
Tingkap nako ini masih banyak kediaman yang menggunakannya. Jika mahu mengekalkan ciri kediaman lama, tingkap ini antara yang sesuai digunakan.
Cuma masalah untuk penggunaan tingkap jenis ini adalah ia mudah mengumpul habuk dan untuk membersihkannya satu tugas yang agak mencabar kerana mengambil masa.
Malah kalau tak menggunakan cara yang betul, tangan pun boleh cedera kerana cerminnya yang tajam.
Bagi yang mahu membersihkan kediaman termasuk tingkap ini sebelum tiba bulan puasa atau hari raya boleh gunakan tip daripada Zaza Zalina agar bersih sepenuhnya serta berkilat.
Katanya untuk membersihkan tingkap jenis ini kena ada kesabaran tenang dan gembira untuk melaksanakannya. Ini kerana jika dibuat tergesa-gesa boleh menyebabkan kecederaan.
Cara cuci tingkap nako
Jelas Zaza Zalina tingkap ini sebaiknya dibersihkan enam bulan sekali atau apabila tingkap sudah kotor. Boleh gunakan bahan dan cara berikut untuk membersihkannya.
1. Sediakan kain pengelap, sabun cuci pinggan dan air. Sediakan sekali minyak mesin yang serbaguna untuk diletak pada cermin nako supaya mudah buka dan tutup. Agar tangan tak cedera pastikan guna sarung tangan jenis kain.
2. Basahkan kain lap dan picitkan sedikit sabun
3. Boleh mulakan kerja membersih, setiap kali kain lap kotor ia perlu dibilas dan lap lagi. Semuanya perlu dilap termasuk bingkai besi dan grill jugak perlu disental bersih.
4. Selepas siap kesemuanya picitkan sedikit minyak mesin di bahagian besi supaya tingkap mudah dibuka dan ditutup selain dari elakkan ia dari berkarat.
Jika tiada guna minyak masak pun boleh.
Siap, hasilnya cermin berkilat. Bingkai besi pun bersih.
Sumber: Zaza Zalina
Mesti Baca: Risiko Keselamatan Sewaktu Kecemasan, Elak Pasang JERIJI KEKAL Pada Kediaman
Baca Lagi: Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Halau Guna 3 Bahan Ini!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI