Bosan dengan suasana ruang kediaman anda, inilah masa terbaik untuk anda bermain dengan warna. Tukar langsir dengan warna cerah dan tukar warna sarung kusyen bagi mencetus suasana segar, harmoni dan tidak keterlaluan.
Ads
ALIHKAN AKSESORI LAMA
Aksesori yang pelbagai akan membuat hiasana kediaman anda kelihatan sarat. Oleh itu, simpan atau jualkan aksesori lama dan gantikan dengan aksesori baru yang lebih moden dan minimalis mengikut konsep kediaman anda. Kediaman anda pasti akan kelihatan sentiasa dipenuhi dengan item menarik.
KEHADIRAN ELEMEN LUAR
Letakkan sedikit sentuhan natural ke dalam kediaman anda dengan dekorasi bunga-bunga segar, ranting kayu atau buah-buahan. Walaupun dengan sentuhan kecil dari luar, ia akan mengingatkan anda suasana sentiasa berubah dan memberi kesegaran kepada anda.
Ads
Ads
NAIKKAN KARYA SENI
Gantikan beberapa lukisan atau gambar pada dinding bagi mewujudkan suasan harmoni. Fikirkan rona cerah, landskap segar dan natural.
Anda boleh menukar fungsi asal perabot bagi menampakkan ia sebagai idea baru dan unik. Sebagai contoh, anda tukarkan kegunaan rak buku kepada rak tuala dan tempatkan ia di bilik air.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Seronoknya mulakan hidup berumahtangga. Namun dalam memulakan hidup berdua, ada beberapa keperluan asas yang perlu ada agar kerja-kerja rumah dan lain-lain lancar lagi terurus. Jadi wang hantaran tu jangan dibazirkan, tetapi digunakan untuk keperluan anda juga. Jika bajet anda tidak cukup, cari sahaja peralatan terpakai yang masih elok dan menarik. Jadi apalah agaknya senarai pilihan IMPIANA.
1.Nyawa sebuah kediaman – Dapur. Pastikan anda memiliki dapur mudah alih. Anda boleh memilih dapur gas atau elektrik. Tidak perlu terlalu besar asalkan ia cukup untuk menyediakan juadah bagi dua orang atau tiga.
2. Tilam – Tilam antara barang yang sangat penting untuk kediaman baru anda. Jika anda telah beli dengan set katil, pastikan tilam anda cukup berkualiti kerana ia perlu di pakai maksima 10 -15 tahun. Tilam saiz queen atau king ya!
3. Peti sejuk, – Jangan menidakkan kemampuan anda berbelanja barangan dapur hanya kerana anda baru kahwin. Peti sejuk kecil satu pintu dilihat amali. Namun jika anda yang jenis gemar membeli barangan dapur, carilah peti sejuk terpakai yang lebih besar dengan harga mampu milik.
4. Mesin basuh – Dapatkan mesin basuh yang berkualiti dan tahan lasak. Anda jangan lupa selain pakaian anda, mesin basuh juga bakal mencuci keperluan anak isterinya.Segala cadar , sarung bantal, kain baju lampin sewajarnya mampu di cuci dalam masa yang pantas.
4. Set mangkuk dan spatula. – Ringkas tapi penting. Pinggan mungkin anda dapat sebagai hadiah perkahwinan tetapi keperluan lain seperti mangkuk lauk, nasi dan spatula . Tidak perlu berjenama mewah, cari sahaja di kedai RM2 yang cantik lagi menjimatkan.
5. Set kerusi . – Jika anda bercadang membeli sofa, pastikan anda membeli sofa utama dahulu. Dari situ and boleh mengembangkan idea tata hias kediaman anda dengan menggandingkan kerusi yang lain. Jika terlalu mahal, beli sahaja permaidani dahulu bersama bantal-bantal kecil yang selesa.
6. Televisyen – Jika mempunyai duit lebih boleh dapatkan saiz yang sederhana besar jika tidak punya bajet besar. Jangan lupa juga dapatkan kebinet televisyen sebagai menempatkan segala kelengkapan menonton anda.
7. Papan sterika. – Anda mungkin mendapat sterika sebagai hadiah perkahwinan. Jadi jangan lupa membeli papan sterika bagi kerja – kerja menggosok baju . Jangan sampai terlupa…
Andai dapat 3 -4 barangan elektrik yang sama sebagai hadiah perkahwinan, jualkan sahaja bagi mendapat wang lebih . Sudah pasti ramai pembeli yang menanti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Siapa tak kenal Irine Nadia Marcello, blogger terkenal, usahawan, dan ibu muda kepada 3 orang cahaya mata ini yang sering berkongsi mengenai tips dan panduan yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu yang lain. Memang menarik!
PENGALAMAN AJAR ANAK TIDUR BILIK SENDIRI
Impian ibu nak buat satu bilik tidur khas untuk Medina dengan Hasya dah tercapai. Walaupun tak complete lagi, at least rupa bilik tu dah ada ?Sebelum-sebelum ni asyik terbantut nk buat sebab ku fikirkan umur diorang still kecik lagi nak pisah tempat tidur.
Sekarang, masa dan umur yang sesuai. Kak Nina dah besar umur 4 tahun+ , Hasya pulak 2 tahun +. Walaupun umur Hasya tu kecik lagi, tapi sebab dia ada geng peneman sebilik yang boleh protect dia tak jadi masalah. Bilik gegirl berkongsi kakak dengan adik mestila syok ?
BERJAYA TAK MEDINA DENGAN HASYA TIDO DALAM BILIK SENDIRI?
Alhamdulillah berjaya?? Kak Nina paling berjaya, sebab dia memang tanya siap-siap dekat ibu ayah,
“Malam ni kak Nina kena tidur bilik sendiri ke dengan dik Hasya?”
“Kalau dik Hasya nangis macam mana? Ibu dengan ayah kena lari masuk bilik pujuk Hasya ok. Nina tak tau pujuk. Hasya tu garang????“
Sekarang bila Kak Nina mengantuk, terus ibu ajak masuk bilik dia. Teman dia dulu minum susu atau main2 sampai dia mengantuk dan tertidur sendiri dekat bilik sendiri.
Hasya pulak, ibu still dalam proses ajar dia tido sendiri. Dia takde masalah tido kt bilik dia, cuma waktu malam dia akan menangis 2-3x nak menyusu. So ibu buat macam mana?
Semestinya ibu berlari dari bilik sendiri ke bilik diorang 2-3x nak semata-mata nak menyusukan Hasya. GIGIH tak? YES gigih walaupun ku akui memang letih jugak sebab tengah sedap tido, anak nangis dekat bilik sebelah?Nasib baik bilik dekat je sebelah menyebelah.
Kalau Hasya nangis masa dah pagi Subuh2, ayah terus bawak masuk bilik kitorang. Yang tu dimaafkan sebab dah pagi dahhh. Hehe.
Tips nak bagi anak tidur bilik sendiri yang Irine boleh kongsikan :-
.
1.Sediakan bilik yang betul-betul selesa untuk anak.Selesa tu maksudnya dalam bilik tu bukan untuk tidur semata-mata, tapi sebagai bilik bermain dan bilik untuk bersiap pakai baju. Semuanya ajar buat dalam bilik diorang. Dannnn, setiap barang2 hak milik diorang, ajar sekali sila simpan dalam bilik terus. Kiranya, bilik tu lahh tempat “privacy” mereka.
2.Ikut anak suka tema bilik apa. Yang ni tak kisah, masing2 ikut kemampuan. Macam Irine sendiri pun, nak sediakan bilik dengan deco mahal-mahal takde la. Buat sekadar mampu dan buat sikit-sikit. Bulan depan ada rezeki, boleh tambah lagi apa yang tak cukup. Macam Medina dengan Hasya diorang ni RATU ELSA FROZEN, so katilnya ku alaskan dengan cadar frozen dan kitorang beli meja dan kerusi untuk bermain. Dalam bilik ni pun simpan macam-macam “harta khazanah” mainan sekali.
3.Sediakan katil. Macam haritu Irine ada minta pendapat dekat facebook ni, better beli katil Queen terus boleh dua beradik ni tidur sekali atau katil asing2? So, kitorang decide beli 2 katil Single. And yes ni adalah pilihan tepat at least diorang ada katil sendiri nak buat ape saje.Secara tak langsung boleh ajar diorang cara kemas katil masing-masing.
4.Sediakan rak khas untuk simpan mainan.Organize elok-elok. Yang ni pun kitorang dalam proses nak carik yang elok sikit. Sebab bayangkanlah mainan budak-budak banyak macam mana??♀️
.5. Untuk anak yang masih hisap susu botol, sediakan siap-siap botol berisi susu, air panas dalam termos dan air suam dalam botol untuk “standby” tengah malam untuk bancuhkan.Ini bg memudahkan kerja, tak payah nak berulang-alik ke dapur tiap kali. Apatah lagi yang stay rumah 2 tingkat nak turun naik tangga.
6. Pasang lampu tidur yang malap dalam bilik tidur anak. Jangan terlalu gelap,risau diorang takut nanti. Beli lampu tidur yang comel-comel pasang dekat soket tu pun boleh no problem.
7. Sebelum tidur, pastikan anak-anak tidur dengan selamat dan nyenyak. Ingatkan siap-siap dekat anak, sebelum tidur buang air siap-siap.YANG NI PENTING UNTUK ELAKKAN TILAM BERPETA ? Tapi so far, Medina tiap kali nak buang air tengah malam, dia memang akan kejut kitorang cakap nak kencing dan suruh teman pegi toilet. Hasya masih pakai pampers, so budak kecik tu takde hal.
8. Jangan lupa sesekali “tinjau-tinjau” keadaan anak dalam bilik bila tengah malam.Oh yang ni ialah tugas ayah. Ibu memang tido mati, tak sedar??
9.Tips terakhir, SABAR & BERTABAHLAHwahai ibu dan ayah. Bukan senang nak membiasakan anak-anak sesuatu perkara yang baru dalam hidup diorang. Dan sila get ready siap-siap, sedangkan ruang tamu dan ruang-ruang lain pun bersepah dengan anak-anak punya “kerja”, apatah lagi kalau dapat bilik sendiri. Haha.
Satu je kena ingat, takde bilik budak-budak yang tak bersepah dan perfect, melainkan kalau tengok dalam gambar katalog ikea, tu baru ye nampak cantik sentiasa? Selamat mengemas semua!
Rasanya tu je lah kot yang Irine boleh share 🙂 Dan ni antara perasaan lega jugaklah sebab berjaya asingkan tempat tidur. Niat ibu dengan ayah ialah sebab nak masing-masing start BE INDEPENDENT. Bukan niat nak menghukum ke ape. Haha.
.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nama yang tidak asing lagi dalam industri fashion dan perniagaan, Januar Haikal iaitu pengasas butik Furby & Sugar. Kediamannya ini melambangkan karakter pemilik sendiri yang mengetengahkan ketegasan gaya. Tampil berani bermain dengan nuasa hitam segenap ruang menyerlahkan aura maskulin juga sofistikated.
Nama Pemilik: Januar Haikal Shamsudin
Jenis: Teres 2.5 tingkat
Konsep: Moden
Lokasi: Ken Rimba Jimbaran
Keluasan: Binaan 2,322 kaki persegi, luas kawasan 1430 kaki persegi
Spesifikasi: 5 bilik, 3 bilik air, Ruang Tamu
Di saat kaki memijak lantai ruang tamu, kediaman yang mendapat sentuhan moden ini telah membawa minda penulis untuk mengelamun seketika, seolah-olah berada di sebuah kedai perhiasan dekorasi. Setiap sudut digarap dengan idea sempurna mengikut cita rasa semasa. Namun, penulis lebih teruja untuk mengetahui sendiri buah kata pemilik mengenai konsep dekorasi yang diketengahkan.
Kediaman yang didominasikan warna gelap, hitam dan kelabu ini kelihatan begitu dramatik. Diserlahkan lagi dengan pelbagai elemen yang menzahirkan gaya sofistikated, tampak unik dan berbeza. Sesuai untuk anda yang bercita rasa urban. Rona gelap ini dipadankan seimbang dengan rona putih pada bahagian siling.
“Seperti apa yang anda lihat sekarang, kediaman ini amat dekat dengan personaliti dan karakter diri saya yang sebenar. Konsep kediaman ini bersifat eclectic di mana saya mencampuradukkan pelbagai elemen ke dalam satu ruang tetapi berpaksikan warna hitam. Warna ini jika dihias dengan rekaan perabot yang betul mampu membuatkan sesebuah ruang itu nampak lebih eksklusif dan mahal. Tidak dinafikan saya banyak berinspirasi daripada rekaan dekorasi pereka luar negara yang mana mereka tiada sempadan di dalam karya atau dari segi pemilihan perabot juga warna.
Aspek yang paling penting bagi saya adalah dari segi nilai estetika, di mana ruang itu perlu kena dengan warna cat, material dan susun atur perabot serta pemilihan aksesori sebagai pelengkap. Aspek praktikaliti juga perlu diambil kira”, jelas Januar yang membeli kediaman tersebut sebagai kejutan buat ibu tersayang, Djamilah Mohd Imran.
“Tidak kiralah aksesori yang ada berjenama atau tidak, walaupun kecil tetapi aksesori banyak membantu di dalam menghidupkan sesebuah ruang. Penggunaan warna hitam banyak digunakan d rumah saya lantas penggunaan aksesori seperti throw pillow yang berwarna terang atau meja sisi berlainan warna sangat membantu di dalam susun atur perabot dan menaikkan mood di sudut tersebut.
Begitu juga dengan penggunaan material. Penggunaan material yang sangat tepat adalah penting jika anda membela kucing. Untuk sofa, saya cuba mencari material yang lebih tebal dan tahan lebih lama. Jika dicakar, fabrik itu tidak akan mengeluarkan sebarang benang dan kekal dalam bentuknya. Selain itu, karpet yang saya gunakan adalah daripada material kulit lembu yang sangat tahan lama walau sentiasa dicakar oleh kucing-kucing saya”, jelas Januar panjang lebar.
“Bagi saya ruang penyimpanan atau storage amat membantu di dalam menampakkan kediaman nampak lebih selesa,kemas dan luas. Di samping itu, ia boleh dijadikan sebagai perhiasan di sesebuah sudut”, ujar Januar mengakhiri perbualan.
– Sentiasa yakin dengan apa yang dimahukan. Cuba cari bahan rujukan sebelum memulakan sesuatu ‘project interior design’ dan jangan takut untuk bereksperimentasi.
– Penggunaan warna hitam kelabu atau navy blue bukan lagi pelik. Dengan pemilihan perabot yang betul dan aksesori yang cantik sebagai pelengkap, ruang kediaman anda akan nampak eksklusif.
– Jangan diabaikan aksesori tambahan seperti throw pillow, carpet, floor lamp dan scented wax kerana ia sangat membantu di dalam menghidupkan mood dan ruang tersebut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.