Tema “Soft Pink” Jadikan Dapur Rumah PPR Ni Nampak Cute Je . Tak kira lah rumah saiz banglo atau PPR kalau tak bijak mengurus, memang rasa tak cukup je ruang yang tersedia. Lebih besar sesuatu kediaman, lebih banyak ruang akan kelihatan kosong atau tidak digunakan. kerja mengemas pun bukan mudah. Jika ruang kediaman sempit pula, anda perlu lebih kritikal dan kreatif untuk meletakkan semua keperluan dalam ruang yang sempit
Seperti yang dilakukan oleh Sakinah Nazeri. Saiz dapur yang sangat sempit berupaya disusun rapi dan dihias indah mengikut tema pink. Bijak optimumkan ruang dan kreatif menyusun keperluan menghasilkan sebuah dekor dapur sempit pink ini
Saya nak kongsikan dapur rumah saya yang tak seberapa ni. Rumah flat kos rendah.
Saya minat soft pink dan tak berapa minat pink pekat. Saya gunakan padanan putih bagi memberi seri kepada rona padanan pink lembut. Dapur ni hanya muat untuk 2 orang sahaja satu masa. Harap ia memberi inpirasi kepada semua
Tema “Soft Pink” Jadikan Dapur Rumah PPR Ni Nampak Cute Je
Ads
10 tip dapur sempit tapi sedap mata memandang
Dilema dapur kecil yang menyesakkan dan merimaskan . Apa tindakan anda?
1. Bermain dengan warna-warna comel seperti pastel. Imbasan umpama main masak-masak.
2. Pencahayaan yang cukup dan menarik. Boleh menambah lampu struktur pada bawah bahagian kabinet atas.
3. Kurangkan permukaan berkilau bagi mengelakkan kemalangan.Terlanggar 1 semua terjatuh.
4. Kekalkan prinsip susunan ala segi tiga keramat – dapur, sinki dan dapur.
5. Elakkan memilih warna dapur yang membosankan seperti perang koko kayu atau seperti kabinet lama.
6. Tidak salah memilih warna-warna terang dan comel bagi memberi keceriaan suasana ketika memasak .
Ads
7. Pasang ekzos fan bagi mengelakkan bau masakan yang kurang enak!
8. Tidak salah memilih spatula berwarna – warni. Paling tidak memberi motivasi kepada anak dara sunti anda turun ke dapur.
9. Solek macam dapur kering, guna macam dapur basah. Maksudnya carilah material seperti jubin ada ilusi papan jalur atau parquet. Material kaunter glamour dan tahan lasak. Lagi pun ruangnya kecil, inilah masa kita gunakan ruang dan wang dengan berbaloi.
10. Pilih material mudah lap dan tahan dalam serta pastikan barang yang selalu dipakai, ditempatkan saling berdekatan.
Memang tengah “In” rekaan sofa menggunakan kain velvet. Penggunaan sofa velvet menjadikan dekorasi kediaman kelihatan lebih mewah dan versatile. Namun, ramai tak tahu bahawa material velvet ini sangat sensitif. Jadi untuk memastikan sofa anda kelihatan cantik dan bersih, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan.
GUNAKAN PENCUCI KHAS
Gunakan pencuci yang dikhususkan untuk upholstery yang mudah didapati di kedai-kedai DIY. Sebelum menggunakan Pencuci Upholstery, uji bahan pencuci pada kawasan kain velvet yang terlindung, seperti bahagian belakang atau bahagian bawah sofa. Biarkan cucian kering sepenuhnya dan lihat kesan selepas dicuci. Jika tidak menjejaskan fabrik, ini menunjukkan pencuci tersebut sesuai digunakan pada sofa velvet anda.
Gunakan span lembut ketika mencuci dan lakukan sentalan yang sangat perlahan. Selepas cucian kering sepenuhnya, vakum dan lap sekali lagi dengan menggunakan kain kering
CARA MEMBERSIHKAN KOTORAN JENIS BASAH
Jika sofa velvet anda tertumpah air atau mempunyai sebarang kotoran jenis cecair seperti makanan, minyak dan sebagainya, tekap bahagian yang terkena dengan tuala kering atau tisu. Jangan lap tau. Hanya tekap sahaja dan Pastikan tiada sisa yang tertinggal. Larutkan pencuci upholstery di dalam air dan sapukan perlahan-lahan pada permukaan velvet dengan menggunakan span lembut. Gunakan pengering rambut atau dedahkan pada kipas untuk keringkan
sania-green-velvet-sofa
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengekalkan kesegaran sayuran dan ikan yang dibeli adalah sesuatu yang agak mencabar. Adakalanya teknik yang sama telah digunakan sekejap menjadi dan sekejap tidak. Lebih-lebih dalam keadaan negara yang dilanda musibah ini, orang ramai digesa untuk kurangkan keluar dari rumah sekiranya tiada hal penting. Jadi sudah tentulah mak-mak risau kalau sayur yang dibeli tidak boleh tahan lama.
Namun, ada teknik yang dikongsikan oleh Maslina Misnan di dalam group masak mungkin belum atau jarang di praktikan. Cara ini boleh buat sayur dan bahan mentah kekal segar walaupun selepas dua minggu! Selamat mencuba semua.
CARA-CARANYA :
1.Rendam sayur di dalam air bersih selama 5-10 minit. Pastikan sayur di rendam sepenuhnya dalam air
2. Tambahkan garam di dalam air rendaman sayur untuk memastikan sisa kimia dapat dicuci sepenuhnya termasuklah serangga perosak. Sambil-sambil tu, bersihkan sayur
3. Tapis air dari sayur untuk tempoh 5 minit. Bagi sayuran yang jenis berkelopak terbalikkan untuk memastikan air dapat dikeringkan
4. Susun sayuran yang telah kering di dalam bekas kedap udara
5. Untuk makanan laut. Cuci bersih sotong seperti biasa. Buangkan, tulang serta dakwat sotong sehingga bersih
6. Letakkan satu sudu gula di dalam sotong dan gaul hingga sebati. Teknik ini membuatkan sotong sentiasa segar dan sebelum masak, cuci bersih. Gula tadi tidak akan menjejaskan rasa sotong malah ia tidak liat apabila dimasak
7. Bersihkan udang sama seperti yang dilakukan untuk sotong.
8. Siang ikan dan buang semua isi perutnya. Susun terus di dalam bekas simpanan tanpa perlu dibasuh
p/s : Kulit udang tadi jangan di buang. Boleh dijadikan stok udang untuk buat merebus dan lain-lain. Caranya adalah:
1. Rebus kulit udang dengan kuantiti air janji ia tenggelam sahaja. Tak perlu banyak sangat air
2. Biarkan sampai ia mendidih dan kulit udang jadi lembut
3. Tapiskan stock udang tadi dan dibiarkan sejuk
4. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam bekas untuk disimpan
Ni Stock saya. Yang atas adalah air stock ayam, daging, udang dan pes sambal. Bila nak masak tinggal dipanaskan sahaja. di bahagian bawah adalah bahan mentah seperti daging, ikan, sotong dan pelbagai lagi
Ini stock sayur yang telah di simpan 2 minggu. Masih segar.
Menurut Society for General Microbiology, Sesetengah bakteria akan membiak setiap 20 minit apabila habitat yang tersedia mempunyai suhu dan nutrient yang diperlukan. Sebab itu, tanda-tanda penyakit mudah dan cepat kelihatan sejurus jangkitan berlaku.
Antara jenis bakteria yang terdapat di dalam kedaiaman yang akan menyebabkan sakit adalah seperti berikut:
–Staphylococcus aureus (staph)
-Kulat
-Salmonella
-Escherichia coli (E. coli)
Menurut National Sanitation Foundation (NSF), bakteria dan kadar pencemaran paling tinggi dijumpai di ruang penyimpanan dan penyediaan makanan. Ini bermakna, dapur anda adalah habitat sepurna pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Lebih 75% bakteria dijumpai terdapat pada span pembasuh pinggan dan kain lap terdiri daripada Salmonella dan E. coli. Selain itu, antara perkakas dan peralatan dapur yang perlu kerap dicuci adalah:
– Papan pemotong – Peti sejuk – Sinki dapur –Counter top – Mesin pembancuh kopi
Cara untuk membersihkan perkakas dapur yang tercemar:
1. Gunakan tisu lembap yang dilengkapi dengan bahan anti bakteria seperti wet tisu untuk membersihkan permukaan countertop
2. Rendap span di dalam air panas beberapa minit untuk membunuh kuman 3. Jangan biar span terendam di dalam air walaupun air sabun. Kondisi lembap pada span akan menggalakkan pembiakkan bakteria
4. Lap lantai, dinding, counter top dengan menggunkan air suam yang dicampur sesudu bahan peluntur 5. Tukar kain tuala dapur setiap minggu
6. Cuci tangan selepas dan sesudah penyediaan makanan 7. Seminggu sekali, bersihkan peti sejuk dengan menggunakan bahan pembasmi kuman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.