Tema “Soft Pink” Jadikan Dapur Rumah PPR Ni Nampak Cute Je . Tak kira lah rumah saiz banglo atau PPR kalau tak bijak mengurus, memang rasa tak cukup je ruang yang tersedia. Lebih besar sesuatu kediaman, lebih banyak ruang akan kelihatan kosong atau tidak digunakan. kerja mengemas pun bukan mudah. Jika ruang kediaman sempit pula, anda perlu lebih kritikal dan kreatif untuk meletakkan semua keperluan dalam ruang yang sempit
Seperti yang dilakukan oleh Sakinah Nazeri. Saiz dapur yang sangat sempit berupaya disusun rapi dan dihias indah mengikut tema pink. Bijak optimumkan ruang dan kreatif menyusun keperluan menghasilkan sebuah dekor dapur sempit pink ini
Saya nak kongsikan dapur rumah saya yang tak seberapa ni. Rumah flat kos rendah.
Saya minat soft pink dan tak berapa minat pink pekat. Saya gunakan padanan putih bagi memberi seri kepada rona padanan pink lembut. Dapur ni hanya muat untuk 2 orang sahaja satu masa. Harap ia memberi inpirasi kepada semua
Tema “Soft Pink” Jadikan Dapur Rumah PPR Ni Nampak Cute Je
Ads
10 tip dapur sempit tapi sedap mata memandang
Dilema dapur kecil yang menyesakkan dan merimaskan . Apa tindakan anda?
1. Bermain dengan warna-warna comel seperti pastel. Imbasan umpama main masak-masak.
2. Pencahayaan yang cukup dan menarik. Boleh menambah lampu struktur pada bawah bahagian kabinet atas.
3. Kurangkan permukaan berkilau bagi mengelakkan kemalangan.Terlanggar 1 semua terjatuh.
4. Kekalkan prinsip susunan ala segi tiga keramat – dapur, sinki dan dapur.
5. Elakkan memilih warna dapur yang membosankan seperti perang koko kayu atau seperti kabinet lama.
6. Tidak salah memilih warna-warna terang dan comel bagi memberi keceriaan suasana ketika memasak .
Ads
7. Pasang ekzos fan bagi mengelakkan bau masakan yang kurang enak!
8. Tidak salah memilih spatula berwarna – warni. Paling tidak memberi motivasi kepada anak dara sunti anda turun ke dapur.
9. Solek macam dapur kering, guna macam dapur basah. Maksudnya carilah material seperti jubin ada ilusi papan jalur atau parquet. Material kaunter glamour dan tahan lasak. Lagi pun ruangnya kecil, inilah masa kita gunakan ruang dan wang dengan berbaloi.
10. Pilih material mudah lap dan tahan dalam serta pastikan barang yang selalu dipakai, ditempatkan saling berdekatan.
Cara lipat beg plastik ini kena praktik kalau nak dapur kemas. Sebabnya selalu plastik ini selalu bersepah atau tergantung sana sini di dapur hingga membuatkan ruang ini nampak serabut.
Supaya tak sakit mata memandang, eloklah latih diri untuk lipat beg plastik ini setiap kali dapat waktu beli barang. Bila dah lipat kecil, lagi senang disimpan dan tiadalah tergantung sana sini. Dapur pun nampak lebih kemas.
Cara lipat beg plastik
1. Setiap kali bawa balik plastik ke rumah, lipat dua plastik secara memanjang.
2. Kemudian lipat dua lagi sekali beg plastik, hingga jadi begini.
3. Mula dari bawah, lipat beg plastik jadi segi tiga dan selesaikan sampai hujung.
4. Tinggalkan sedikit di bahagian hujung dan selit pada celah lipatan yang dibuat.
5. Begini rupanya bila dah selit, beg plastik akan jadi bentuk segi tiga yang kecil dan lebih mudah disimpan dalam bekas.
Lampu gantung beri suasana indah di meja makan, yang ramai tak perasan elemen lampu gantung pada meja makan akan menghasilkan elemen yang cukup memukau.
Indahkan kaunter makan mu dan ruang makan utama kediaman dengan pemilihan lampu yang tepat. Kini ramai di kalangan kita yang mempunyai ruang makan yang cukup gah dan cantik. Pemilihan perabot dan hiasan dinding serta jambangan bunga tengah sebagai pelengkap gaya. Luar biasa.
Cuma adakala gara-gara pemilihan lampu yang silapmenjadiikan ruang akan atau kaunter makan kita kurang perisa. Kurang ummph….kita sendiri tidak tahu apakah kurangnya ruang makan kita ini. Tetapi ia dapat dirasakan oleh tuan rumah. Pemilihan lampu gantung atau pendant light sememangnya cukup indah dan khusus buat ruang makan. Cahaya samar yang lebih dekat namun tidak panas apa lagi menyilaukan mata.
Makanan nampak terang dan menarik, tanpa mengganggu pandangan kita. Pada masa yang sama suasana nampak warm dan selesa untuk menikmati hidangan makan malam.Namun apa yang penting anda perlu bijak memilih rekaan yang sesuai dengan konsep kediaman. Jangan kita membeli sesuka hati dan kemudian menyesal sendiri. Cuma kini terdapat banyak rekaan asas yang cantik. Bagi mengelakkan pengguna tersilap beli. Ia sesuai untuk apa juga konsep.
Misalnya lampu bulat sfera kaca jernih yang ringkas namun cukup cantik digantung beriringan. Begitu juga jenis yang berbentuk geometri dan ada juga yang didatangkan segugus. Ilham ringkas namun sangat menarik perhatian. Simple-simple aja di IMPIANA.
KLIK DISINI untuk pembelian Luxury Modern K9 Crystal LED Ceiling Light Lampu Hiasan Siling Kristal Pendant Chandelier Lamp with Gold.
Penjagaan rumah dari dalaman amatlah penting ya kerana di dalam rumah lah kita akan banyak meluangkan masa dan berehat. Jadi, akan nampak seperti buruk dan tidak siuman sekiranya dalaman rumah kita busuk dan tidak wangi. Apatah lagi, jikalau anda tetamu yang ingin datang. Nak wangikan balik dalaman rumah, bukannya ambil masa yang singkat. Jadi, mulai sekarang bergeraklah dalam menjaga kewangian dalaman rumah. Nak tahu caranya? Ayuh saya tunjukkan.
TIDAK MEMBIARKAN HABUK MELEKAT PADA PERABOT TERLALU LAMA
Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah di cari, iaitu, 1 penutup pelembut fabrik dan 10 cawan air. Selepas sudah dapat kedua-kedua jenis bahan ini, bancuhkan kedua-duanya dan ambil kain. Celupkan kain ke dalam bancuhan sebentar tadi dan lapkan di semua perabot dalam rumah anda. Cara ini dapat memudahkan rumah anda wangi dan habuk tidak mudah melekat di perabot.
MOP LANTAI SEHINGGA BERKILAT
Selalunya lantai yang melekit ini disebabkan selepas kita memasak dan ia akan membuat tidak selesa untuk berjalan. Oleh itu, kita perlukan bahan-bahan ini mengkilatkan lantai. 1 penutup pencuci lantai, cuka dan dan juga air panas. Cara mencucinya adalah mulakan dengan menyapu sampah sehingga semua sampah dan habuk telah dikeluarkan. Mula membersihkan lantai dengan semua item berikut. Pastikan sudah membancuh air pencuci lantai tadi dengan campurkan pencuci lantai dan cuka kemudian sebatikan dengan air panas. Selepas itu, baru mencuci lantai di rumah anda itu.
Jadi, yang terakhir adalah,
PEWANGI RUANG DALAMAN RUMAH
Setelah selesai membuat dua langkah di atas, letakkan pewangi di dalam rumah untuk menambahkan lagi bau wangian dalam rumah. Anda boleh membeli apa-apa sahaja pewangi di kedai tetapi jika mau cara manual, boleh cuba dengan cara membancuh pelembut fabrik dan cuka. Kemudian masukkan ke dalam botol semburan. Anda Cuma tinggal sembur di tempat yang anda mahukan.
Maka dengan itu, berakhirlah langkah-langkah dalam mewangikan rumah anda. Cara ini amat berkesan ya dan anda juga boleh cubanya di rumah sendiri. Pasti selepas ini, tetamu anda datang dan memuji rumah anda. Semoga berjaya.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!