Tanam UBI MANIS Dalam Karung Guna Pasir Sungai, 3 Bulan Tuai Hasil Isi Besar

Menarik juga idea tanam ubi manis dalam karung atau keledek menggunakan pasir sungai sebagai medium utama. Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan ruang, malah hasilnya juga luar biasa. Isinya lebih besar, manis dan boleh dituai selepas 3 bulan sahaja.

Cara Tanam Ubi Manis Dalam Karung Guna Pasir Sungai

Menurut pengalaman Zuhaida Zain, beliau menanam ubi manis di dalam karung guni menggunakan pasir sungai tanpa campuran tanah lain. Walaupun tanpa baja, ubi manis tetap tumbuh subur dan hasilnya sangat memuaskan. Kali pertama beliau menanam menggunakan tanah biasa, hasilnya besar, namun kali ini dengan pasir sungai, isinya lebih manis dan cepat matang.

Bahan dan Langkah Penanaman

  • Sediakan karung guni, karung bekas tepung boleh digunakan semula.
  • Isi karung dengan pasir sungai hingga separuh penuh.
  • Beli ubi manis (keledek) dan biarkan hingga bertunas.
  • Tanam ubi bertunas ke dalam karung yang berisi pasir sungai.
  • Letakkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari mencukupi.

Pucuk ubi manis yang menjalar boleh dibiarkan sahaja, tidak perlu dipangkas. Siram bila perlu dan pastikan karung tidak terlalu basah untuk mengelakkan akar reput. Dalam tempoh 3 bulan 8 hari, ubi manis sudah boleh dituai dan hasilnya sangat mengagumkan, isinya besar, cantik dan manis.

Tanam UBI MANIS Dalam Karung Guna Pasir Sungai, 3 Bulan Tuai Hasil Isi Besar Tanam UBI MANIS Dalam Karung Guna Pasir Sungai, 3 Bulan Tuai Hasil Isi Besar Tanam UBI MANIS Dalam Karung Guna Pasir Sungai, 3 Bulan Tuai Hasil Isi Besar Tanam UBI MANIS Dalam Karung Guna Pasir Sungai, 3 Bulan Tuai Hasil Isi Besar Tanam UBI MANIS Dalam Karung Guna Pasir Sungai, 3 Bulan Tuai Hasil Isi Besar

Kelebihan Tanam Ubi Manis Dalam Karung

Kaedah tanam ubi manis dalam karung guna pasir sungai ini sangat sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan terhad atau rumah bandar. Ia juga mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak tenaga.

Ads
  • Tidak perlu tanah luas.
  • Hasil cepat, boleh dituai dalam masa 3 bulan.
  • Isi ubi lebih manis dan besar.
  • Tidak memerlukan baja kimia.
  • Menjimatkan ruang dan kos.

Tip Tambahan Untuk Hasil Lebih Baik

Pastikan pasir sungai yang digunakan tidak bercampur dengan tanah liat supaya saliran air baik dan ubi tidak mudah busuk. Sesekali, semak keadaan karung, jika ada rumput tumbuh, cabut agar nutrien tidak berebut dengan tanaman ubi.

“Ingat lagi 3 bulan yang dulu saya post pasal percubaan kedua tanam ubi manis dalam karung tapi kali ini saya guna pasir. Nah, time untuk menuai sudah, berhasil dan menjadi juga, cantik dan manis isi dia, sedap lagi,” jelas Zuhaida.

Tanam UBI MANIS Dalam Karung Guna Pasir Sungai, 3 Bulan Tuai Hasil Isi Besar Tanam UBI MANIS Dalam Karung Guna Pasir Sungai, 3 Bulan Tuai Hasil Isi BesarTanam UBI MANIS Dalam Karung Guna Pasir Sungai, 3 Bulan Tuai Hasil Isi Besar

Ads

Bagi anda yang ingin cuba tanam ubi manis di rumah, bolehlah praktikkan cara yang dikongsikan ini. Hanya guna karung guni dan pasir sungai, hasilnya bukan sahaja besar dan manis tetapi juga menjimatkan ruang dan mudah dijaga.

Ads

Semoga bermanfaat!

Sumber: Zuhaida Zain

Mesti Baca: Cara Tanam Ubi Keledek Jepun Dalam Polibeg/Pasu, Ruang Terhad Pun Menjadi
Artikel Menarik: Kulit Pisang Baja Terbaik Untuk Pokok Keledek. Hasilnya Ubi Sarat Berisi!
Lagi Di Sini: TANAM POKOK PISANG Kaedah Terbalik Banyakkan Anak Pokok, Berbuah Lebih Rendah!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads