Tip Tinggalkan Rumah SEBELUM Balik Kampung Beraya, Elak Tragedi Tidak Diingini. Dalam keterujaan untuk balik ke kampung, aspek keselamatan tidak boleh dipandang mudah. Dengan langkah-langkah keselamatan yang betul, insiden atau kemalangan yang tidak diingini boleh dielakkan.
Berikut 9 tip beraya dengan selamat yang perlu anda ketahui bagi membantu anda merancang perjalanan anda:
1.Tutup Suis Lampu, Barangan Elektrik
Sebelum pulang ke kampung, pastikan semua suis di setiap sudut rumah anda dimatikan dan ditanggalkan daripada soket. Ia penting bagi mengelakkan berlakunya insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran. Seperti mesin penapis air, seterika, ketuhar, microwave, televisyen, pemanas air dan sebagainya.
Selain itu, langkah ini juga membantu menjimatkan kadar penggunaan elektrik dan perbelanjaan bulanan. Untuk mengelakkan was-was, ambil gambar semua suis yang telah dimatikan bagi membolehkan perjalanan balik kampung dengan lebih tenang.
2. Cabut Kepala Tong Gas Memasak, Tutup Paip Air
Cabut kepala tong gas memasak apabila anda tidak berada di rumah dalam tempoh yang lama. Cara ini dapat mengelakkan risiko kebakaran rumah sekiranya berlaku kebocoran pada hos atau dapur gas semasa ketiadaan anda.
Selain itu, pastikan semua paip air di rumah anda telah ditutup sebelum anda keluar rumah. Sekiranya rumah anda mempunyai kolah mandi, kosongkan air di dalamnya untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
3. Simpan Barangan Berharga di Tempat Selamat
Tidak kira anda pulang ke kampung untuk tempoh masa yang lama atau sekejap, anda dinasihatkan untuk tidak meninggalkan barangan berharga seperti komputer riba, barangan kemas, wang tunai dan sebagainya. Bawa barangan berharga ini bersama anda.
Jika perlu, minta kenalan yang boleh dipercayai untuk menjaga barangan-barangan berharga ini buat sementara waktu. Berdasarkan statistik, jenayah pecah rumah dan kecurian mencatatkan peningkatan terutamanya semasa musim perayaan.
Ads
4. Kunci Pintu, Tingkap dan Pagar Rumah
Pastikan semua pintu, tingkap dan pagar rumah anda ditutup dan dikunci dengan baik. Gunakan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
Selain itu, bawa bersama kunci rumah anda. Elakkan daripada menyembunyikan atau menyimpan kunci rumah anda di lokasi-lokasi yang mudah dibaca seperti di bawah pasu, di bawah alas kaki atau di dalam rak kasut di luar rumah dan sebagainya.
5. Buka Lampu dalam Rumah
Jika anda risau perlu meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang lama, nyalakan lampu dalam rumah atau mana-mana lokasi yang sesuai. Ia bertujuan untuk mewujudkan suasana rumah berpenghuni sekali gus mengurangkan risiko rumah anda dipecah masuk.
Anda disarankan untuk memasang lampu dengan tetapan ‘timer’ di dalam dan di luar rumah anda. Lampu akan terbuka atau tertutup secara automatik mengikut masa yang ditetapkan. Hidupkan lampu sekitar 7 petang setiap hari sepanjang ketiadaan anda. Anda juga boleh memasang sistem penggera dan kamera litar tertutup di rumah anda sebagai langkah keselamatan tambahan.
Ads
6. Jangan Kongsi Ketiadaan Anda di Laman Sosial
Elakkan atau jangan sekali-kali memuat naik status di laman sosial berkongsi ketiadaan anda atau mana-mana ahli keluarga di rumah. Ia boleh membuka ruang kepada orang luar untuk memantau pergerakan dan keberadaan anda.
Secara asasnya, anda tidak disarankan untuk kongsi perkara-perkara ini di media sosial untuk keselamatan anda.
Ketiadaan suami, ayah atau ahli keluarga lain di rumah.
Lokasi rumah atau keberadaan semasa anda – boleh membuka peluang kepada jenayah pecah rumah dan sebagainya.
Maklumat sulit seperti no plat kereta, nombor kad pengenalan, nama penuh dan sebagainya untuk elakkan kecurian data peribadi.
7. Maklumkan Ketiadaan Anda kepada Jiran/ Pihak Polis
Untuk memastikan keselamatan kediaman anda lebih terjamin, anda dinasihatkan untuk memaklumkan ketiadaan anda kepada jiran atau pihak polis. Ia bagi membolehkan mereka membantu mengawasi keselamatan kediaman sepanjang ketiadaan anda. Pihak polis biasanya akan melakukan rondaan secara berkala sepanjang ketiadaan anda.
