Lagi beberapa hari ni dah nak raya. Mesti ada antara sahabat laman yang risau nak tinggalkan pokok lama-lama kan. Paling risau tanaman yang jenis tak tahan lasak atau bermusim. Sehari tak siram pun boleh mati. Jadi untuk memastikan tanaman anda tetap sihat dan segar menyambut kepulangan anda selepas bercuti raya, ini yang anda perlu lakukan.
1. Untuk jenis tanaman yang memerlukan air yang banyak dan kerap, letakkan di bawah teduhan dan buang semua kuntum bunga serta pucuk atau tunas baru. Kaedah ini secara tidak langsung mengurangkan keperluan air dan menyebabkan medium lambat kering
2. Untuk tanaman yang ditanam terus di atas tanah, takkan nak cabut pula kan untuk diletakkan dibawah teduhan. Beli jaring pertanian atau net hitam dengan ketelusan cahaya 70% dan buatkan kanopi sementara di bahagian atas menutupi tanaman.
3. Cantas atau pangkas tanaman seminggu sebelum pulang ke kampung. Ini salah satu lagi cara untuk mengurangkan keperluan air pada tanaman
4. Untuk tanaman berpasu, sediakan miniture green house dangan menggunakan plastik. Tapi, anda perlukan sokongan kayu atau buluh bagi mengelak permukaan plastik bersentuhan dengan tanama kerana ia boleh menyebabkan bahagian yang tersentuh melecur
5. Alas pasu-pasu anda dengan dulang yang telah diisi batu dan tuangkan air mengikut aras batu tersebut. Lagi banyak air diperlukan, lebih tebal lapisan batu disediakan. Air yang terdapat di dalam dulang tadi akan disejat oleh tanaman secara perlahan-lahan
Ads
6. Alas bahagian bawah pasu dengan kain atau tuala yang telah dibasahkan. Selain itu juga, anda boleh gunakan sarung guni untuk kadar kelembapan yang lebih lama
7. Rendam surat khabar di dalam air dan jadikannya sebagai sungkupan pada tanaman. Ia bukan sekadar mengekalkan kadar kelembapan medium tanaman, malah mampu menyerap air lebih banyak
Ads
8. Buat sendiri bekas siraman yang boleh membekalkan air untuk tanaman atau self watering system. Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat self watering system sendiri antaranya dengan menggunakan botol dan tali yang direndam dalam air
9. Dalam lampin pakai buang, terdapat serbuk seperti kristal yang diguanakn untuk menyerap air. Bila menyerap air, serbuk kristal tadi akan kembang menjadi seperti jeli. kalau rajin, koyakkan beberapa keping lampin pakai buang dan keluarkan serbuk tersebut dari kapas yang digunakan. Kalau tak rajin, guna sahaja keseluruhan isi di dalam lampin tersebut. Rendam kan semalam dan tanam di sekitar tanaman sebelum anda pulang ke kampung. Kelembapan yang dipeganag oleh kristal atau jelly lampin pakai buang mampu bertahan lebih dari seminggu
10. Mintak bantuan pada jiran yang tidak pulang ke kampung untuk siramkan tanaman di laman sekurangnya 1 kali sehari terutamanya waktu pagi. Atau anda upah sahaja pekerja penyelenggara landskap yang membuat kerja kontraktor di taman anda tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruang simpanan tudung tersusun rapi, tapi masih susah nak ambil dan silap-silap ada yang tak terpakai sbb tak nampak. Tempat sidai sejadah dan telekung pun, makan ruang. Apa kata, kita cuba buat macam Slipper’z Echin ni. Hanya guna PVC je. Nak cantik, kita cat paipe PVC tu.
Izinkan saya kongsi hasil kerja seorang perempuan. Saya seorang “suprise planner”, jadi satu amsalah untuk simpan kertas dan plastik pembalut. Nak beli yang dah siap, dia punya harga beratus. Jadi, saya mintak tolok teman serumah (farah sofinas) butakan rak untuk saya
Modal RM 30 je untuk siapkan rak tempat letak kertas pembalut ni dengan selamat. Tak ada lagi kes pembalut berlipat-lipat, rosak dan bersepah. Alhamdulillah, jimat kos
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Moden kontemporari, karakternya tampak bergaya dan bersahaja, namun praktikaliti yang dicipta pada kediaman Rimbun Vista ini amat bersesuaian untuk mereka yang bekerjaya serta mengutamakan keselesaan buat keluarga.Sebuah kediaman akan berfungsi secara optimum andai dibina mengikut keselesaan penghuninya. Itulah yang diutamakan oleh IJM Land terhadap seni bina kediaman Rimbun Vista ini. Bagaimanapun, ia bukan sekadar hanya berdasarkan kepada cita rasa manusia semata-mata, sebaliknya elemen persekitaran juga turut tidak dilupakan agar terbina sebuah kediaman yang harmoni.Kesemua elemen ini diterjemahkan oleh pereka dengan sempurna pada kediaman ini. Reka bentuknya yang moden dan sederhana benar-benar sebati dengan persekitaran melalui palitan rona kelabu usang, selain dikemaskan dengan penggunaan material kayu dan keluli. Anda mampu merasi kedinginan dan keselesaan yang ditawarkan oleh rekaan interior dan juga struktur kediaman ini seiring dengan namanya iaitu Rimbun Vista.
Bagi menyuntik elemen kontemporari dengan lebih berkesan, material kaca turut dimanipulasikan menerusi penggunaan tingkap dan pintu gelangsar. Tidak hanya itu sahaja, kabel besi turut digunakan sebagai panel pembahagi ruang yang kelihatan begitu rustik mencipta satu kelainan.
PESONA INTERIOR LENGKAPI KEDIAMAN
Masih mengetengahkan pendekatan yang seiring dengan reka bentuk luarannya, penataan interior yang ingin diterapkan adalah bercirikan moden kontemporari yang ringkas dan bergaya. Tambah menyerlah, ia turut disuntik dengan elemen bercirikan alami bagi memenuhi segenap ruang daripada kemasan lantai sehingga pilihan warnanya.
Dibina dengan konsep pelan terbuka, ia memudahkan penataan ruang interior agar dapat disesuaikan mengikut fungsi ruang dan kehendak pemilik. Daripada ruang tingkat bawah, tetamu akan melalui anjung yang telah dibina pada pintu masuk kediaman ini. Namun, tetamu turut boleh akses melalui pintu gelongsor yang berada bersebelah pintu utama selain berfungsi sebagai sistem udara dan pencahayaan buat keseluruhan ruang tingkat bawah kediaman ini. Kediaman ini mempunyai ruang garaj yang agak luas dan mampu memuatkan dua buah kenderaan pada satu-satu masa.
Sebagai ruang sosial utama, penataan ruang ini pastinya menjadi keutamaan buat tetamu yang bertandang. Lazimnya, kekuatan sesuatu ruang itu bersandar kepada penataan interior dan aksesorinya. Namun tidak bagi ruang ini.
Sebuah sofa L rona kelabu lembut digandingkan bersama kerusi rekaan industri sebagai ruang duduk tambahan. Tampak menarik lagi pada ruang ini, sebuah meja makan yang bersambungan dengan kaunter pulau yang mampu memuatkan enam tempat duduk. Binaan kaunter pulau serta meja makan ini amat bersesuaian dengan permukaan pelan lantai kediaman ini yang kelihatan memanjang.
SENSASI BERGAYA DI BILIK TIDUR
Melangkah ke tingkat atas kediaman ini, terdapat tiga buah bilik tidur yang disediakan bagi kegunaan pemiliknya. Tumpuan penulis pastinya tertumpu pada ruang bilik tidur utama yang sensasi dengan penataan yang serba menawan.
Bilik tidur ini dilengkapi dengan panel dinding besar sekali gus mencipta suasana ruang yang eksklusif selain penggunaan perabot katil bina dalam dan set perabot meja kerusi daripada material kayu. Setiap bilik tata hiasnya begitu berbeza namun seiring dengan konsep moden mengikut usia anak pemilik.
Keseimbangan reka bentuk kediaman antara cita rasa dan persekitaran selain suntikan elemen gaya kontemporari mencipta sebuah ruang kediaman indah dan unggul. Inilah kekuatan kediaman Rimbun Vista di Seremban 2 ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik tidur bukan hanya digunakan sebagai tempat untuk kita berehat dan tidur. Ruang ini juga merupakan sebuah kawasan yang bersifat peribadi dan penuh privasi. Ia boleh menjadi tempat untuk bermeditasi, menenangkan fikiran dan juga sebagai pusat mencari ilham.
Jadi, adalah menjadi satu kemestian untuk mempunyai sebuah bilik tidur yang nyaman dan selesa bagi menjamin kualiti hidup yang baik.
Dan ia bermula dengan pemilihan konsep yang sesuai mengikut minat dan personaliti pemilik. Dengan mendekorasi ruang ini, anda akan dapat menghidupkan dan mendorong suasana yang tepat dengan mood yang ingin diketengahkan.
Disini IMPIANA kongsikan 4 konsep yang sesuai dijadikan tema buat kamar tidur yang selesa dan menyamankan.
MINIMALIS
SCANDINAVIAN
KONTEMPORARI
INDUSTRIAL
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.