Teknik mudah dekor ruang tamu sempit, ramai masih buat silap. Ruang tamu adalah ruang utama dalam kediaman, ramai yang bertanyakan kepada IMPIANA dengan soalan-soalan seperti ini. Bagaimana ingin menghias ruang tamu yang kosong? Teknik mudah untuk nampakkan ruang tamu lebih luas? Warna apakah yang paling sesuai untuk ruang tamu yang menarik. Banyak lagi soalan yang diajukan kepada IMPIANA. Kali ini IMPIANA kongsikan bersama anda teknik bagaimana untuk menghias ruang tamu kosong, cara memilih konsep yang sesuai dan bagaimana untuk memilih warna dan perabot yang sesuai untuk ruang tamu agar nampak lebih luas.
Teknik Pilih Konsep Ruang Tamu
Ramai yang keliru kerana banyak pengaruh dari media sosial dan juga Pinterest. Semua cantik, konsep yang mana satu pilihan sesuai dengan kita itu yang penting. Bukan nampak cantik atau ikut trend itu yang sesuai dengan ruang rumah kita. SALAH kalau anda berfikiran begitu. Perkara utama perlu anda fikir adalah praktikaliti dan juga cara hidup anda seharian di rumah. Apakah ciri-ciri praktikaliti itu? Kenal pasti berapa ramai penghuni rumah dan keluasan ruang tamu anda. Warna juga penting dalam ruang tamu. Jika anda ingin ambil langkah mudah dalam menghias ruang tamu pilih warna putih atau krim. Ia mudah untuk dipadankan dengan apa sahaja set perabot.
Jika ruang tamu anda tidak terlalu besar atau luas jangan sesekali memilih set perabot yang agak gelap dan besar. Ukur keluasan yang sesuai dengan set sofa yang bersaiz sederhana. Jika ada yang masih belum tahu, saiz sofa juga mempunyai saiz XL, L, M dan S. Reka bentuk sofa juga memainkan peranan yang penting dalam membuatkan ruang tamu kelihatan seimbang dan sesuai untuk semua.
Rumah teres lot tengah, ruang tamu kurang keluasan elakkan dari membeli sofa bersaiz XL atau L. Saiz M juga perlu ambil kira dari segi reka bentuk. Tidak semua reka bentuk akan membuatkan ruang nampak luas dan selesa. Malahan ia akan membuatkan ruang tamu anda tampak padat. Apa yang perlu anda lakukan adalah beli set sofa tiga tempat duduk dan padankan dengan kerusi satu tempat duduk dan juga banch. Begitu juga dengan kediaman yang lain, harus bijak suai padankan saiz sofa dengan keluasan ruang.
Ads
Pilihan Warna
Bagi ruang tamu yang mempuyai keluasan terhad elak dari menggunakan warna gelap, sepeti merah, jingga, biru dan sebagainya. Warna putih, krim dan pastel sesuai untuk ruang sebegini. Warna yang lembut akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas dan selesa. Jika mengenakan set perabot yang sesuai pasti ruang tamu anda akan tampil lebih segar dan bergaya. Ditambah pula dengan pokok segar dalam ruang tamu itu. Dapat bayangkan tak, suasana segar dalam ruang tamu anda. Ada yang gemar dengan wainscoating kan! Boleh gayakan tetapi elakkan penggunaan yang terlalu sarat.
Perhiasan Atau Dekorasi
Ads
Elak dari hiasan yang sarat seperti pasu bunga yang besar dan bunga plastik. Pilih bunga hidup ini akan membuatkan ruang tamu lebih segar dan seakan gaya dalam Pinterest. Tidak kisah konsep apa yang anda gemar untuk ruang tamu anda paling penting perkara yang diterangkan di atas sangat penting
Apabila peti sejuk di rumah sudah lama digunakan, mungkin akan meninggalkan kesan calar atau pun kemek pada permukaan luar badan peti ais anda.
Jika anda mahu menukar peti sejuk yang baharu pula, tetapi ia masih lagi elok untuk diguna pakai. Sayang dan membazir kalau tukar peti sejuk yang baharu kan oleh hanya kerana terdapat kesan calar serta kemek pada permukaan luar badannya, betul tak?
Tidak dinafikan, jika ada kesan calar dan kemek pada permukaan luar badan peti sejuk ini memang boleh membuatkan ‘sakit mata’ melihatnya. Tetapi kini anda tidak perlu lagi berdepan dengan situasi sedemikian kerana ada cara mudah untuk mengatasi masalah anda tersebut.
Bukan sahaja memudahkan malah ia sangat menjimatkan dan anda tidak perlu berbelanja besar pun bagi untuk menutupi segala cela pada permukaan luar badan peti sejuk anda. Apa yang hanya cuma anda perlukan adalah ‘Fridge Magnet Miniature’ yang comel ini.
Lihatlah hasilnya, bukan sahaja ia dapat menutupi segala cela pada permukaan luar badan peti sejuk anda malah ia membuatkan ia tampak lebih menarik dan unik. Jangan ada yang tidak tahu, ia ada bermacam-macam bentuk yang menarik tau!
Sekiranya anda ingin memiliki ‘Fridge Magnet Miniature’ ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Memastikan almari anda sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur adalah sesuatu yang agak mustahil. Mungkin, anda boleh, tapi jika melibatkan ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak yang masih kecil, matlamat untuk memastikan pakain di dalam almari sentiasa kemas dan tersusun agak sukar dicapai.
Seorang penulis dan pakar gaya hidup dari Jepun telah memperkenalkan satu sistem khas untuk memastikan almari anda sentiasa kemas dan teratur. KonMari Methods yang diasakan oleh Marie Kondo merangkumi cara mengemas keseluruhan kediaman agar sentiasa kemas dengan mudah. Namun, teknik lipatan yang diperkenalkan kini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Nak tahu, cara pengurusan almari dengan menggunakan KonMari Mathods. Jom tengok video ini.
Untuk teknik melipat baju dan seluar, anda boleh tengok video ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Pun begitu jika keadaannya masih agak kekuningan kerana kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi, segar malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendam bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendam seluruh langsir. Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci agar bau najis kucing akan hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir. Ini boleh kita lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar. Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas. Adakala debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik kita nampak kotor dan kelabu terutama bagi yang memilih fabrik renda kasar.
Bagi yang menggunakan renda juga boleh meremdam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran yang seni di celah-celah jalinan benang.
Awas jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan menggunakan mesin basuh cucian lembut agar tidak merosakkan kain.
Pastikan anda mencuci hanya langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutama jika anda membasuh langsir berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
Anak-anak menepek gula-gula getah pada langsir anda? Sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan menggantikannya dengan fabrik baru yang bersesuaian terutama di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh. Terutama jika anda menggunakan swag satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk menggosoknya nanti.
Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel usah dibasuh dengan mesin basuh. Andai kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.