Jeruk sawi pahit ni penambah selera dalam masakkan seperti gulai, asam pedas dan sebagainya. Namun kebiasaanya sawi jeruk ini terkenal dengan cara penghasilannya yang agak kotor. Sebab itu, sayur ni semakin ditolak masyarakat. Rupanya, tak susah nak hasilkan jeruk sawi pahit ni. Cynthia Teresa Patrick berkongsi resepi dan cara mudah untuk menghasilkan jeruk sawi pahit di group Berkebun D rumah.
P/S: Teknik yang sama juga sesuai digunakan untuk buat lobak jeruk dan sawi hijau
Bahan-bahan:
Sawi Pahit
Nasi sejuk
Garam kasar
Air
Cara-cara:
1. Sawi pahit dicuci dan dikering
2. Setelah kering jemur hingga layu, sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya
4. Dah layu
5. Kisar sedikit nasi sejuk bersama garam dgn air secukupnya. seeloknya guna garam kasar, kalu tak ade garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah di blend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara
6. Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin
‘Indoor plant’ bukan sahaja mencantikkan ruang dalaman rumah malahan mampu membekalkan udara segar dan mendinginkan kediaman anda.
Bagi anda yang mempunyai masalah sesak nafas, 5 tanaman ini dapat membantu anda memberi udara yang segar dan bersih:
5 Jenis ‘Indoor Plant’ Ini Mampu Bersihkan Udara, Sesuai Untuk Pesakit Asma
1 – Peace Lily
Seperti namanya begitu jugalah fungsinya. Memberi damai ruang rumah yang didiami. Tumbuhan ini memerlukan pencahayaan terus dari luar jadi pastikan ia di sudut yang betul. Peace Lily juga dikenali sebagai the communicative plant yang mampu memberikan isyarat apabila ia perlu disiram dan dijaga.
TIP: Ruang luas putih dan bersiling tinggi mampu menyerlahkan Peace Lily di kediaman.
2 – Dieffenbachia Camilla
Tempatkan di ruang cahaya. Suhu sesuai untuk tumbuhan ini adalah di bawah 65 darjah. Pun begitu, ia agak rapuh dan kering di hujungnya. Pastikan anda menjaganya dengan cermat. Apa yang pasti Dieffenbachia Camilla mampu memberi pengudaraan yang baik bagi setiap kediaman.
TIP: Perlu rajin menjaganya dan pastikan jangan dibiar ia kering. Tempatkan di ruang luas dan punya banyak sumber cahaya.
3 – Ficus Elastica
Permukaan daun tumbuhan ini berkilat dan berbentuk. Daunnya juga agak keras dan besar. Oleh itu, sesuai dijadikan ilham dekorasi yang mengisi kekosongan kediaman. Cukup hanya dengan menyiram sekali seminggu dan akan hidup dalam kediaman anda dengan memberi pengudaraan yang baik.
TIP: Rumit sedikit sebenarnya penjagaan Ficus Elastika kerana saiznya yang besar tetapi jika bijak dalam susun letak ia akan menjadi sudut tumpuan yang sangat menarik.
4 – Lidah Buaya
Juga dikenali sebagai Aloe vera dan mempunyai kandungan kira-kira 95 peratus air. Menurut kajian menanam Lidah Buaya dalam kediaman mampu menjadikan suasana dan persekitaran lebih sejuk dan tidak kering.
TIP: Jadi lebih kreatif dengan menanam Lidah Buaya dalam balang yang lebih kecil berbanding pasu besar.
5 – English Ivy
English Ivy memiliki bahan kimia organik yang mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan mual. Mudah tumbuh dan mudah dijaga kerana tidak perlu disiram selalu. Tidak perlu pencahayaan terus. Tumbuhan malar menjalar ini boleh diletakkan di tepi tingkap atau gantungkan di tempat tinggi.
TIP: Kalau mahu menanam English Ivy di ruang kediaman, rajinkan diri untuk pangkas ya, kalau tidak tak ubahlah seperti semak di luar rumah.
Untuk memastikan indoor plant anda sihat dan cantik bukan sesuatu perkara yang susah, cukup sekadar memberi perhatian kepada keperluan asasnya dan memeliharanya dari sebarang jenis masalah dan penyakit.
Mungkin kita pernah melihat orang mengambil atau memetik tumbuhan atau pokok di tepi jalan dengan alasan untuk menanam di rumah sendiri. Tapi adakah ia dibenarkan dan apa hukumnya pula sebagai orang Islam?
Soalan
Apakah hukum mengerat sedikit ranting dan tunas atau mengambil anak yang tumbuh dari pokok bunga yang hidup di tepi jalan raya atau di taman. Tujuannya adalah untuk mendapat benih/baka bagi tumbuhan tersebut. Cara mengerat dibuat dengan baik dan tidak merosakkan tumbuhan tersebut.
Jawapan
Hukum asal adalah haram mengambil atau mengerat walaupun sedikit ranting atau tunas pada pokok di tepi jalan atau taman kerana ia adalah milik orang lain kecuali dengan izinnya.
Perkara ini termasuk dalam kategori mengambil atau memakan harta orang lain secara batil (salah) yang telah diharamkan oleh Allah SWT seperti dalam firmannya:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah.”
(Surah al-Baqarah: 188)
Namun syarak mengiktiraf adat dan budaya baik setempat. Jika adat dan budaya sesuatu tempat masyarakat yang hidup berjiran saling membenar dan menghalalkan sesama mereka, maka ia adalah dibenarkan mengambil dan memakannya dengan tidak berlebih-lebihan sekadar untuk keperluan dirinya sahaja.
Akan tetapi berasaskan kepada sifat wara’, adalah baik tidak mengambil dan memakannya kecuali telah diketahui secara pasti bahawa jiran atau tuan tanah tersebut sememangnya seorang yang baik hati atau terus sahaja meminta izin daripadanya atau orang yang menguruskannya.
Hal ini juga termasuk tanah milik kerajaan atau kawasan rizab yang telah ditentukan, maka sebaiknya hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu. Demikianlah adab-adab yang dititik beratkan dalam Islam. Moga kita dapat mempraktikkannya, insya Allah.
Ruang tepi rumah, jika pemilik bijak memanfaatkannya boleh menjadi sudut laman yang cantik. Taburan batu-batu chipping, batu pemijak dan pokok-hijau mampu menambah seri pada ruang ini. Tak perlu upah kontraktor, boleh buat sendiri sahaja dengan anggaran kos RM900.
Ini yang dilakukan oleh Nik Mohd Rizaldi kediamannya baru-baru ini. Salah satu projek persiapan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi untuk dijadikan tempat bergambar seluruh keluarga nanti.
Projek lepas terawih, upgrade ruang tepi rumah supaya nampak lebih menarik dan boleh dijadikan tempat photoshooting raya nanti. Kos batu-batu chipping & tapak pijak lebih kurang RM900 ++
Sebelum
Selepas
Info Ekstra!
Batu-batu beli di kedai hardware yang besar ada jual.
Harganya mahal sikit berbanding menggunakan batu aggregate/batu quari.
Batu chippingkecil sedikit, warna putih & lebih menawan bagi saya.
Saya mampatkan batu-batu dengan pijak-pijak je. Tak guna mesin pun.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.