Kebanyakan kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan? Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.
Buat pemilik rumah yang sudah buntu macam mana nak kurangkan masalah jelek ini, wanita ini ada kongsikan tips dan panduan membasmi tahi cicak dengan hanya menggunakan tiga bahan. WOW!
Tak mahu berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.
Bahan-bahan yang diperlukan ;
– 1/3 Cuka makan
– 1/3 Air
– 1/3 Cecair pencuci pinggan
Ads
Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray. Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak. Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Cicak tak suka bau cuka dan lemon, manakala serbuk cili boleh mendatangkan iritasi kepada kulit, mata dan hidung cicak. Ini akan membuatkan cicak akan menjauhi kawasan semburan secara semulajadi.
Nak Tandas Cantik Macam Hotel. Jom masuk pertandingan makeover anjuran Creative Lab dan Impiana. Anda berpeluang memenangi pekej ubah suai bilik air bernilai RM10,000. Untuk penyertaan, anda tak perlu keuarkan sebarang modal. Yang penting, kreatif untuk hasilkan video berdurasi kurang 3 minit “Kenapa ruang bilik air anda perlu di ubah suai?”
Selepas itu, muat naik video kreatif anda di instagram dengan hastag #bilikaircreativelab bersama beberapa keping gambar bilik air yang hendak diubahsuai.
Bila tandas dah cantik, kebersihan pun perlu dijaga. Tambahan, kebersihan mencerminkan keperibadian pemilik. Ye lah, tempat kita mencucuikan diri, takkan lah dalam keadaan kotor kan. Namun kebanyakkan kita mengambil ringan akan kebersihan tandas. Untuk memastikan tandas dalam keadaan bersih, lakukan 10 perkara ini:
1. Lepas guna, bersihkan sinki sepenuhnya. Jangan biar ada sisa-sisa ubat gigi atau sabun. Sebaiknya, sediakan satu berus kecil berhampiran sinki untuk memudahkan anda menyental permukaan sinki
2. Buat “deap clean” sekurang-kurangnya seminggu sekali. Gunakan sabun dan sental celah-celah jubin
3. Jangan himpun botol syampu, sabun, pencuci muka dan sebagai banyak-banyak. Hanya paparkan botol-botol yang digunakan. Jika tidak nanti, anda sendiri keliru nak guna yang mana
4. Sediakan satu batang penyapu atau berus lantai. Nanti setiap kali selepas mandi boleh lah ringan-ringan kan tangan untuk menggosok lantai
5. Sangkut berus jamban selepas digunakan atau beli berus jamban yang lengkap dengan tempat letak. Tapi pastikan bekas letak berus jamban perlu ada saliran air keluar bagi mengelakkan ia bertakung
6. Buang berus gigi yang tidak digunakan. Tak perlu disimpan banyak-banyak kerana ia akan menyababkan bilik air nampak semak
7. Elak cermin nampak bercapuk, pastikan ia di lap dengan kain kering setiap kali selesai menggunakan bilik air.
8. Pastikan lantai bilik air bersih tanpa barang yang bergelimpangan. Lagi pun barang, barang yang bersepah dilantai bilik air mengundang bahaya
9. Periksa bahagian siling dan sudut-sudut, pastikan tiada sawang atau sarang laba-labah. Nanti sera pula bilik air lebih-lebih lagi bila dilihat tetamu yang hadir
10. Elak letak barang yang diperbuat dari fabrik kain seperti tuala di ddalam bilik air. Ia akan menjadi tempat terbaik pembiakkan bakteria. Jika terus dibiarkan fabrik akan bertahi lalat atau berlumut
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kediaman jenis teres tengah dengan keluasan 1900 kaki persegi ni tiada siapa akan menyangka perubahan dalamannya yang cukup luas biasa. Sebagai mana yang kita tahu reka bentuk rumah teres tengah ada seperti kebiasaan, tiada yang luar biasa. Kali ini Pereka mengubah suai teres tengah yang berubah wajah dalam sentuhan seni bina dalaman.
Pereka dalaman rumah ini bijak menguasai ruang dan pelan lantai sempurna untuk kediaman yang lebih baik dan selesa serta praktikal untuk setiap sudut dalam ruang rumah ini. Oleh itu, aras bawah menjadi ruang tamu dan bilik tidur. Peralihan antara lantai cuba menyatukan dan menyediakan hubungan antara ruang peribadi dan sosial rumah.
Hasil kontras antara bilik tidur tertutup dan ruang tamu adalah “dek bumbung” yang dibina dengan konsep terbuka bagi aliran udara telus dalam kediaman ini tanpa halang. Keistimewaan kediaman ini ia mempunyai sudut serta ruang yang praktikal untuk pemilik. Simbahan putih jadi pilihan untuk kediaman ini, biarkan ruang berbicara dengan gaya yang tersendiri.
Jika melihat konsep yang diketengahkan pereka ini adalah konsep terbuka dan persendirian dalam gaya tersendiri. Bagi yang memiliki kediaman jenis lot tengah seperti ini mungkin boleh jadikan inspirasi kediaman anda sebegini.
Kemasan bahan asas dipilih dengan sekatan, supaya tidak menonjolkan mana-mana bahagian keseluruhannya. Tujuannya adalah untuk mencipta ruang tenang yang ditakrifkan semata-mata mengikut kelantangan, kedalaman dan cahaya. Menarik kan!
Kredit: Arkitek: Fabian Tan Architect
Gambar: Eoffel Chong
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)
Apabila memasuki ruang tamu yang direka dengan penuh ketelitian, mudah saja untuk tetamu merasakan aura kesempurnaan yang tersemadi dalam ruang berkenaan. Saiz dan rekabentuk sofa yang menarik dan selesa, pencahayaan yang mendamaikan serta keempukan kusyen membuatkan ruang tamu sebagai tempat yang ideal untuk beristirehat sambil melakukan aktiviti harian dengan aman. Ibarat sebuah poster filem yang diterjemah dengan baik, ruang tamu yang dihias cantik sekali gus akan menjadi daya menarik utama buat sesebuah kediaman. Tetamu secara spontan akan membayangkan ruang-ruang lain yang mungkin sama menarik dan mewah.
Setiap perincian yang diberi perhatian akan mendatangkan hasil sempurna tetapi ini merupakan cabaran yang kadangkala sukar untuk dizahirkan. Pereka dalaman atau tuan rumah perlu berhati-hati memilih dan menyuai padan perabot di ruang tamu. Begitu juga dengan warna cat dinding serta aksesori pelengkap yang diletakkan perlu lah seiring dengan konsep dan gaya ruang. Ingat, setiap butir perincian akan mempengaruhi rupa keseluruhan ruang tamu anda.
Bagi mendapatkan ruang impian anda mungkin tidak semudah yang disangkakan, jadi IMPIANA telah mengumpulkan beberapa kesilapan major yang patut anda elak agar anda dapat menikmati ruang baru tanpa sebarang cela.
Kesilapan #1 : Memilih Sofa Yang Salah
Semua orang setuju, sebuah ruang yang sempurna bemula dari pemilihan sofa yang tepat. Ramai pemilik yang tdak mahu menggantikan sofa apabila mengubahsuai kediaman. Alasan mereka, sofa masih nampak elok ataupun sofa tersebut masih baru lagi dibeli. Apa yang mereka tidak tahu ialah, dengan mengekalkan sofa lama itu, mereka tidak akan dapat ruang tamu yang mereka inginkan. Jadi, bertolak ansur lah dan fikir sedalam-dalamnya sebelum membeli sofa untuk diletakkan di ruang tamu anda.
Selain itu, keselesaan sofa juga merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang yang sempurna. Saiz, ketinggi dan material sofa perlulah seiring dan besepadanan dengan ruang yang ada. Jangan tergesa-gesa membeli sof atanpa mempertimbangkan faktor-faktor penting tersebut. Bagi mengelakkan memilih sofa yang salah, beli sesuatu yang simple dan mudah. Jauhi sofa dengan detailing yang keterlaluan kerana sofa sebegini sukar untuk digayakan dan perlu selalu diganti.
Kesilapan #2 : Membeli Karpet Yang Terlalu Kecil
Menurut pakar, salah satu kesalahan biasa yang paling tidak patut dilakukan adalah membeli permaidani atau karpet dengan saiz yang salah. Perkara yang nampak remeh dan amat mudah dielak tetapi masih ramai lagi yang seperti tidak hirau jika mereka dihiasi dengan karpet lebih kecil daripada sepatutnya. Pastikan saiz ruang tamu dan tolong jauhi karpet kecil yang langsung tidak sesuai untuk ruang anda.
Kesilapan #3 : Susun Atur Yang Tidak Sesuai
Walaupun anda rasa sofa yang ditolak rapat ke dinding mengadap TV akan nampak menarik, tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Anda perlu letakkan lebih effort dan pemerhatian untuk mendapatkan ruang tamu idaman. Adalah penting untuk mempertimbangkan dan membuat perbincangan menyeluruh lebih-lebih lagi jika ruang yang ada terhad dan sempit.
Kesilapan #4 : Mewajibkan TV Pada Ruang Tamu
Kebanyakan kediaman sekarang mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah TV. Dan tempat yan gpaling senang untuk diletakkan ialah di ruang tamu. Tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana anda tidak semestinya WAJIB meletakkan TV jika tiada keperluan. Dengan ini, anda boleh meletakkan perabot yang lebih bermakna seperti rak buku atau meja konsol pada ruang yang kosong tersebut.
Kesilapan #5 : Kesilapan Ketika Menggantung Lukisan Dinding
Lukisan yang digantung pada dinding menggambarkan kesungguhan anda dalam menghias ruang tamu. Jika ia diletakkan pada pada ketinggian yang tidak sesuai, selain menyakitkan mata, ia juga membuat tetamu fikir yang anda tidak kisah tentang penampilan ruang. Kerana perbuatan tersebut nampak seperti tidak ikhlas dan sambil lewa. Ruang juga akan kelihatan pelik dan tidak menyakinkan.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...