8. Servis Kereta
Selain keselamatan kediaman yang ditinggalkan, pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta adalah perkara mustahak yang perlu dilakukan sebelum anda memandu pulang ke kampung halaman. Kenderaan yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan sepanjang perjalanan.
Ads
Sudah semestinya anda tidak mahu perjalanan balik kampung anda berdepan situasi kereta meragam atau tersadai tepi jalan akibat enjin kereta overheat. Lakukan pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh sebelum dan selepas perjalanan untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. Selain itu, pastikan anda merancang servis kereta lebih awal kerana kebanyakan pusat servis kereta sentiasa penuh di musim perayaan ini.
9. Pandu dengan Berhati-hati
Anda juga disarankan untuk memandu dengan selamat untuk kurangkan risiko kemalangan. Ikuti lapan tips pemanduan selamat di bawah untuk perjalanan balik kampung yang lebih lancar:
Elakkan merancang perjalanan pada saat-saat akhir atau tergesa-gesa kerana ia mungkin boleh mengganggu emosi anda.
Jika berasa mengantuk, berhenti rehat seketika atau tangguhkan perjalanan anda.
Pakai tali pinggang keledar dan jangan gunakan telefon bimbit semasa memandu.
Sentiasa patuhi had laju yang ditentukan dan berhati-hati apabila memandu dalam hujan.
Sebelum menukar lorong, pastikan keadaan betul-betul selamat – periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang.
Lampu isyarat merah tanda berhenti, kuning tanda sedia untuk berhenti dan bukan tanda untuk anda memecut lebih laju.
Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat. Jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba, sekurang-kurangnya anda masih sempat menekan brek.
Elakkan daripada memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan kerana perbuatan mementingkan diri sendiri ini berbahaya.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan sebelum pulang ke kampung halaman. Hati-hati dan berwaspada dalam segala keadaan.
Penggunaan karpet pada ruang tamu semestinya mencantikkan lagi suasana, di samping memberi keselesaan pada kita yang berjalan atau duduk di atasnya.
Tapi satu hal yang memeningkan adalah apabila karpet dicemari dengan pelbagai tumpahan makanan atau kesan kotoran. Tambahan pula jika karpet berwarna cerah. Selalunya kita akan akan hantar ke dobi saja untuk cuci. Mana ada alat kelengkapan untuk cuci sendiri.
DIY Vakum Biasa Jadi Penyedut Air, Bersihkan Karpet Di Rumah Lebih Efisyen!
Tapi sebenarnya kita boleh ubah suai vakum yang ada di rumah kita untuk jadi vakum penyedut air untuk bersihkan karpet dan kusyen kereta.
Caranya dikongsi oleh Hong Duan, jadi lepas ni karpet, kusyen kereta atau sofa kotor boleh cuci sendiri, tak perlu panggil khidmat cucian untuk tujuan ini. Jimat kan.
Buat sendiri vakum penyedut air
Ubah suai vakum biasa jadi penyedut air untuk bersih karpet dan kusyen. Modal lebih kurang RM50 saja tapi hasilnya cukup puas hati.
Berfungsi elok, ia sedut air hanya menggunakan separuh kuasa sedutan dari vakum ini. Sekarang dah boleh cuci karpet dan kusyen kereta sendiri. Woohoo.
1. Ini alat yang digunakan bekas cat bersama inlet dan outlet bersambung dengan hos vakum dan wet nozzle (inlet dan outlet paip beli di hardware).
2. Saya buat sedikit plumbing pvc fitting dan pendek paip untuk pastikan host muat.
3. Ini bahagian dalam, tak perlu guna gam pun.
4. Dah siap guna boleh letak dalam tong.
5. Air kotor yang disedut dari karpet. Boleh buang.
6. Ini vakum yang digunakan, kekal kering sepanjang pembersihan.
Lantai jubin, kalau dah lama tak dibersihkan memang akan nampak kusam tambahan lagi kalau jubin berwarna cerah.
Lap atau cuci macam mana pun susah nak hilang. Beli lah pencuci lantai jubin mahal-mahal pun, belum tentu berjaya bersihkan. Namun, Naquia Esir ada teknik super mudah, cepat dan jimat untuk atasai masalah ni. Yang best, die kata tak perlu nak menyental. Apa rahsianya?
Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah.
Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pon no problem orait Ikut kekuatan kewangan masing-masing.
Yang anda perlukan adalah MOSAIC FLIUD (sejenis acid) dan SABUN. Both Quia beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada. Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami.
Mosaic fluid tugasnya untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan noda² yang ada pada lantai. Sabun untuk neutralkan balik acidity pada lantai.
Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah, memakai glove dan boot/kasut. Dan juga mask untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles.
Kekuatan yang perlu adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, u tetap akan sental noda yang agak kuat melekat pada tiles
✅1ST STEP : Basahkan lantai ✅2ND STEP : Tuang campuran acid. Acid tu dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid tiles boleh rosak ye. Hilang glossynya nanti. ✅3RD STEP : Sentallah. Mana yang tebal² nodanya kikis dulu. Elakkan penyental periuk yg besi tu ye. Rosak tiles nanti.
✅4RD STEP : Bilas dengan air
✅5TH STEP : Sental dengan sabun pula
Cuci bilas lantai bagi bersih, then SIAP!
Kebaikan yang u dapat, pengeluaran peluh yang banyak ye. Ikutlah keluasan rumah masing-masing. Kerja ni sepenuhnya dibuat oleh Quia ye. Ditemani oleh anak 2y10m. Sebab nak tunggu suami sokmo kerja je dia. So, ianya boleh sangat dilakukan oleh seorang ibu + ada anak. Anak tu pancinglah buat aktiviti ke, tengok kartun ke ok. Jangan bagi duduk dekat dengan ibu yang tengah mengerah keringat.
Selesai kekah living area, dining area dan Guest room Next family area dan bilik anak².
Hias Rumah Selesa Dan Cantik Ala ‘American Country’. Dalam menghias kita perlu tahu. Terdapat dua gaya utama yang perlu anda faham.
1. Hiasan untuk pameran atau penuh protokol. Duduk pun tegak je tak boleh nak bermalas-malasan. 2. Gaya yang lebih santai dan casual. Ia tidak terlalu kejung dan kaku. Anda lebih rileks dan selesa.
Jadi antara yang popular selain daripada kedesaan Inggeris, adalah gaya peneroka Amerika. Kedesaan Amerika perabotnya lebih besar, berat dan agak’kasar’ rekaannya. Lebih mementingkan keselesaan daripada rekaan yang halus. Malah corak buna-bunga pun tiada. Mereka lebih senang memakai corak kekotak kasar dan tebal serta tahan lasak.
Sekarang ramai je yang suka ikut gaya kedesaan Amerika untuk cari kelainan dan tahan lasak . Nak pulak jika ada anak kecik.
Bagi ruang tamu, sofa selalunya tak de corak. Kakinya pun kaki kayu polos atau diukir kasar. Selalunya bahagian sandar dan tempat letak tangannya agak tebal. Apa yang bestnya tentang gaya ini, kalau rumah agak bersepah atau tidak berkemas (bukan kotor dengan sampah) masih kelihatan menarik dan cantik.
GAYA KONTEMPORARI DENGAN PADANAN PERMAIDANI KULIT LEMBU SEBAGAI TARIKAN RUANG.
Selalunya akan ada sebuah kerusi kayu untuk tuan rumah duduk. Di sesetengah rumah. mereka ada kerusi goyang untuk tuan rumah melepaskan lelah dan menghabiskan masa di kerusi itu. Lupakan sahaja gaya sedondon. Ini adalah kerana gaya kedesaan adalah suai padan apa je yang ada dan terampu mereka miliki. Cuma kita mungkin boleh padankan dari aspek warna asas mahu pun karakter perabot.
RINGKAS, PADANAN YANG BERBEZA KARAKTER TETAPI HASILNYA NAMPAK HARMONI DAN INDAH
Bagi ruang makan pula, kabinet pamer ala Inggeris masih diguna pakai. Cuma adakala pembuatannya agak kasar dan warnanya juga tidak semegah gaya Inggeris. Cat pudar atau warna kusam menjadi identiti. Paling tidak warna putih asli atau kayu oak atau birch. Rekaan kerusi makannya sangat istimewa. Rekaan bahagian sandar yang tinggi, tempat duduk lebar dan kaki kerusi yang sedikit terkangkang untuk memberi kestabilan. Ia agak berat dan saiznya juga besar.
REKAAN KERUSI MAKAN YANG CUKUP PADU DAN TEGUH. SAIZ LEBIH BESAR DAN SANDARNYA JUGA TINGGI
Manakala kebanyakan aksesori yang ada juga banyak daripada besi kasar dan ringkas. Cnadalier, lampu, tombol pintu, kaki lilin dan sebagainya. Ia tidak sehalus gaya Eropah namun masih mempunyai nilai estetika tersendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!