupa pasangkan stopper pada tingkap. Ia akan menghalang tetingkap anda daripada boleh dibuka melebihi dari 3 inci. Periksa material dan design langsir agar tidak terlalu berat atau mempunyai banyak juntaian yang boleh mencekik dan membahayakan kanak-kanak.
PERKAKAS RUMAH
Simpan semua produk yang mungkin akan mendatangkan bahaya di rumah seperti objek tajam, ubat-ubatan, dan barangan berharga di kabinet berkunci, jauh dari capaian anak-anak. Memang bahaya sekiranya mereka terjumpa salah satu objek tersebut kerana perasaan ingin tahu yang membuak buak pasti kan mendorong mereka melakukan perkara yang tidak kita sangkakan.
Jaga-jaga juga dengan objek kecil. Pastikan klip kertas, syiling, dan sebagainya tidak diletakkan merata-rata dan boleh dicapai anak kecil. Pasangkan selak keselamatan pada semua kabinet dan laci yang terletak pada bahagian yang rendah.
BARANGAN ELEKTRIK
Jari yang aktif dan otak yang cerdas tidak akan ada waktu berehat. Mereka suka mengembara dan amat minat dengan objek yang ‘asing’. Jadi jauhkan objek berat serta peralatan elektrik merbahaya dari pandangan mereka agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Tutup semua suis dan soket elektrik dengan penutup keselamatan apabila tidak digunakan. Anda juga boleh memasang kunci yang menjadikannya sukar untuk menarik keluar plug peralatan elektrik yang sedang digunakan.
DAPUR
Didapur, setiap penjuru boleh terdapat bahaya buat anak kecil yang lincah. Dapur memasak, periuk panas, pisau tajam dan alatan elektrik, semuanya terdapat dalam satu ruang kecil, Jadi untuk cara pantas, mudah dan sudah tentunya berkesan, pasangkan saja penghadang pada pintu masuk dapur anda bagi menghalang anak-anak dari menghampiri kawasan itu tanpa pengawasan.
BILIK AIR
Pastikan pintu tandas sentiasa ditutup dan jangan biarkan anak kecil anda mandi bersendirian. Selain itu anda juga boleh pasangkan lantai anti-slip bagi mengurangkan risiko jatu tergelincir.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI