
Ajinomoto sebagai baja untuk lebatkan bunga dan buah memang tidak asing lagi. Namun, ramai tak pasti bagaimana atau formula terbaik untuk menggunakan ajinomoto sebagai baja. Malmisa Swak Lis Lis berkongsi cara paing mudah penggunaan ajinomoto paling mudah dan berkesan
saya nak share BOOSTER baja utk tanaman.saya sendiri dah cuba.ingat kita je ke kena ada booster.pokok pun perlukan jugak
Ajinomoto kaya dgn MSG antaranya ialah:
– Meyuburkan pokok yg susah berbunga dan berbuah.
– Daun sayur pulak,akan membesar 2x ganda dari size asal.
– Pertumbuhan akan naik lebih cepat.
Cara Bancuhan:
1. 1 sudu Ajinomoto (15g)campur dengan 5 liter air.Bancuh dlm baldi.
Lepastu peram semalaman.
Esoknya baru boleh siram dekat tanah spray dekat daun sikit2 je.penting tanah.
2. siram sekali seminggu je.jangan over siram hari2 nanti pokok mati jgn salahkan kita tau.
Sesuai utk pokok sayur dan juga bunga. Nanti lepas 1minggu baru booster buat kerja
Cegah Covid-19 Total, Kemungkinan Duit Pun boleh Jadi Logistik Penyebaran Virus

Virus COVI-19 sangat membimbangkan. bermula 18/3/2020, Malaysia akan mengenakan Printah Kawalan Pergerak (Movment Control Order) sehingga 31/3/2020. Selain memastikan tangan anda selalu bersih dan pakai penutup mulut ketika berada diluar, beberapa langkah pencegahan lain terutamanya dalam membasmi kuman di persekitaran anda juga perlu dilakukan.
Terbaru,Mohd Razman Faizal Sulaiman turut berkongsi kaedah membasmi kuman pada duit. Al Maklumlah duit pun bersentuhan dengan tangan kan. Kotnya ada pesakit yang telah memegang duit tu, ia boleh menjadi transit untuk virus tu hinggap ke kita pula kan.
Hangpa tau atau tak duit kertas dan duit syiling adalah salah satu faktor boleh jadi penyebab penyebaran Covid-19 berskala besar.
Serius cakap aku mula terpikiaq sekarang nie potensi penularan Covid-19 nie boleh tersebar meluas melalui sekeping kertas yang dinamakan duit. Kenapa aku cakap macam tu?
Ini semua berpunca dari rider aku yang nak hantar makanan ke hospital dia call aku balik masa customer tu nak bayar duit caj delivery.
“Bang, duit nie selamat ka kalau saya pegang?”
“Kenapa pulak dah?”
“Saya takut la bang, mana tau duit nie dah terkena virus corona tu ka. dah la yang amik tadi nie bukan doktor. yang nie pesakit nampak macam tak sihat dengan batuk-batuk. boleh tak lepas nie abang settle awal-awal caj delivery dengan pelanggan bayar online jer
Mana taknya bila rider aku cakap macam tu aku mula terfikir. Ada betul juga apa dia cakap.
Dah la jual beli sentiasa berlaku. Duit syiling dan duit kertas sentiasa silih berganti.
Bayangkan sekiranya seseorang itu adalah pembawa virus. Tak mustahil duit syiling atau duit kertas yang ada pada mereka ini pun telah tercemar dengan Covid-19.
Kita semua tau Covid-19 nie boleh tersebar melalui sentuhan.
Jadi adalah sangat tidak mustahil boleh berlaku penularan secara serius hanya dengan sekeping wang kertas atau duit syiling.
Proses ini boleh jadi penyebab tersebarnya Covid-19 daripada seorang pembawa kepada seorang penerima wang kertas atau syiling tersebut.
Jadi bagaimanakah langkah yang perlu diambil oleh kita semua?
Yang ini akan menjadi satu cabaran sebenarnya.
Macam aku sebagai seorang pengusaha kedai makan, aku sangat risau sebenarnya bila difikirkan pasai isu ini.
Apa yang aku buat setiap kali balik ke rumah, aku terpaksa cuci duit syiling dengan dettol.
Duit kertas pulak aku masukkan dalam plastik dan aku spray dengan antiseptic dettol dalam plastik dan biarkan pada waktu yang lama supaya partikel antiseptic dapat memenuhi ruang dalam plastik dan membunuh segala virus atau partikel berbahaya yang ada pada permukaan duit tersebut.
Ini adalah salah satu langkah yang aku nampak dapat mengurangkan penyebaran virus Covid-19 melalui wang kertas atau syiling.
Langkah pencegahan ini kita sendiri boleh laksanakan di rumah.
Semuanya bergantung kepada kita semua.
Sekiranya hangpa rasa benda ini bermanfaat hangpa boleh bagitau dengan orang lain supaya semua orang boleh amik langkah berjaga-jaga dengan membasmi masalah virus nie bermula dari rumah lagi.
Kaedah Ini Mampu Kekalkan Kelembapan Tanah Tanpa Guna Sungkupan

Cabaran berkebun di musim panas adalah keterbatasan air. Akibatnya, tanaman cepat layu dan berpotensi mati jika tidak dirawat segera. Tentu keadaan ini amat membimbangkan sama ada pada petani mahupun anda yang berkebun sebagai hobi. Silap hari bulan, tanaman yang dipupuk dan ditatang bagai minyak yang penuh langsung tidak dapat dituai.
Bagi mengatasi masalah ini, ada yang cuba letak sungkupan untuk mengekalkan kelembapan tanah. Bidang teknologi pula turut menghasilkan bahan-bahan khas yang harus di gaul bersama medium tanaman yang mampu memegang air untuk tempoh yang panjang.
Sebenarnya ada lagi satu kaedah yang boleh anda praktikkan tanpa memerlukan modal yang banyak. Di samping itu bahan yang digunakan dari sumber semula jadi. Apakah bahan itu?
BATANG PISANG
Batang pisang mempunyai struktur berlapis dan berongga yang mampu memerangkap air yang banyak. Disamping itu juga, batangnya yang mengambil masa 2 hingga 3 bulan untuk mereput menyebabkan ia amat sesuai menjadi rongga peganggan tanaman sebelum menjelang tempoh matang. Kerana ketika tempoh itu lah, pokok atau tanaman memerlukan penjagaan dan penelitian yang banyak.
Jadi, apabila pisang telah dituai, menjadi kewajipan pokoknya harus ditebang. Daripada ia dibazirkan begitu sahaja, apa kata kita gunakan ia sebagai medium gantian untuk mengekal kelembapan tanah seperti yang diperlukan tanaman. Berikut adalah cara-cara penggunaannya:
1. potong batang pisang sekurang-kurangnya 10cm tebal
2. Lubangkan bahagian tengah batang pisang agar akar dan batang anak pokok muat
3. Pilih anak pokok yang betul-betul telah sedia untuk dipindahkan ke tapak kekal dan masukkan ke dalam lubang yang telah disediakan di batang pisang tadi
4. buat lubang tanaman di tapa kekal dan masukkan batang pisang yang telah diletakkan anak pokok tadi
5. Kambus batang pisang sepenuhnya dengan medium tanaman
Sumber: http://www.inspirasipertanian.com
Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble

Syarikat penapis air dan udara terkemuka daripada Korea Selatan, Coway Malaysia kini telah melancarkan sebuah model penapis udara terbaharu iaitu Coway Noble secara rasminya pada 1 Sepetember yang lalu.
Didatangkan dengan reka bentuk dan teknologi terkini, Coway Noble membolehkan anda menikmati kehidupan yang lebih sihat serta terlindung daripada sebarang pencemaran udara. Bukan itu sahaja, dengan reka bentuk yang moden dan terkini, boleh mewujudkan suasana mewah hiasan dalaman kediaman anda.
Dilengkapi penapisan 6 langkah dengan ciri pensterilan UVC, teknologi terkini yang canggih ini boleh meningkatkan keberkesanan membasmi bahan pencemar dalaman untuk memastikan udara yang lebih bersih dan segar di ruang dalam. Sama ada di pejabat atau di rumah, anda boleh menghirup udara secara mudah dan yakin dengan penulen udara Noble daripada Coway, yang mampu menyingkirkan bahan pencemar dalaman dengan berkesan.
Didatangkan dengan warna Pebble Gray (kelabu) yang anggun, bergaya dan serba moden, model berprestij pemenang anugerah reka bentuk global ini sesuai untuk mereka yang mempunyai cita rasa tersendiri dan mendambakan penulen udara yang mencantikkan lagi rumah mereka.
Antara anugerah antarabangsa yang dimenanginya ialah Good Design Award 2021, iF Design Award 2021, Good Design Korea, Pin Up Design Awards, Hadiah Gangsa di iDEA Awards 2021 dan juga Red Dot Award 2021 dan 2022.
Penulen udara yang canggih lagi anggun ini juga menggunakan penapis 4D pertama sepertinya yang menjanjikan penulenan 360° secara menyeluruh. Di samping itu, ia juga dilengkap dengan penapis Double HEPA yang terbukti membasmi 99.999% virus memudaratkan, termasuk varian Omicron Covid-19 yang sangat mudah dan pantas merebak di ruang udara.
Memandangkan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia meluangkan 90% daripada masa mereka di dalam rumah, aspek pengaliran udara yang baik perlu dititikberatkan.
Menurut Laporan Alam Sekitar [Reports on Environment] (ROE) oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika [American Environmental Protection Agency] (EPA), udara dalaman ialah 2-5 kali lebih tercemar berbanding udara luar dan merupakan antara 5 risiko alam sekitar utama yang boleh memudaratkan tahap kesihatan tubuh badan manusia.
Penulen serba canggih ini juga dilengkapi dengan sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod – smart (pintar), turbo, silent (senyap) dan eco (mesra alam). Dengan reka bentuknya yang menarik, penulen udara seberat 15kg dan berukuran 320 x 320 x 805mm (W x D x H), Coway Noble ini boleh menghiasi mana-mana ruang di dalam kediaman anda tanpa sebarang masalah.
Untuk butiran lanjut, layari www.coway.com.my untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang penulen udara Coway Noble.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Kenapa Dunia Semakin Kehilangan Warna?