Bila sebut tentang perayaan Deepavali pasti terbayang hiasan ‘kolam’ yang berwarna-warni dan menarik menghiasi pintu kediaman.
Deepavali turut dikenali sebagai Pesta Cahaya dan merupakan perayaan utama bagi masyarakat India yang beragama Hindu, Sikh dan Jain, yang mana ia disambut pada Oktober atau November setiap tahun.
Tapi apakah makna dan tujuan tujuan sebenar lukisan berwarna atau tepung beras itu?
Mungkin hiasan kolam ini kelihatan remeh pada sesetengah anggota masyarakat. Namun hakikatnya, ia lebih daripada sekadar hiasan warna-warni yang direka sempena perayaan Deepavali.
Jom lihat lapan fakta menarik mengenainya.
Ads
01
Kolam yang direka dengan penuh warna-warni merujuk kepada Rangoli. Jadi jika anda mendengar perkataan Rangoli digunakan dalam filem Bollywood, maksudnya adalah kepelbagaian warna!
02
Semasa perayaan Deepavali di kediaman, kolam selalu ditempatkan di pintu hadapan dan ia akan digabungkan dengan hiasan pelita yang dinyalakan atau ‘vilakku’.
03
Hiasan pelita yang dinyalakan di sekeliling kolam pula berkait rapat kepada nama perayaan ‘Deepavali’ itu sendiri yang bermaksud ‘pesta cahaya’.
04
Tujuan kolam dihasilkan adalah untuk menarik kehadiran serangga dan burung di sekitar rumah sebenarnya. Ini kerana agama Hindu menggalakkan penganutnya memberi makanan kepada haiwan. Oleh itu, kolam menjadi sumber makanan kepada serangga dan burung.
Ads
05
Anda dibenarkan untuk mencipta apa-apa jenis lukisan bagi rekaan kolam. Tiada pantang-larang dari segi imej tersebut, namun rekaan paling popular sewaktu perayaan Deepavali adalah flora, burung merak, pelita dan gajah.
06
Selain beras hancur yang diwarnakan, anda juga boleh menggunakan tepung suji, tepung beras, kapur, serbuk kapur, serbuk batu dan serbuk sintetik yang berwarna-warni.
Ads
07
Untuk perayaan Deepavali, cukup sekadar kolam dijaga selama dua hari sebelum dikemaskan. Disebabkan beras dicampur dengan pewarna makanan, kolam yang sudah lagi tidak digunakan boleh dijadikan sebagai makanan ayam atau burung selepas itu.
08
Cuma kolam yang dijadikan hiasan di pejabat dan pusat membeli-belah tentulah perlu bertahan lama, bukan? Oleh itu, warna yang lebih berkualiti (dan tentunya lebih mahal) seperti pewarna makanan akan digunakan.
*
Lain budaya, lain keistimewaannya. Oleh itu, janganlah kita sesuka hati memperlekehkan atau merendahkan hiasan dalam budaya masyarakat lain sekiranya kita tidak tahu simbolik di sebaliknya.
Selamat menyambut Hari Deepavali buat kaum India! Perayaan kali ini mesti lebih meriah dengan kehadiran sanak saudara dan aktiviti kunjung-mengunjung.
Pisau antara peralatan yang paling penting di dapur. Nak potong daging, sayur, buah, bawang, kentang dan sebagainya semua perlukan penggunaan pisau. Memiliki pisau yang tajam pasti akan mempercepatkan tugasan memasak.
Pisau yang kerap digunakan dan tidak dijaga dengan betul, pasti akan tumpul. Kalau pisau dah tumpul, memang susah la nak potong bahan-bahan untuk memasak. Malah menurut kajian, lebih kerap terjadi ‘kemalangan di dapur’ akibat menggunakan pisau yang tumpul berbanding pisau yang tajam. Jadi kalau nak elak berlaku kecederaan yang tidak diingini, jom kita ikuti tips penjagaan pisau dapur yang dikongsikan di bawah ini.
1) Pisau Berkualiti– Perkara yang paling utama adalah membeli pisau yang berkualiti iaitu diperbuat dari jenis yang tidak mudah berkarat. Anda boleh pilih sama ada menggunakan pisau jenis stainless steel atau pisau yang diperbuat dari bahan keramik.
2) Kegunaan Yang Sesuai Dengan Fungsi – Pisau datang dalam pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza. Pastikan anda tahu menggunakan saiz pisau yang berbeza mengikut fungsinya. Contoh pisau roti untuk memotong roti . Jangan pula anda guna pisau pemotong roti untuk memotong daging atau bahan makanan yang keras. Jika salah kegunaannya pasti pisau tersebut tidak akan tahan lama.
3) Jaga Kebersihan Pisau– Setiap kali selepas menggunakan pisau, pastikan anda cuci dengan bahan pencuci pinggan mangkuk dan air yang bersih. Selepas itu lap dengan kain yang kering dan bersih. Simpan pisau di tempat yang sesuai dan kering. Pisau yang dijaga dengan baik akan tahan lebih lama dan tidak mudah tumpul.
4) Kerap Mengasah Pisau – Pisau yang digunakan berulang-ulang kali, perlu diasah sekali sekala. Beli alat mengasah yang sesuai untuk mengasah pisau-pisau dapur yang telah mula menunjukkan tanda-tanda tumpul. Selalunya pisau pemotong daging yang perlu diasah dengan lebih kerap berbanding pisau-pisau lain.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seorang pemilik syarikat kontraktor yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini telah berkongsi di laman Facebooknya tentang bagaimana beliau berjaya merealisasikan impian pasangan guru pencen iaitu Pn Nik Patanah Binti Nik Muhammad untuk mendiami mahligai indah di Kampung Laut, Tumpat Kelantan.
Menurut En Aqwa Mustofa selaku kontraktor, beliau bertanggungjawab untuk menyiapkan segala pembinaan mengikut idea dan pandangan yang diutarakan oleh pelangannya seperti mahu membina rumah bertiang tinggi kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanaknya dahulu. Rumah kampung moden ini berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur, 3 tandas, 2 ruang tamu dan 1 dapur. Manakala kos keseluruhan pembinaan menelan belanja sebanyak RM350,000.
“Rumah ini disiapkan bersama kakitangan saya selama 8 bulan berikutan terdapat penangguhan dari segi faktor cuaca di pantai timur kerana apabila masuk sahaja musim tengkujuh, hujan turun tanpa henti dan mengakibatkan banjir sehingga menyukarkan projek ini disiapkan dalam tempoh yang pendek.”ujarnya.
Selain itu, senibina tiang tinggi ini bermanfaat untuk seisi keluarga kerana jika diperhatikan di sebelah bawah rumah, banyak ruang parkir yang tersedia. Pada pandangan penulis, jika tuan rumah mengadakan kenduri doa selamat, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Di bawah ini adalah beberapa koleksi gambar yang dikongsikan oleh En Aqwa Mustofa untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA di luar sana. Mana tahu anda mendapat idea baru untuk renovasi kediaman ibu bapa anda di kampung. Jangan lupa Tag Facebok page IMPIANA ye!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Adakah anda mengalami masalah dengan laci yang susah untuk dibuka dan ditutup? Mungkin rail laci anda sudah rosak atau haus akibat penggunaan bertahun-tahun.
Jangan risau, anda boleh membaiki laci anda dengan mudah tanpa perlu mengupah tukang dengan beberapa langkah DIY yang ringkas ini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.