Buka peti ais je mesti berbau busuk. Walhal, semua makanan basi dan dah rosak telah dibuang. Rutin cucian peti ais pun telah dilakukan secara berkala. Dari mana aroma busuk ni hadir? Macam bekas simpanan makan, tak kira menyimpan makanan baru dimasak mesti berbau selepas dicuci bersih. Betul tak? hal ini sama seperti peti sejuk. Aroma yang melekat pada dinding peti sejuk adalah punca. Ia memakan masa dan tempoh yang lama untuk dihilangkan.
Bagi mempercepatkan proses menghilang atau mencegah aroma busuk dalam peti sejuk, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan:
1. SERBUK PENAIK / BAKING SODA
Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.
Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.
Ads
2. CUKA PUTIH
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.
Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.
3. SERBUK KOPI / TEH
Gunakan uncang teh atau kopi dan letakkan dalam peti sejuk. Jika tiada yang jenis uncang, tabur serbuk kopi / teh di atas dulang dan letakkannya dalam peti sejuk.
Ads
Sekelip mata bau kopi yang semerbak akan menguasai peti sejuk.
4. ARANG
Selain bahan di atas, salah satu cara menghilangkan bau peti sejuk yang berkesan dan semulajadi adalah dengan menggunakan arang. Masukkan arang kecil ke dalam bekas ‘tupperware’ dan letakkan dalam peti sejuk.
Apabila letakkannya dalam peti sejuk, laraskan suhu dalam peti sejuk kepada yang rendah dan tutup pintu beberapa hari.
5. ROTI
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti dalam peti sejuk dan tinggalkan sehingga roti tersebut menjadi kering. Jika masih berbau, boleh gantikan dengan roti yang baru sehingga baunya hilang.
Jadi, lain kali kalau ada baki sekeping dua roti, jangan buang ya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jika anda mendiami rumah bersaiz kecil, anda pasti berasa cemburu apabila bertandang ke rumah rakan-rakan lain yang mempunyai ruang kediaman luas tidak sepertimana anda. Walaupun begitu, itu bukanlah halangan kerana anda perlu tahu beberapa tipu helah yang bernas untuk menjadikan rumah yang sempit nampak luas. Jadi, anda perlu tahu kehebatan cermin dalam memanipulasi visual mata manusia, seperti yang pernah dibincangkan dalam entri ini 4 Trik Cermin Ini Mampu Buatkan Kediaman Anda Lebih Luas Dan Elegan.
Kali ini, IMPIANA ingin menjelaskan bagaimana anda boleh fully utilized idea pemasangan cermin di dalam rumah. Ideanya sama tetapi kami ingin anda tahu dimana tempat yang sesuai untuk pemasangan cermin dan sedikit maklumat tentang hiasan cermin dalam rumah agar ianya lebih elegan dan nampak moden.
Pasang cermin secara unik
Walaupun kediaman anda kecil, itu tidak bermakna anda tidak boleh memasang cermin dengan cara yang paling unik sekali. Seperti contoh di gambar ini, cermin dipasang sebagai kemasan pada kabinet. Secara tidak langsung kabinet yang bisa nampak polos mempunyai pelbagai fungsi lain. BIJAK BUKAN? Guna sehabis baik setiap inci dan ruang dalam rumah anda.
Hiasi siling dengan cermin
Selain daripada pasang plaster wall ceiling yang dipadankan dengan recess light, apakata hebatkan lagi dekorasi kediaman anda dengan tambahan cermin. Letakkan di bahagian hallway rumah ataupun di pintu masuk. Pasti tetamu anda akan rasa teruja sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah.
Guna cermin secara menyeluruh di ruangan kecil
Kaedah terbaik untuk menambah ruang ilusi visual adalah dengan cara pasang cermin secara menyeluruh di ruangan kecil dalam rumah. Ia membuatkan pandangan mata anda seperti tiada penghujung. Untuk menaikkan serinya, ada beberapa cara yang anda boleh aplikasikan. Antaranya pemasangan bingkai grid. Ia membuatkan dinding anda nampak seperti corak geometri. Apa yang penting disini adalah bentuk bingkai yang akan menambah umpph kepada cermin anda.
Cermin berskala besar
Ianya amat sesuai diletakkan di bahagian dinding utama rumah. Selain daripada penataan tona cat yang menarik, ia boleh diperhebatkan lagi dengan tambahan cermin saiz besar meliputi 60% luas dinding tersebut. Jika anda gemarkan tema rustic, gunakan bingkai kayu. Peminat konsep industri, hiasinya dengan salutan bingkai besi dan juga konsep lain, yang penting adalah pemilihan bingkai mengikut tetapan tema kesukaan pemilik kediaman.
Cermin wrap around
Separa bulat disini bermaksud bukan menyeluruh, tetapi sebahagian daripada ruang dipasang cermin. Anda boleh mencuba idea pemasangan cermin secara berhadapan, hasil pantulannya amat menakjubkan. Itu belum lagi jika anda pasang cermin ketiga dibahagian tengah, menambahkan lagi visual pantulan geometri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Linen merupakan antara fibre semulajadi yang paling kuat dan tahan lama. Juga disebut sebagai ‘raja fabrik semula jadi’, Linen digunakan dengan meluas untuk membuat pakaian dan juga sebagai kemasan lembut di kediaman.
Kali ini, IMPIANA ingin kongsikan 10 penggunaan fabrik Linen untuk sekitar kediaman.
1 . LANGSIR
2 . KEPALA KATIL (HEADBOARD)
3 . BEDDING
4 . ALAS MEJA
5 . TUALA
6 . SOFA
7 . KERTAS DINDING (WALLPAPER)
8 . BANTAL KUSYEN
Sumber foto : Carian gambar Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sejak dua menjak ini, makin ramai yang lebih peka dalam menjaga kebersihan kerana tidak mahu dijangkiti penyakit yang merbahaya.
Mungkin ramai yang sangka kawasan tandas mempunyai paling banyak kuman, tetapi tanpa kita sedari sebenarnya banyak lagi peralatan yang kita gunakan dalam aktiviti harian yang lebih kotor dan merbahaya jika nak dibandingkan dengan tandas!
Dalam perkongsian dari Klinik Avicenna ini, terdapat lebih kurang 7 lagi benda yang dipenuhi kuman sama ada kita sedar atau tidak. Jom semak!
1. Telefon Bimbit Tahukan anda bahawa, dianggarkan 16 peratus lebih banyak bakteria yang melekat pada telefon bimbit berbanding daripada tandas.Satu daripada sepuluh telefon bimbit mengandungi kuman dan pelbagai virus penyakit. Ini adalah kerana telefon tersebut diletakkan hampir di setiap tempat yang mungkin membuatkan lebih banyak kuman berpindah ke situ.
Telefon bimbit menjadi semakin berbahaya jika digunakan oleh pengidap selesema atau batuk kerana bakteria atau virus dalam mulut mereka akan terbang dan hinggap di telefon.Ketika anda atau orang lain menggunakan telefon tersebut,potensi masuknya kuman penyakit ke dalam mulut menjadi semakin besar. Hati-hati jika ada memberikan orang lain meminjam telefon bimbit anda.
2. Span Mencuci Pinggan Mangkuk Meskipun span berfungsi membersihkan peralatan dapur yang kotor, span mencuci pinggan mangkuk yang anda gunakan sehari-hari itu boleh menyimpan sekitar 10 juta bakteria.Bahkan, melalui hasil kajian mendapati bahawa span 200 ribu kali lebih kotor daripada tandas anda.
3. Pakaian Dalam Mesin Basuh Ketika memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, anda telah memindahkan 500 juta bakteria E.coli dalam satu ruangan yang tertutup.Selain itu, air yang tidak boleh keluar di bahagian dasar mesin basuh tersebut membuat udara menjadi lembap, sehingga kuman menjadi lebih cepat membiak.
4. Alat Pemanggang Dengan adanya alat pemanggang, anda boleh menyajikan banyak makanan yang enak buat keluarga tersayang.Tapi, tahukah anda alat pemanggang tersebut boleh menyimpan sehingga 1,7mikroba dan kuman per inci.Sisa makanan di atas pemanggang membuatkan bakteria menjadi lebih mudah membiak. Pemanggang juga menyimpan bakteria dua kali lebih banyak jika dibandingkan dengan tandas anda.
5. Berus Gigi Ramai kurang tahu bahawa meletakkan berus gigi di bilik mandi adalah tindakan yang salah. Ini adalah kerana setelah anda menggunakan tandas, udara di sekitarnya b0leh menerbangkan partikel kuman yang boleh mencapai ketinggian enam meter.
Bakteria itu boleh saja singgah atau hinggap di salah satu berus gigi yang anda letakkan di dalam tandas. Jadi, tidak mustahil kuman-kuman tersebut akan melekat pada berus gigi tersebut.Selain itu, jangan sesekali membenarkan orang lain menggunakan berus gigi anda. Ada yang mengatakan terdapat 10 juta bakteria yang bersarang dalam sebatang berus gigi.
British Dental Association (BDA), menyatakan mulut adalah salah satu ‘sarang’ kuman dan virus, termasuk ‘virus herpes simplex’, yang boleh hidup selama dua hari, bahkan di berus gigi yang kering. Kuman boleh membiak subur di dalamnya kerana berus gigi selalunya diletakkan di dalam bilik mandi yang lembap.
6.Hirisan Buah-buahan Hiasan hirisan lemon atau buah-buahan lain yang terselit cantik di tepi gelas minuman ternyata membahayakan kesihatan.
Hasil kajian yang dibuat oleh Journal of Environmental Health, hampir 70 peratus hirisan lemon yang bertenggek di bibir gelas mengandungi mikroba penyebab penyakit. Para penyelidik telah melakukan pemeriksaan dengan memesan minuman di 21 buah restoran berbeza.
Setelah diperiksa, mereka telah menemui hampir 25 mikroorganisme, terdapat bakteria E.coli yang boleh mengakibatkan keracuunan serius pada manusia.
7. Buku Senarai Menu Ketika di restoran ataupun kedai-kedai makan, anda pasti melihat menu terlebih dahulu sebelum memesan makanan.Percaya atau tidak, buku menu tersebut ternyata menyimpan banyak makanan. Sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Journal of Medical Virology, virus-virus penyebar selesema dan demam boleh melekat di permukaan yang keras selama 18 jam.
Bayangkan saja, jika di sebuah restoran terdapat ratusan pelanggan pada setiap hari yang tidak pasti sejauh mana tahap kesihatannya. Tanpa disedari, pelanggan yang terkena selesema mungkin telah menularkan penyakit pada anda melalui buku menu yang dipegangnya.
Untuk mencegah penyebaran penyakit, sebaiknya jangan sampai buku menu tersebut terkena piring, senduk, sudu ataupun garpu. Anda disarankan, mencuci tangan setelah memesan atau jangan lupa memakai gel antiseptik.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...