Pengalaman menarik ini terhidang dalam pakej lengkap di Tiarasa Escapes yang terletak di Janda Baik. Lebih uniknya, percutian di Tiarasa Escape berkonspekan glamping di mana bilik inapnya dibina dari khemah safari dengan tatapan dekorasi gaya mewah mengikut tema tersendiri.
Tiarasa Escape merupakan milik Pengarah terkenal Puan Sri Tiara Jacquelina. Kenangan ketika kecil dan pengalaman berada di negara orang menjadi inspirasi untuk dikongsikan bersama sehingga terbinanya sebuah resort mewah dengan gaya yang tersendiri.
Untuk memastikan segala hasrat dan impian berjaya dizahirkan dengan pakej sempurna, kontraktor dan arkitek landskap dari WHZ Environmental Design Sdn. Bhd. telah dilantik. Syarikat perunding dan pembina landskap yang tidak asing lagi untuk industri landskap yang berpusat di Kuala Lumpur ini sinonim dengan pembinaan berskala besar terutamanya dalam pembinaan mampan landskap di seluruh Malaysia.
Objektif pemilik adalah untuk mengekalkan sebaik mungkin aset semula jadi yang tersedia. Oleh itu sebelum melakukan sebarang kemajuan pembangunan, perunding telah melakukan sebuah inventori di mana mendapati selain sungai utama iaitu Sungai Nerong melintasi lot resort ini, terdapat sebuah laluan mata air yang berpunca dari bawah tanah di tengah-tengah tapak.
Ads
Selain itu juga, pokok buah perlu dikekalkan untuk menjadi salah satu tarikkan tambahan. Oleh kerana lot resort ini terletak di kawasan yang sedikit bercerun, rekaan dan keseluruhan resort perlu mengikut kontur sedia ada. Kerja-kerja ground work yang melibatkan pemotongan dan penambakkan tanah hanya ditahap minima bagi mengurangkan impak persekitaran sedia ada.
Ads
Selain berdasarkan inventori sedia ada terdapat di dalam lot pembangunan resort ini, pemilik dan pereka turut melakukan kajian terhadap persekitaran tapak agar tidak menerima impak kepada pembangunan yang dimajukan di dalam resort. Antara yang dititik beratkan adalah sosio dan budaya yang tersedia, penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti kayu dan batu, penglibatan komuniti setempat dan kajian terhadap kualiti air.
Berdasarkan dari inventori tersedia, Pereka membina sebuah resort berkonsepkan glamping yang diimpikan Puan Seri Tiara. Fokus utama adalah penyediaan landskap yang lestari. Mata air yang terdapat di tengah-tengah lot dimanfaatkan dengan dijadikan sebagai sebuah kolam dengan bentuk organik agar menyatu dengan landskap tersedia. Batu besar yang tertanam di dalam tapak tidak digugat kedudukannya dan dijadikan sebagai elemen unik kepada keseluruhan set landskap.
Terdapat 20 buah khemah mewah gaya safari dan 5 buah villa tree top lengkap dengan penghawa dingin, bilik mandian tub dan tandas dibina dengan ciri terbuka yang membuatkan gaya bilik air ini lebih menarik. 20 biji khemah mewah gaya safari diinspirasikan melalui era pengembaraan White Rajah yang merupakan salah seorang pemerintah British di Sarawak. Selain itu juga, aksesori etnik Sarawak dipadukan menjadi perincian bagi keseluruhan dekorasi khemah penginapan.
Ads
Bagi 5 buah villa tree top pula, ia memaparkan konsep dekorasi dalaman yang menjadi impian pemilik seusia kanak-kanak. Setiap villa di lengkapi anjung sebagai ruang santai memberi peluang kepada pengunjung menikmati kesegaran alam yang tersedia. Konsep utama dekorasi rumah pokok ini adalah Boho Chic dan gaya Coachella.
Bagi mempelbagaikan lagi aktiviti di Tiarasa Escapes, pemilik turut menyediakan restoran diberi nama Rasa in the Rainforest yang sedia menyediakan hidangan di waktu pagi, tengah hari dan malam. Memberi pilihan, pengujung turut boleh menikmati hidangan di The Red Dragonfly Poolside Cafe.
Antara aktiviti lain yang menarik turut ditawarkan di Tiarasa Escapes adalah Jungle walk, bird watching, moonlight cinemas, Daily Lighting Of The Magical Bonfire Ceremony, Riverside picnic dan pelbagai lagi. Selain menjadi penginapan gaya glamping, Tiarasa Escapes turut menerima tempahan untuk sebarang majlis keraian atau perkahwinan dan team building.
Berdasar kepada keseluruhan tatapan yang dizahirkan pereka dan inspirasi diberi pemilik menjadikan resort gaya glamping ini bukan sahaja menjadi ikon dan membangunkan industri pelancongan Malaysia malah industri landskap sendiri. Melalui kriteria perancangan dan pembangunan yang telah dilakukan, Tiarasa Escape dinobatkan sebagai Project Of The Year, Malaysia Landscape Architecture Award 2018 oleh penal juri yang telah dilantik oleh Institut Landskap Malaysia (ILAM) Pada malam gala bulan April yang lalu.
