Kebiasaanya, Ramai antara kita yang akan menukar set cadar yang digunakan setiap 1 minggu sekali. Ia bertujuan untuk memastikan nikmat tidur sempurna di samping mencegah kehadiran bakteria. Tapi adakah sarung bantal anda pun hanya perlu ditukar seminggu sekali?

Menurut Australian Cleaning Expert, Shannon Lush, Sarung bantal perlu ditukar lebih kerap. Berapa kekerapan yang perlu anda lakukan untuk tukar sarung bantal?


2 hari sekali


Terkejut? Kenapa?

“Sarung bantal harus ditukar setiap 2 hari sekali tanpa gagal” Ulas Shennon Lush kepada akhbar news.com.au

IKLAN

Ganti Cadar Seminggu Sekali Belum Dikira Bersih, KENAPA?

“Hal ini disebabkan oleh bahagian kepala dan muka anda adalah yang paling kotor berbanding bahagian lain  anggota badan walaupun kita telah lakukan cucian setiap hari”

Bahagian kepala tanpa kita sedar merupakan tempat yang paling banyak terkandung kulit mati. Kotoran pada kepala yang melekat pada sarung bantal juga merupakan antara punca wujudnya blackhed.

IKLAN

Dengan iklim Malaysia pula yang lembap sepanjang tahun, lebih kerap sarung bantal dan cadar katil perlu ditukar. Bagi mereka yang kuat berpeluh dan tidak memakai baju ketika tidur, anda lah penyumbang utama kepada pembiakan bakteria di atas katil. Ia boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria dengan lebih cepat, tungau, kulat dan pelbagai lagi yang tidak baik untuk kesihatan kulit anda kelak.

Ganti Cadar Seminggu Sekali Belum Dikira Bersih, KENAPA?

IKLAN

Anda lebih kerap dan galak memperuntukkan produk kecantikkan dan penjagaan kulit, tapi ada satu benda yang paling penting dan ringkas anda abaikan. Sarung bantal dan alas cadar.

Dah buat treatment mahal-mahal di spa, balik rumah anda dengan selesanya memeluk bantal dan ada tu yang cium macam dapat candu tanpa hiraukan kebersihannya.

Lebih mengejutkan, Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Australian Cleaning Expert, hanya 42% manusia yang dikaji akan menggantikan set cadar dan sarung bantal mereka 1 minggu sekali. Selebihnya 36% setiap 2 minggu sekali dan 15% 1 bulan sekali. Ini bermakna, sebersih mana dan cerewet anda kepada kebersihan, jika anda tidak menukar set cadar anda seminggu sekali dan sarung bantal 2 hari sekali anda bukan lah seorang yang pembersih.

Sumber:Country Living UK

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI