Semut, lipas dan cicak antara serangga yang menajdi musuh utama dalam kediaman. Kehadirannya bukan sahaja ada yang memberi kesan kepada kesihatan malah ia adalah salah satu petanda kedaiamn anda kotor. Dah cuba pelbagai bahan atau produk pencegah serangga di pasaran, tapi masih gagal. Apa kata, anda cuba pula 15 cara untuk cegah Semut, lipas dan cicak ni pula
SEMUT
1. Taburkan serbuk kunyit pada laluan semut yang menuju ke dalam rumah, halang laluan serangga itu dengan menaburkan serbuk kunyit di sepanjang perjalanan yang membolehkan mereka masuk atau lalu di dalam rumah.
2. Ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
3. Potong kain bersih seperti tali panjang kemudian celupkan ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja, kaki meja, kaki kabinet dapur dan sebagainya.
4. Anda juga boleh menggunakan abu kulit telur yang dibakar dan taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.
Ads
5. Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol spray kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut. Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.
1. Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap yang dikunjungi lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet dapur.
2. Jangan buang pangkal dan hujung timun setiap kali anda memotong timun. Ia boleh digunakan untuk menghalau lipas. Letakkan pangkal timun itu di tempat yang ada banyak lipas.
Ads
3. Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet. Lipas akan lari selepas membau daun pandan, dan tak akan membiak lagi di rumah anda.
4. Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.
5. Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas. Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi.
video pilihan
Ads
CICAK
1. Cicak tidak suka akan bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elak cicak dari memasuki rumah anda.
2. Campurkan serbuk kopi dan serbuk tembakau di dalam sebuah bekas. Kemudian, ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di penghujung batang mancis dan pencungkil gigi tersebut lalu celupkan kedalam campuran serbuk kopi dan tembakau. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.
3. Campurkan 1/3 cuka makan, 1/3 air, dengan 1/3 cecair pencuci pinggan dan masukkan kesemuanya dalam botol spray. Lepas tu sembur pada semua kawasan yang selalu ada tahi cicak dan tempat cicak selalu sembunyi.
4. Campurkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air. Semburkan campuran ini pada dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah kerana cicak tidak tahan dengan rasa pedas.
5. Gantung atau letak bawang di pintu atau tingkap cicak boleh lalu. Lagi satu cara adalah kisar bawang dengan air, lepas tu masukkan dalam botol spray, dan sembur pada sekeliling rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jambatan Terapung memainkan peranan penting dalam pembentukan kolektif Aqua Alta, yang telah menjadi kajian oleh Arkitek Colectivo Aqua Alta.
Banjir kerap berlaku di Sungai Paraguay, tetapi pada bulan Julai 2014 dan Disember 2015, ketinggian sungai masing-masing mencapai 7,38 m dan 7,73 m (ketinggian sungai tertinggi dalam sejarah adalah 9,00 m dan paras banjir kritikal adalah 5,50 m), lebih dari 4 meter di atas tahap di mana banyak orang tinggal di sepanjang tebing Sungai Paraguay. Majoriti mangsa ini berada di bandar Asunción dan sekitarnya.
Kini, pemasangan di MUSA – Museu da Amazonia (Muzium Amazon) di Manaus mengembalikan kerja yang dilakukan pada tahun 2014 dan 2015 sebagai cogan kata. Walaupun bandar terapung di Manaus memainkan peranan penting dalam budaya dan ekonomi dalam kehidupan bandar sejak kebelakangan ini, kita secara beransur-ansur menjauhkan diri dari ciri khas kota Amazon ini kerana penduduknya semakin jauh ke hutan.
Pada tahun 2021, sungai Rio Negro mencapai ketinggian 30.02m, yang merupakan banjir tertinggi yang pernah dicatat dalam sejarah Manaus. Fenomena ini berlaku berulang kali dan lebih intensif di bandar-bandar lain di Amazon dan mendorong kita untuk mencari penyelesaian teknologi untuk mengurangkan kemungkinan kesan negatif. Sebagai arkitek, bagaimana kita dapat memberi sumbangan agar kota-kota Amazon tidak menjadi mangsa industri banjir dan dapat menampilkan seni bina yang bertindak balas terhadap sifat perairan bermusim? Jambatan itu, yang dibina dengan sisa dari Kawasan Industri Manaus, adalah karya seni dan manifesto.
Pada mulanya, karya seni fungsionalis ini berbeza dengan pemandangan semula jadi tasik yang indah, tetapi kemudian, pada peringkat kedua pemasangan, ia akan berinteraksi dengan aliran tercemar di tengah Hutan Simpan Adolpho Ducke.
Masih percaya pada jambatan, tetapi kami juga percaya bahawa masalah struktur masyarakat, dan negara, dapat diatasi dengan projek-projek yang menampilkan penyelesaian konkrit dan tahan lama. Kami percaya bahawa kerana kekurangan infrastruktur asas, arkitek dan profesional lain mesti terlibat dan terlibat dalam amalan yang lebih berkesan dengan bekerjasama, dan bekerjasama dengan seluruh komuniti, untuk membuktikan bahawa walaupun kekurangan sumber kewangan, adalah mungkin untuk melaksanakan projek itu nampak mustahil.
Kumpulan NAMA (Núcleo Arquitetura Moderna na Amazônia) mempersembahkan “Floating Bridges” di MUSA dan menawarkan pengunjung refleksi mengenai keperluan untuk terus meneliti seni bina terapung di Amazon dan juga untuk mengurangkan perbelanjaan awam dalam keadaan darurat – yang berlaku secara berkala kerana banjir bermusim di sungai ini.
Kredit: Colectivo Aqua Alta
Lokasi: Manaus, Brazil
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam..
Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, di sini IMPIANA kongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut ;
1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan
2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep
3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang
Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality. Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!
Ini 4 material pilihan IMPIANA untuk backsplash :
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar (Marble)
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Besi Tahan Karat (Stainless Steel)
Stainless steel merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bayam adalah spesies Amaranthus gangeticus yang tergolong dalam famili tumbuhan Amaranthaceae iaitu sama famili dengan pokok balung ayam iaitu sejenis tanaman hiasan yang berbunga menarik.
Ia dikatakan mengandungi banyak khasiatnya tersendiri. Di antaranya seperti mempunyai kalori yang rendah tetapi tinggi dengan kandungan vitamin A dan K, mencegah kanser, meningkat sistem imuniti badan, mengekalkan kesihatan otak, merendahkan tekanan darah dan kadar kolesterol iaitu sekadar menyebut beberapa contohnya.
Terdapat dua jenis pokok sayur bayam iaitu berdaun merah dan juga berdaun hijau.
Penanaman
Ia mudah ditanam menggunakan biji benihnya yang boleh didapati dari buahnya yang matang. Bijinya juga boleh dibeli dari pusat tanaman, kedai pertanian, dan juga pasaraya. Arahan mengenai cara menyemai dan menanam pokok bayam ini juga tertera di pek biji benih yang dibeli bagi memudahkan cara penanamannya.
Ia sesuai tumbuh dalam campuran tanah atau medium tanaman yang agak lembap serta gembur dan juga mengandungi banyak bahan organik. Campuran yang disyorkan adalah campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah Peroi: Bahan Organik: Pasir Sungai). Pokok bayam mudah ditanam kerana anda hanya perlu menabur benihnya di plot tanaman yang telah digembur atau dicampur medium tanamannya. Seterusnya berikan penjagaan yang diperlukannya.
LANGKAH MENYEMAI BAYAM :
Campurkan biji benih pokok bayam yang halus itu dengan pasir halus
Tabur terus di tanah yang telah digemburkan terlebih dahulu dan berikan siraman dua kali sehari agar medium semaiannya senantiasa lembap.
Apabila anak benih telah tumbuh empat helai daun bolehlah dijarangkan iaitu dengan mencabut beberapa anak benih di sekeliling anak benih yang ingin dibiarkan membesar.
Manakala anak benih yang dicabut tadi bolehlah ditanam semula di ruang kosong yang terdapat di plot tanaman anda di tanah. Bagi anda yang tidak mempunyai ruang di tanah untuk menanamnya tidak perlu risau kerana pokok sayuran ini juga boleh ditanam dalam bekas tanaman seperti pasu, polibeg atau bekas tanaman yang diperbuat daripada plastik atau palung logam dengan menggunakan medium tanaman seperti tersebut di atas
Selepas ditanam dan disiram letakkannya di tempat teduh dahulu sehingga ia mula tumbuh barulah dipindahkan ke kawasan yang mendapat cahaya matahari yang banyak untuk pertumbuhannya dan seterusnya berikan penjagaan seperti di bawah ini.
PENJAGAAN BAYAM :
Ia perlu didedahkan kepada cahaya yang banyak untuk tumbuh subur.
Siram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang bagi memastikan medium tanamannya lembap sentiasa agar anak bayam cepat tumbuh membesar.
Gunakan baja organik seperti najis ayam untuk pertumbuhan pokok yang lebih subur. Ikuti arahan mengenai cara dan kekerapan penggunaannya seperti tertera di pek baja yang digunakan.
Pokok bayam boleh dipetik apabila pokoknya mencapai anggaran umur lebih kurang 2 hingga 3 bulan selepas disemai bijinya dan ini juga bergantung kepada cara penjagaan selepas penanamannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...