
Akhir-akhir ni, Impiana tengok ramai dok kongsi sabun A1 atau di panggil sabun power. Dengar katanya sabun ni banyak kegunaan dan harga nya tak mahal pun dalam RM 3 jer untuk 5 buku sabun. Tapi kegunaan yang paling menarik dan mesti mak-mak suka adalah apabila ia berupaya memutihkan dan menanggalkan daki-daki yang terdapat pada baju putih terutamanya pakaian sekolah.
Namun, ada caranya untuk anda gunakan sabun A1 ini bagi tujuan membasuh baju putih seperti yang dikongsikan oleh Zakiah Hassan
Bahan-bahannya:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Cara-caranya:
1. Lemparkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Masukkan suku biji sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket..atau kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa lempor dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak2 dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidai lah baju putih tersebut sambil kembang hidung melihatkan kebersihannya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ada Yang Terkejut Apabila Fius Plug Meletup? Jangan Panik! Ini Cara Mudah Untuk Baikinya

‘Pop!’ Jika anda terdengar bunyi ini sewaktu memasang plug perkakas elektrik kepunyaan anda, ini bermakna fius pada plug barangan elektrik anda telah pun rosak dan perlu dibaiki.
Ada di kalangan anda yang sedang atau pernah mengalami situasi sedemikian sebelum ini? Tahukah anda, ada cara mudah untuk membaiki fius pada kepala plug anda yang telah meletup dan sudah rosak? Mari sini bersama IMPIANA bagaimana untuk membaikinya!
Baca artikel berikutnya: Cara Mudah Untuk Baiki ‘Extension Cord’
Dalam episod Tip Impiana bersama Sis Letrik, kami tampilkan Cik Aqilah, pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise untuk berkongsi tip dan cara mudah untuk membaiki fius pada kepala plug dengan cara yang mudah.
Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah untuk mengantikan atau fius yang telah rosak lalu ditukarkan dengan fius yang baharu. Anda boleh sahaja mendapatkan barang alat ganti tersebut di mana-mana kedai elektrik atau hardware berdekatan dengan anda.
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk membaikinya, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Sekiranya anda ingin mendapatkan alat ganti fius ini, anda boleh sahaja membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Beli Rumah Teres, Ini Ciri-Ciri Yang WAJIB Ada

Proses membeli rumah tidak seharusnya menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Dengan dokumen yang lengkap, perunding yang berpengalaman dan peguam yang cekap, segalanya boleh diproses dengan cepat dan lancar. Tapi terdapat banyak perkara lain yang perlu anda pertimbangkan sebelum hendak membeli rumah kerana ini merupakan salah satu pelaburan yang terbesar dalam hidup. Jika tersalah beli, menyesal tak sudah nanti. Buat pembaca yang sedang berkira-kira nak melabur pada sebuah rumah teres, ikuti panduan-panduan memilih rumah yang dapat memberi manfaat jangka panjang buat anda dan keluarga.
Nota penulis : Panduan membeli rumah teres ini ditulis oleh Tuan Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah. Artikel telah diolah untuk diterbitkan semula dalam laman digital IMPIANA dengan izin beliau.
- Kepentingan orientasi matahari. Sebaiknya, elakkan cahaya matahari petang dari mengadap bilik tidur utama kediaman kerana ia akan menyababkan suhu di dalam bilik panas di waktu malam.
- Datang melihat sendiri lokasi kediaman sekurang-kurangnya satu kali pada sebelah pagi dan satu kali pada sebelah petang.
- Pastikan cucur atap memanjang kehadapan rumah bagi menghalang silau cahaya dan tempias air hujan dari masuk ke dalam.
- Dapatkan kawasan perumahan yang dilengkapi tangki air besar sendiri dan bukan dari saluran utama. Jadi, bila ada masalah gangguan air, kawasan perumahan anda tidaklah terskesan sangat.
- Cari kediaman dengan ketinggian siling standard iaitu sekitar 10 kaki bagi memudahkan perletakan kipas siling. Disamping itu juga, ketinggian ini dapat memastikan aliran pengudaraan lancar.
- Sebaiknya kediaman perlu ada 3 bilik tidur, 2 bilik air dan sebuah bilik utiliti.
- Pintu utama yang tidak mengadap terus ke ruang dapur adalah satu kelebihan kerana ruang dapur merupkan kawasan buat para wanita. Untuk lebih selesa, dapur perlu berada pada bahagian belakang kediaman.
- Semak arah kiblat buat penganut agama Islam. Tidak manis pula nanti jika solat mengadap bilik air.
- Rekaan bumbung yang terbaik adalah apabila air hujan akan di depan dan di belakang rumah, bukan ditengah-tengah atau satu bahgian sahaja seperti bumbung rama-rama dan flat roof
- Bumbung atau coping pada atas tingkap juga perlu bagi memastikan hujan dan silau tidak masuk ke rumah. Lebih panjang, lebih bagus.
- Batu bata merah adalah lebih baik berbanding batu bata simen sebagai bahan binaan kediaman. Bahan tersebut akan membuatkan rumah terasa lebih sejuk.
- Bumbung yang dibuat daripada clay tiles merupakan bahan penebat haba yang baik. Elakkan material metaldeck sebagai bumbung.
- Jika rumah mengadap matahari ataupun bumbung pendek dan tidak dapat menghalang daripada cahaya memasuki rumah, cuba gunakan screen louvers.
- Rumah corner lot lebih menguntungkan dan mempunyai high resale value. Jadi jika anda mempunyai bajet lebih, seeloknya dapatkan rumah jenis ini.
- Cari kawasan rumah yang berhampiran dengan padang dan jauh dari jalan utama selain mempunyai kawasan lapang buat anak-anak anak bermain.
- Jika boleh, elakkan membeli unit yang bersebelahan dengan pusat janakuasa TNB atau kawasan loji kumbahan (IWK)
- Kediaman yang exterior nya dicat dengan warna cerah bagi mengelakkan keadaan di dalam rumah panas kerana warna gelap akan menyerap haba.
- Point paling penting, pilihlah pemaju yang bertauliah dan berpengalaman membina rumah berkualiti dan tidak mempunyai sebarang rekod buruk.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bidai Bukan Sahaja Boleh Beri Impak Sejuk Tapi Boleh Bangkitkan Seri Ruang, Pilih Yang Sesuai

Isi Kandungan
ToggleBidai bukan sahaja boleh beri impak sejuk tapi boleh bangkitkan seri ruang, pilih yang sesuai. Bidai terdapat dalam pelbagai rekaan dan material antaranya seperti plastik, kayu dan kanvas atau fabrik.
Jika anda sentiasa sibuk, Pilih bidai daripada jenis yang berkualiti walaupun anda terpaksa membelinya dengan harga yang tinggi. Ini kerana, bidai menggunakan tali dan kita sering membuka serta menutup bidai dengan menarik tali itu. Bidai yang kurang berkualiti menyebabkan masalah tali terputus selepas beberapa bulan.

Bidai terdapat dalam pelbagai rekaan dan material antaranya seperti plastik, kayu dan kanvas atau fabrik. Jika anda sentiasa sibuk, pilih bidai daripada jenis yang berkualiti walaupun anda terpaksa membelinya dengan harga yang tinggi. Bidai terutama yang menggunakan tali jika kurang berkualiti selalunya mengalami masalah tali terputus selepas beberapa bulan selepas pemasangan.
BIDAI UNTUK RUANG TAMU
Ruang tamu rumah merupakan tempat utama dalam rumah kerana disitu lah tempat untuk melayan tetamu dan disitu juga lah tempat untuk ahli keluarga meluangkan masa bersama.
Jenis bidai yang sesuai untuk kawasan ruang tamu rumah ini ialah bidai venetian. Bidai jenis ni ada diperbuat daripada pelbagai bahan seperti timber, aluminium dan PVC. Bidai ini juga ada pelbagai warna dan stail yang boleh dipadankan dengan tema rumah.
Kelebihan bidai venetian ini ialah ia bagus untuk mengawal privasi dan juga pencahayaan. Dengan pemilihan warna / colour yang betul, bukan sahaja menampakkan kemeriahan blinds ini. Ia juga menyerikan suasana.

