Tanam pokok kantan di laman rumah memang berbaloi memandangkan tumbuhan ini  banyak kegunaan dalam masakan.

Biasanya untuk tanam sendiri pokok ini kaedahnya melalui tanaman rizom yang boleh dibeli  secara online atau nurseri.

Akan tetapi ramai yang kecewa selepas menyemai rizom ini kerana apa yang diharapkan tak menjadi. Rizom pokok dilihat semakin layu dan mati lantas tidak dipedulikan lagi.

Bagaimanapun ujar pengusaha ladang kantan, Sadam Arffain rizom pokok mati selepas ditanam adalah sesuatu yang normal. Oleh itu tak perlu kecewa terlalu awal.

Jelasnya, batang rizom mungkin nampak layu dan mati tapi hakikat ada benih yang sedang membesar di bawahnya dan hanya akan kelihatan dalam tempoh sebulan atau paling awal 2 minggu.

Tanam Pokok Kantan Dari Rizom Memang Lambat Bertunas. Kena Sabar
Tip ini dari pengusaha ladang pokok kantan sendiri, Saddam Arrfain

 

Ads

Berikut adalah perkongsian beliau tentang perkara ini.

Tanam pokok kantan dari rizom tapi lambat bertunas

Rizom kantan sejenis benih bertunas. Batang rizom yang ditanam kebiasaannya akan makin layu atau mati seperti gambar di bawah.

Tanam Pokok Kantan Dari Rizom Memang Lambat Bertunas. Kena Sabar

 

Ads

Rizom asalnya warna hijau kemudian berubah menjadi coklat. Itu adalah normal, jangan putus ada kerana hal yang terbaik sedang menumbuh di bahagian bawah rizom tersebut.

Tunas baru kebiasaannya akan mula kelihatan selewat satu bulan, paling awal pun dalam 2 minggu tumbuh. Lebih daripada tempoh itu mungkin boleh dikira gagal dalam prosesnya.

Punca pokok kantan tak tumbuh 

1. Terlebih siram sehingga berlecak
2. Tidak menyiram sehingga kering.
3. Tanam terlalu dalam.
4. Tanah tidak begitu sesuai.
5. Kebarangkalian menjadi rendah. Tanam 10, 9 hidup.

Tanam Pokok Kantan Dari Rizom Memang Lambat Bertunas. Kena Sabar

Ads

 

Sebatang rizom boleh menghasilkan empat mata tunas baru secara maksimum dan minimum. Cuma keempat-empat tunas itu juga tidak keluar serentak tapi berperingkat.

Pada yang sedang menanam pokok kantan, moga info ini dapat membantu.

Sumber: Sadam Arffain

Mesti Baca: Cara Potong BUNGA KANTAN Juga Main Peranan Agar Pokok Berbunga Lebat

Baca Lagi: Panduan Lengkap Tanam Pokok BUNGA KANTAN, Berbaloi Buat Jual!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI