Anggur, ramai beranggapan hanya sesuai tumbuh subur di negara beriklim sejuk. Hakikatnya, anggur adalah tanaman yang memerlukan iklim panas untuk subur dan cepat menghasilkan buah.
Yang lebih menarik, untuk tanam pokok anggur tidak semestinya memerlukan tanah yang luas. dalam pasu pun boleh. Hafiz Husin antara yang berjaya menanamnya. Ada lebih 30 pokok anggur pelbagai jenis di tanam di kediamannya.
Bagi yang berminat dan nak cuba tanam, beliau yang juga menjual anak pokok anggur tak lokek berkongsi cara penanamannya.
Ujar walau pun tiada pengetahuan luas tentang teknik penanaman anggur tapi ini adalah kaedah yang dilakukan setiap kali tanam pokok anggur di kediamannya. Alhamdulillah subur dan berhasil semuanya.
1.Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.
2. Sediakan tinja kambing yg dah reput dalam satu bekas kemudian campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang.
2. Gaulkan kesemua bahan-bahan ini. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian agak-agak saja. Tujuan penggunaan kapur untuk neutralkan keasidan tanah.
4. Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.
5. Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dgn sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia utk dipindahkan.
6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polibeg anak pokok anggur.
7. Masukkan anak pokok sekali dgn polibeg ke dalam lubang.
8. Kambus tanah di celah-celah luar polibeg yang berongga dan siram. Dah siap. Jangan siram kerap sangat pada musim hujan. Jika nampak tanah agak mengering baru siram sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.
Membersihkan lantai dan mop lantai mungkin dilihat seperti suatu tugas yang mudah dilakukan. Namun untuk pastikan hasil lantai terasa bersih dan berkilau semestinya memerlukan tenaga yang banyak untuk dilakukan.
Maklumlah kena sental lebih daripada biasa bagi menanggalkan kesan kotoran yang melekat dilantai.
Pun begitu jika anda ikut petua atau tip ini, tak perlu pun beli pencuci lantai yang mahal. Boleh guna saja bahan yang sedia ada di rumah iaitu pelembut pakaian dan cuka.
Tip menggunakan cuka dan pelembut pakaian ini juga memang sering dikongsi oleh netizen berkait dengan pembersihan lantai. Bancuhannya seperti berikut;
1/2 baldi air 1/2 tutup pelembut pakaian/softener 5 titis cuka
Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.
Bila sebut tentang perayaan Deepavali pasti terbayang hiasan ‘kolam’ yang berwarna-warni dan menarik menghiasi pintu kediaman.
Deepavali turut dikenali sebagai Pesta Cahaya dan merupakan perayaan utama bagi masyarakat India yang beragama Hindu, Sikh dan Jain, yang mana ia disambut pada Oktober atau November setiap tahun.
Tapi apakah makna dan tujuan tujuan sebenar lukisan berwarna atau tepung beras itu?
Mungkin hiasan kolam ini kelihatan remeh pada sesetengah anggota masyarakat. Namun hakikatnya, ia lebih daripada sekadar hiasan warna-warni yang direka sempena perayaan Deepavali.
Jom lihat lapan fakta menarik mengenainya.
Kolam yang direka dengan penuh warna-warni merujuk kepada Rangoli. Jadi jika anda mendengar perkataan Rangoli digunakan dalam filem Bollywood, maksudnya adalah kepelbagaian warna!
Semasa perayaan Deepavali di kediaman, kolam selalu ditempatkan di pintu hadapan dan ia akan digabungkan dengan hiasan pelita yang dinyalakan atau ‘vilakku’.
Hiasan pelita yang dinyalakan di sekeliling kolam pula berkait rapat kepada nama perayaan ‘Deepavali’ itu sendiri yang bermaksud ‘pesta cahaya’.
Tujuan kolam dihasilkan adalah untuk menarik kehadiran serangga dan burung di sekitar rumah sebenarnya. Ini kerana agama Hindu menggalakkan penganutnya memberi makanan kepada haiwan. Oleh itu, kolam menjadi sumber makanan kepada serangga dan burung.
Anda dibenarkan untuk mencipta apa-apa jenis lukisan bagi rekaan kolam. Tiada pantang-larang dari segi imej tersebut, namun rekaan paling popular sewaktu perayaan Deepavali adalah flora, burung merak, pelita dan gajah.
Selain beras hancur yang diwarnakan, anda juga boleh menggunakan tepung suji, tepung beras, kapur, serbuk kapur, serbuk batu dan serbuk sintetik yang berwarna-warni.
Untuk perayaan Deepavali, cukup sekadar kolam dijaga selama dua hari sebelum dikemaskan. Disebabkan beras dicampur dengan pewarna makanan, kolam yang sudah lagi tidak digunakan boleh dijadikan sebagai makanan ayam atau burung selepas itu.
Cuma kolam yang dijadikan hiasan di pejabat dan pusat membeli-belah tentulah perlu bertahan lama, bukan? Oleh itu, warna yang lebih berkualiti (dan tentunya lebih mahal) seperti pewarna makanan akan digunakan.
*
Lain budaya, lain keistimewaannya. Oleh itu, janganlah kita sesuka hati memperlekehkan atau merendahkan hiasan dalam budaya masyarakat lain sekiranya kita tidak tahu simbolik di sebaliknya.
Selamat menyambut Hari Deepavali buat kaum India! Perayaan kali ini mesti lebih meriah dengan kehadiran sanak saudara dan aktiviti kunjung-mengunjung.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.