Mungkin ramai yang berfikiran untuk menambah ceria kan meja kerja ketika ramai sedang work from home ketika ini boleh fikirkan untuk ubah suai meja kerja. Ini kerana dengan bidai ini kita boleh nampak orang di luar tetapi orang luar tak boleh melihat ke dalam kawasan rumah kita. Nak kawal cahaya yang masuk ke dalam rumah pun senang guna bidai ini.
Seeloknya, kalau nak pasang bidai ini pada kawasan yang besar seperti ruang tamu rumah kita, pilihlah yang mempunyai bilah yang besar kerana ia lebih sesuai untuk kawasan yang agak lapang. Kalau bidai kecil lebih sesuai untuk tempat yang tertutup dan kecil.
BIDAI UNTUK BILIK TIDUR
Bidai venetian kurang sesuai kalau nak dipasang dalam bilik sebab fungsi utama bilik tidur kita adalah untuk kita rehat jadi mestilah kita nak bidai yang boleh halang cahaya sepenuhnya supaya boleh tidur nyenyak. Bidai venetian kurang efektif untuk mengalang cahaya berbanding bidai roman.

Bidai roman ialah satu bidai klasik yang diperbuat daripada fabrik. Fabrik itu anda boleh pilih ikut kesukaan anda. Tapi kalau anda pasang dalam bilik sebab anda tak nak cahaya masuk langsung, anda disarakan untuk pilih fabrik yang berwarna gelap dan boleh mengahalang cahaya masuk walaupun pada waktu siang.
BIDAI UNTUK OUTDOOR DAN DAPUR
Sebab kebanyakan bidai adalah diperbuat daripada bahan yang kalis air, jadi bidai boleh guna untuk outdoor dan dapur. Untuk kawasan outdoor macam balkoni, patio, gazebo atau kawasan belakang rumah, anda boleh pilih bidai kayu.

Sesuai untuk tema ‘vintage’ ataupun untuk timbulkan suasana yang tenang macam di kampung. Anda juga boleh pilih bidai patio yang kalis air untuk mengelakkan tempias hujan dari masuk ke rumah. Untuk kawasan dapur yang biasanya terdedah kepada asap dan minyak , boleh pilih bidai yang diperbuat daripada aluminium sebab bahan ini sangat mudah untuk dibersihkan.
BIDAI GULUNG
Bidai yang hanya memerlukan penjagaan minimum. Bidai jenis ini senang untuk dijaga kerana tidak mempunyai bilah seperti kebanyakan bidai yang lain. Jenis bidai ini sesuai untuk mana-mana bilik di rumah. Kalau nak pasang di bilik tidur boleh pilih bidai gulung blockout yang boleh halang cahaya daripada masuk sepenuhnya dan boleh buatkan bilik tidur anda lebih sejuk.

Bidai gulung ini mudah digunakan dan dibersihkan. Tambahan lagi bidai ini boleh membuatkan kawasan rumah kita kelihatan kemas. Jika tingkap anda agak besar atau anda tidak suka untuk tarik tali bidai secara manual, anda boleh pasang bidai gulung yang bermotor.
BIDAI SELULAR
Bidai yang sesuai sekiranya ada orang tua dan kanak-kanak di rumah. Kalau anda jenis orang yang tak suka tengok tali bidai dan tak nak tarik tali bidai secara manual, anda boleh cuba bidai selular.
Bidai ini ada bentuk honeycomb bertingkat sekiranya dilihat dari tepi. Disebabkan bentuk inilah bidai ini boleh menyejukkan bilik anda. Selain itu, ia juga boleh menghalang cahaya sepenuhnya yang menyebabkan bidai ini sangat sesuai untuk bilik tidur.

Oleh kerana bidai ini tidak ada tali bidai di luar, jadi ia nampak sangan moden dan minimalis. Paling penting sekali, bidai ini sangat ringan dan mudah untuk diangkat yang menyebabkan ianya sangat sesuai untuk rumah yang ada penghuni berusia ataupun kanak-kanak.
Sumber: Azura Curtain
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI