
Nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam. Tapi, Puan Oggy Bungsu cuba biakkan pak choi dari keratan tunggul tak berakar menjadi pula. Apa yang dilakukan oleh Puan Oggy? Jom kita lihat langkah-langkah tanam pakchoi dari keratan tunggul yang dibeli dari pasar.
Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye
1. Sediakan medium tanamana yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
2. Selasai potong pak choi tu, rendam dalam air paip biasa dalam 30 minit
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tiada Laman Tapi Nak Tanam Sayur, Boleh Tanam Tepi Dinding Macam Ni

Tiada laman tapi nak tanam sayur, boleh guna idea yang dikongsi oleh Ain Motociclo. Tiada tanah untuk bercucuk tanam bukan alasan, boleh tanam tepi dinding.
Untuk tanaman cara ini dia menggunakan kaedah nutripot yang dibuat sendiri dari botol terpakai yang kemudian dilekatkan pada dinding stor rumah.
Dari tepi dinding ini macam-macam sayur boleh ditanam. Bagi yang nak mencuba boleh ikut info yang dikongsi oleh Ain.
Tiada laman tapi nak tanam sayur, ini caranya
1. Terlebih dahulu semai biji benih sayur, yang ini sawi. Selepas naik 3-4 daun barulah boleh dialih ke botol atau nutripot.
2. Untuk membuat botol nutripot boleh guna botol mineral terpakal 1500ml atau 1.5L. Botol ini dipotong 2 bahagian. Bahagian atas dibuat lubang sekelilingnya.
3. Setelah itu botol bahagian atas diletakkan dengan tali mop/kain dan diisi dengan sedikit tanah (tali bertujuan untuk menyerap air baja dari bahagian bawah).
3. Bahagian bawah pula diletakkan air baja AB.
4. Botol yang dah siap bolehlah diletakkan anak benih sayur.
Ini anak benih sayur sawi yang baru dipindahkan dalam nutripot.
Memandangkan kediaman tiada ruang, botol ini dilekatkan di dinding. Boleh saja nak letak di bawah jika ada laman.
INFO
- Cara penanaman nutripot ini tak memerlukan siraman tapi bila semakin sayur membesar perlu selalu periksa airnya kerana air lebih cepat diserap.
- Bahagian bawah botol disembur cat hitam untuk mengelakkan bahagian bawah berlumut.
Sumber: Ain Motociclo
Mesti Baca: Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Pokok Daun Bawang Guna Botol, Lagi Mudah & Subur. Tak Perlu Tanah!

Pokok daun bawang biasanya kita tanam dalam pasu menggunakan tanah, tapi tanpa dua perkara ini pun kita boleh menanam pokok ini dengan subur.
Caranya cuma gunakan botol air plastik yang sudah tidak digunakan dan air. Kaedah penanaman ini dikongsi oleh Cici Cikyah.
Cara tanam pokok daun bawang dalam botol
- Potong sedikit bahagian atas botol dan di isi dengan air sampai paras yang dipotong.
2. Hiris bahagian atas bawang untuk mencambahkan tunas. Kemudian letak bahagian tampuk akar di atas permukaan botol yang dipotong tadi.
3. Letak bawang ini di tempat yang redup. Biar sehingga akar keluar. Bila air kurang tambahkan air. Insya Allah akan keluar daunnya.
4. Bila daun bawang sudah sesuai untuk dituai, potong daunnya tinggalkan 1 inci dari ubi bawang, supaya ia bercambah kembali. Pastikan airnya penuh ya.
5. Kaedah ini tak gunakan baja, cuma air saja. Kena penuhkan airnya. Selagi akarnya ada.
TIP
- Ambil bawang yang dah mula bertunas atau nampak akar halus di bahagian bawah. Ini memudahkan proses pertumbuhan dalam air kerana ia sudah aktif secara biologi.
- Bawang perlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Letakkan dekat tingkap atau balkoni yang cerah untuk bantu proses fotosintesis dan penghasilan daun bawang yang subur.
Selamat mencuba!
Sumber: Keluarga
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Semai 6 Jenis Tanaman, Boleh Jimat Belanja Dapur!
Baca Lagi Di Sini:Baja Hampas Kopi Boleh Lebatkan Daun Dan Bunga
Artikel Menarik:KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanaman Susah Berbunga Dan Sukar Berbuah, Buat Teknik ‘Sunat’ Pokok

Isi Kandungan
ToggleAdakah anda mempunyai pokok di rumah yang sihat dan subur, tetapi masih sukar untuk berbunga atau berbuah? Situasi ini sering berlaku, terutamanya bagi tanaman seperti mangga, jambu, atau pokok bunga hiasan.
Jangan risau, teknik ‘sunat’ pokok boleh menjadi penyelesaian yang efektif untuk masalah ini.
Apa Itu Teknik ‘Sunat’ Pokok?
Teknik ‘sunat’ pokok adalah kaedah memangkas atau mencantas sebahagian dahan, ranting, atau akar pokok untuk merangsang pertumbuhan bunga dan buah. Istilah ‘sunat’ digunakan kerana proses ini seakan-akan “membuang” bahagian tertentu pada pokok untuk kebaikannya. Ia adalah salah satu cara yang digunakan oleh pekebun dan petani untuk memastikan pokok lebih produktif.
Kelebihan Teknik ‘Sunat’ Pokok
- Merangsang Pembungaan: Apabila dahan atau akar tertentu dipotong, tenaga pokok akan lebih tertumpu kepada pengeluaran bunga dan buah.
- Mengawal Saiz Pokok: Teknik ini membantu memastikan pokok tidak tumbuh terlalu tinggi atau lebat sehingga sukar dijaga.
- Menghapuskan Bahagian Mati atau Berpenyakit: Membuang dahan yang tidak sihat membantu pokok untuk berkembang dengan lebih baik.
- Meningkatkan Pengaliran Udara: Dengan mencantas dahan yang lebat, cahaya matahari dan udara boleh menembusi pokok dengan lebih baik, menjadikan persekitaran lebih kondusif untuk pembungaan dan pembuahan.
Sedikit petua untuk dikongsikan.
Bagi pokok yang susah nak berbunga atau berbunga tetapi susah nak lekat menjadi buah.
Guna teknik sunat pokok. Ia bantak dilakukan oleh pekebun di Indonesia.
Cara-caranya:
1. 2 minggu sebelumnya kita kena buat pemangkasan pada ranting-ranting dan buang ranting-ranting kecil yang tak berpotensi.
2. Kemudian selepas 2 minggu, potong sekeliling kulit pokok dalam 5mm pada ranting yang mana kita suka.
3. Kemudian buang kulit tersebut.
PENTING: Baja buah jangan lupa letak selepas buat pemangkasan. Ia bertujuan untuk menggalakkan pokok berbunga selepas tumbuh tunas baru
Pokok yang saya buat ni POKOK TAIWAN PINK GUAVA SEEDLESS.
IMPIANA : Nak kena tengok pokok yang tak berbunga atau berbuah. Bolehlah buat teknik ‘sunat’ ini.
Sumber: Remy Soid
Mesti Baca: Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama
Baca Lagi Di Sini: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Artikel Menarik: Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapat kan tip, idea.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI