
Tip jimat tenaga elektrik, TNB kongsi trik set suhu ‘aircond’ yang sesuai. Apabila cuaca panas melampau melanda atau suhu sekitar semakin sukar diramal, penyaman udara menjadi pilihan utama untuk menyejukkan suasana di rumah mahupun di pejabat.
Tip Jimat Tenaga Elektrik, TNB Kongsi Trik Set Suhu ‘Aircond’ Yang Sesuai

Tidak kira waktu siang atau malam, hembusan udara dingin daripada pendingin hawa sememangnya mampu memberi keselesaan. Malah, bagi mereka yang tinggal di bandar, penggunaan aircond sudah menjadi keperluan kerana bahangnya lebih terasa.
Namun, persoalan yang sering timbul ialah berapakah suhu terbaik untuk memastikan bilik kekal sejuk tanpa membazir tenaga elektrik? Ramai yang gemar menurunkan suhu terlalu rendah, sedangkan ia boleh membawa kesan negatif seperti penggunaan elektrik berlebihan dan masalah kesihatan seperti kulit kering atau mudah demam.
Menerusi hantaran di laman rasmi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkongsi panduan mudah mengenai tetapan suhu optimum untuk pendingin hawa di rumah.
Suhu Ideal Untuk Aircond Menurut TNB
TNB menjelaskan bahawa tidak perlu menetapkan suhu aircond pada tahap paling rendah semata-mata untuk mendapatkan suasana sejuk. Tindakan tersebut bukan sahaja membazir tenaga, malah boleh menyebabkan suasana terlalu dingin dan tidak selesa.
Sebaliknya, suhu yang disyorkan ialah antara 24°C hingga 26°C, kerana ia dianggap paling sesuai untuk mengekalkan keselesaan sambil menjimatkan tenaga elektrik.
“Nak rumah sejuk tak semestinya perlu suhu paling rendah. Tetapkan penyaman udara antara 24°C hingga 26°C untuk keselesaan dan penjimatan tenaga,” kongsi TNB.
Dengan panduan ini, pengguna bukan sahaja dapat menikmati suasana rumah yang nyaman, tetapi juga boleh mengawal bil elektrik daripada melambung tinggi.
Sumber: Facebook TNB Careline
Baca artikel lain juga: Bil Melambung? Ini 10 Trik Bijak Jimat Elektrik Tanpa Sengsara!
Jimat Elektrik Guna Solar Berbanding Buat Kubah Mahal
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