Nak tahu lebih detail tentang cita rasa Datin Seri Tiara dalam menzahirkan resort gaya galamping ini, apa kata kita tonton video 360 yang disediakan:
https://www.youtube.com/watch?v=trWR4zRsG8A&t=17s
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penyangkut pakaian tersedia dalam pelbagai bentuk dan saiz untuk memenuhi keperluan asas harian anda. Terdapat tiga jenis asas penyangkut pakaian: penyangkut dawai besi, penyangkut kayu dan penyangkut plastik, bergantung pada sama ada saiznya sesuai untuk pakaian dewasa atau kanak-kanak. Sesetengah penyangkut mempunyai penyepit untuk menggantung skirt dan seluar. Ikuti langkah di bawah untuk memilih penyangkut pakaian yang memenuhi keperluan anda. Jadi pada hari ini, saya akan menunjukkan kepada anda beberapa jenis penyangkut yang sangat digemari oleh orang.
ASOTV MAGIC HANGER 8 IN 1
Penyangkut pakaian ASTOV Magic ini sesuai untuk digunakan dalam ruang terhad, seperti menyidai dan menyimpan pakaian di dalam almari atau menyidai pakaian selepas dicuci. Reka bentuk yang ringan dan tidak tebal menjadikannya mudah untuk menyimpan pakaian. Tambahan pula, penyangkut pakaian ini mempunyai lapan slot dalam satu penyangkut, menjimatkan banyak ruang untuk penggunaan dalam ruang yang kecil.
SOLID WOODEN NON-SLIP HANGER
Penyangkut baju kayu ini termasuk bar di bahagian bawah yang direka khusus untuk menggantung skirt atau seluar. Oleh kerana bentuknya yang indah dan bergaya, gaya penyangkut ini biasanya digunakan di bilik hotel. Penyangkut pakaian jenis kayu keras ini kukuh dan tahan lama, menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam almari yang lebih besar. Ia agak lebih berat daripada penyangkut pakaian standard dan bagus untuk menggantung kot atau jaket kerana ia diperbuat sepenuhnya daripada kayu padu.
IDROP WALL MOUNTAINED RETRACTABLE CLOTHES HANGER
Penyangkut pakaian yang boleh ditarik balik ini bagus untuk menggantung pakaian basah di dinding dan di luar rumah. Reka bentuknya ‘boleh ditarik balik’ dan nipis, yang boleh menjimatkan ruang dan menjadikan dinding kelihatan kemas dan tidak bersepah. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan mudah dipasang.
Jadi, anda sudah pun melihat ketiga-tiga jenis penyangkut yang digemari ataupun sering nampak di dalam negara Malaysia. Apa pendapat anda? Adakah anda juga berminat dengan penyangkut yang baru sahaja saya senaraikan? Itu semua kehendak dan minat anda,
Apabila peti sejuk di rumah sudah lama digunakan, mungkin akan meninggalkan kesan calar atau pun kemek pada permukaan luar badan peti ais anda.
Jika anda mahu menukar peti sejuk yang baharu pula, tetapi ia masih lagi elok untuk diguna pakai. Sayang dan membazir kalau tukar peti sejuk yang baharu kan oleh hanya kerana terdapat kesan calar serta kemek pada permukaan luar badannya, betul tak?
Tidak dinafikan, jika ada kesan calar dan kemek pada permukaan luar badan peti sejuk ini memang boleh membuatkan ‘sakit mata’ melihatnya. Tetapi kini anda tidak perlu lagi berdepan dengan situasi sedemikian kerana ada cara mudah untuk mengatasi masalah anda tersebut.
Bukan sahaja memudahkan malah ia sangat menjimatkan dan anda tidak perlu berbelanja besar pun bagi untuk menutupi segala cela pada permukaan luar badan peti sejuk anda. Apa yang hanya cuma anda perlukan adalah ‘Fridge Magnet Miniature’ yang comel ini.
Lihatlah hasilnya, bukan sahaja ia dapat menutupi segala cela pada permukaan luar badan peti sejuk anda malah ia membuatkan ia tampak lebih menarik dan unik. Jangan ada yang tidak tahu, ia ada bermacam-macam bentuk yang menarik tau!
Sekiranya anda ingin memiliki ‘Fridge Magnet Miniature’ ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kebiasaannya, tepung jagung digunakan dalam masakan. Tapi, tahukah anda? Tepung jagung juga boleh digunakan untuk tujuan pembersihan. Di sini, IMPIANA kongsikan 5 kegunaan lain tepung jagung dalam kehidupan seharian.
1. Menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam kasut
Kalau korang menghadapi masalah bau kurang menyenangkan dalam kasut, taburkan sedikit tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan.
2. Menghilangkan kotoran pada fabrik
Campuran tepung jagung dan sedikit air dapat menghilangkan kotoran yang pada fabrik seperti kesan darah, dakwat dan kesan terbakar. Biarkan campuran tersebut mengering untuk seketika. Kemudian, tanggalkan lapisan tepung jagung tersebut.
3. Mengilatkan perkakas dapur
Jika korang sedang mencuci perkakas dapur, jangan lupa tambahkan sedikit tepung jagung untuk mengembalikan kilatan kuali dan periuk.
4. Menggantikan pelembut fabrik
Tepung jagung merupakan alternatif yang lebih jimat untuk menggantikan pelembut fabrik. Caranya, campur 2 sudu tepung jagung dengan 1/4 cawan baking soda dan beberapa titis essential oil.
5. Menghilangkan kesan minyak pada kertas dinding
Kesan minyak pada kertas dinding dapat dihilangkan dengan mudah menggunakan tepung jagung. Korang hanya perlu sapukan sedikit tepung jagung yang dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia sehingga kering dan sental kesan minyak tersebut.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.