Tak kira lah rumah sewa ke, rumah kuartes ke. “Rumah ku, syurga ku” kan. Sudah pasti kita nak selesa dan tenang membina syurga di dalam kediaman walaupun bukan milik kita. Seperti yang dilakukan oleh Suhaila Dali. Walaupun hanya mendiami rumah kuartes tentera, dapur yang kecil dihias indah menjadi pembangkit semangat ketika memasak.
Tak besar, jadi kena manfaatkan penggunaan rak. ‘White and wood’, warna yang dipilih. Pada saya, nampak tenang gabungan warna ini.
Saya tak sangka ramai suka dan berminat nak tahu barang-barang yang saya guna. Saya senaraikan di sini ya. Moga bermanfaat dan moga pahala perkongsian ini sampai kepada arwah ayah.
1. Kabinet dapur = IKEA Knoxhult
2. Rak putih = IKEA Lerberg
3. Rak kayu bertingkat = IKEA Hejne
IKLAN
4. Langsir singki = Shopee (link seller = https://invol.co/cl2cgik) 5. Troli = Shopee (link seller = https://invol.co/cl2cgja) 6. Wood Crate = Shopee (link seller = https://invol.co/cl2cgk8)
7. Tudung saji rotan = IG (Limited Home)
8. Label rempah = IG (Wowdapurku)
9. Rak kayu rempah = Tukang kayu (nama FB page: Wann Woodcraft)
Saya cuma senaraikan apa yang paling ramai tanya di komen dan messenger.
“Workstation” Bukan Sekadar Selesa Tapi Cantik, Ini Yang Perlu Anda Buat. Kini ramai di kalangan kita yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri. Ia bukan sahaja selari dengan arus sosial media kini malah lebih menjimatkan juga praktikal. Namun bagaimana boleh kita kekalkan suasana profesional di kediaman sendiri dengan tugasan yang digalas?
Pereka juga mula mengikut arus masa kini. Ramai yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri dan menjadikan kediaman sebagai pejabat. Ini bermakna ruang kerja juga tampil selesa dan menyenangkan. Pelbagai idea telah dihasilkan untuk kita jadikan inspirasi, bagaimana sebuah sudut di ruang kediaman mampu bertukar menjadi ruang kerja yang cantik.
Ada yang menjadikan kabinet bina dalam sebagai stesen kerja. Lengkap dengan penutup dan pintu berpangsi. Ada yang membina para-para kecil dan ada juga yang membina unit station pada bucu ruang…unik dan amali seiring…Simple-simple je di IMPIANA.
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlukan ruang dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? Ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda Sila lihat semula dalam peti sejuk anda sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi sebelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisyen dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilih peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk dengan teknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Umpama sang maharani dengan barang kemasnya. Menggoda mata sejuta tetamu yang bertandang. Setiap kristal yang dipadankan dengan emas bergemerlapan. Menjadi kemegahan sepanjang zaman. Begitulah chandelier yang menjadi tarikan utama pada siling apatah lagi ruang. Terdapat dalam perlbagai saiz dn reka bentuk. Daripada emas ke perak, biasan cahaya yang terpantul melalui kristal menjadikan suasana kediaman begitu elegan dan luar biasa hebatnya. Umpama si penggoda yang duduk ayu di ruang tamu mu.
Perubahan chandelier daripada era ke era sememangnya cukup lama. Bayangkan daripada era belum wujudnya tenaga elektrik sehingga kini. Pereka sudah pasti banyak bermain dengan inspirasi persekitaran dan ilham memalui seni, fesyen, seni bina dan sebagainya. Mereka bentuk chandelier bersama kristalnya dan kerangka besi yang membentuk karakter lampu.
Jika dahulu kita kagum dengan chandelier yang bergayutan dengan kristal, aksesori emas. malah dengan rekaan bersaiz raksasa, labih mencecah lantai, daripada bulat sehingga yang bertingkat labuh. Pendek kata segala kemewahan yang ada itu mahu dipamerkan pada chandelier agar kekagumannya menjadi tumpuan di ruang utama. Jangan sampai tersalah letak. Ada chandelier boleh ditempatkan dit engah ruang utam, ada pula yang lebih sesuai ditempatkan di sudut tangga atau sudut khas untuk chandelier ini supaya ruang nampak lebih hidup
Dalam pada itu, anda juga perlu bijak memilih kerana kristal yang berkualiti sellalunya didatangkan dari Eropah seperti Sepanyol dan Itali. Kualiti yang luar biasa malah tahan lama zaman berzaman. Kini tuan rumah lebih bertuah. Rekaan lampu candalier lebih berani dan pelbagai. Daripada yang lebat dengan kristal kepada yang mempunyai elemen lain seperti pengaruh Sepanyol,Moden, Minimal, Amerika Latin dan penggunaan kristal juga dilihat sudah tidak keterlaluan. Kata orang ia juga nampak menepati selera tuan rumah muda dan tidak berlebihan. Jadi pilihlah rekaan yang terbaik untuk mu dan serasi pula dengan kediamanmu. Simple-simple aja di IMPIANA.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...