Tidak dinafikan, jika anda berhasrat untuk memasang kemasan ‘Vinly’ pada seluruh permukaan lantai di kediaman anda, sudah pastinya anda akan terpaksa berbelanja besar dan menanggung kos modal yang lebih tinggi.
Tetapi, jika difikirkan balik lantai di rumah anda tidak lagi berada dalam keadaan baik dan memerlukan kemasan baharu yang lebih cantik. Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut?
Jangan anda bimbang, apa kata menggunakan tikar getah yang bercorak kayu ini sebagai penyelamat dan untuk mengatasi masalah tersebut.
Bukan itu sahaja, tikar getah ini boleh memberikan impak dan kesan yang seakan sama seperti pemasangan kemasan ‘Vinly’ pada permukaan lantai rumah anda. Menarik bukan?
Ads
Untuk maklumat anda, tikar getah ini dijual dengan harga serendah RM13.80 sahaja dan anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelantun lagu berjudul Irama, Nurshiha Mohd Zikir atau lebih popular dengan nama panggilan Shiha Zikir ini. Untuk episod kesembilan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan penyanyi jelita itu menjadi selebriti jemputan bagi episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Menerusi siaran episod kesembilan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan transformasi makeover di kediaman milik Shiha Zikir.
Selebriti berusia 35 tahun itu telah memilih ruang tamu dan makan di kondominium miliknya itu sebagai ruang pilihan bagi melakukan perubahan makeover dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus, Shiha ada menzahirkan hasrat dan impiannya untuk memiliki dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan warna hitam dan emas.
Dengan saiz keluasan ruang dalaman rumah yang terhad, transformasi dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman Shiha, telah menyaksikan perabot sofa jenis ‘3 seater’, dan sepasang ‘wing chair’ sedondon rona hitam dijadikan sebagai pilihan. Di samping itu juga, untuk ruang tamu tampak lebih sempurna, penggunaan aksesori seperti ‘bench’ juga telah digunakan.
Selepas makeover dekorasi siap sepenuhnya dan dipersembahkan buat kali pertama, Shiha yang ditemani Catriona Ross dan Ben Firdaus menzahirkan rasa kagum dan terharu sehingga menitiskan air mata setelah melihat hasil makeover yang dilakukan.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Shiha Zikir? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Selain ruang tamu, ruang dapur juga merupakan antara salah satu ruang yang penting bagi sesebuah kediaman. Mana tidaknya, memang tidak akan lengkap sebuah rumah jika tiada ruang dapur untuk memasak dan sebagainya.
Bukan sahaja ruang tamu, bilik tidur dan kawasan laman rumah sahaja yang perlu mempunyai dekorasi yang cantik dan menarik, malah ruang dapur juga harus dititikberatkan dan dihias dengan cantik.
Buat anda yang sedang mencari sumber idea inspirasi dekorasi ruang dapur yang cantik, mari IMPIANA kongsikan bersama anda idea inspirasi dekorasi ruang dapur yang menarik ini.
Lihatlah hasil sebelum dan selepas transformasi yang telah dilakukan, sememangnya sangat menakjubkan! Betul tak?!
Untuk dekorasi ruang dapur di kediaman ini telah memilih kemasan rona emas dan putih yang nyata tampak begitu sangat sesuai dan cantik.
Bukan itu sahaja. renovasi serta dekorasi yang telah dilakukan telah membuatkan ruang dapur ini kelihatan lebih elegan dan mewah.
Foto: Facebook Kelab Dekor Viral
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda mempunyai pewangi gel seperti ini, tidak kisah apa jenis jenama pun di rumah tak? Boleh dikatakan, hampir semua orang pernah ada mempunyai pewangi gel yang seperti ini di rumah.
Mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang terus membuang pewangi gel ini setelah ia kering dan habis digunakan. Tetapi tahukah anda, pewangi gel yang telah kering ini masih boleh digunakan lagi dengan beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan.
Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara-cara untuk melakukannya. Jangan bimbang, caranya mudah sahaja! Mari IMPIANA kongsikan bersama anda.
Langkah 1 – Kumpulkan semua pewangi gel yang telah kering dengan jenis bauan yang sama.
Langkah 2 – Kemudian, bahagian pewangian gel yang telah kering itu dipotong kecil dengan menggunakan pisau atau gunting.
Langkah 3 – Letak dan susun cantik-cantik dalam cawan kaca kecil.
Langkah 4 – Akhir sekali, tambahkan sedikit air ke dalam cawan tersebut. Mudah bukan?
Setelah siap, anda boleh letakkan cawan tersebut di mana-mana sudut dalam ruang rumah misalnya di singki bilik air, tandas, dapur dan sebagainya. Memang konfirm satu rumah akan berbau wangi nanti.
Foto: Carian Facebook
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.