Ramai yang minat dan teringin sangat nak tanam sayur sendiri kan? Tapi ada beberapa perkara yang sentiasa menjadi alasan dan halangan. Antaranya ialah, tak ada masa, tak sempat nak siram, nanti pokok mati, peralatan nak berkebun mahal, tak ada ruang dan macam-macam lagi lah.
Ni, IMPIANA nak ajak semua tanam kangkung dengan tidak menggunakan modal yang tinggi, paling mudah di tanam, tak perlu ruang yang luas, tak perlu siram hari-hari dan yang paling penting, cepat dituai.
Berikut adalah langkah-langkah untuk tanam kangkung hanya dengan menggunakan besen dan penapis yang telah disediakan oleh Baja AB Plus Premium
1) Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah
IKLAN
2) Sediakan satu bekas berlubang-lubang kecil untuk bubuh biji benih kangkung. Pastikan saiz bekas tersebut lebih kurang sama.
3) Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.
IKLAN
4) Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh)
5) Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh diletakkan kepada cahaya matahari. (pastikan paras air kena kepada akar pokok)
IKLAN
6) Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.
8) Apabila sudah 3 ke 4 minggu pokok kangkung sudah boleh dituai dimasak belacan
Buat para ibu bapa yang bakal dan baru sahaja menimang cahaya mata pertama, pasti berasa amat teruja untuk menyediakan sebuah bilik yang sangat cantik khas buat permata hati.
Bukan sahaja berasa teruja, malah pasti ada juga yang sudah tidak sabar untuk melakukan dekorasi bagi ruang kamar tersebut, betul tak?
Namun begitu, tidak dinafikan kadang-kadang bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan sumber idea inspirasi yang menarik. Tidak mengapa, jangan anda bimbang. Mari IMPIANA kongsikan beberapa idea dekorasi bilik tidur anak yang menarik.
Bukan sahaja menarik, idea dekorasi bilik tidur ini amat sesuai bagi anda yang mengemarkan konsep dekorasi yang tampak estetik. Untuk mendapatkan hasil dekorasi seperti ini, anda disarankan untuk menggunakan pemilihan warna cat dinding dan perabot yang terang seperti putih, coklat dan kelabu.
Foto: Facebook Kakidekko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan konsep ‘Rustic’ atau sinonim ‘Exposed Material’ ini juga merupakan antara salah satu konsep dekorasi kediaman yang sering menjadi pilihan ramai khususnya bagi mereka yang mengemarkan keindahan alam semula jadi.
Bagi anda yang masih belum mengenali dengan lebih dekat mengenai dekorasi dalaman rumah yang bertemakan Rustic’ ini, ia adalah merupakan sebuah konsep yang mengetengahkan elemen kayu, batu serta lain-lain organik.
Untuk maklumat anda, konsep ‘Rustic’ ini mempunyai warna utama yang diambil daripada warna-warna alam sekitar seperti Forest Green, Wood Brown dan Tans.
Kebiasaannya, dekorasi ruang dalaman rumah yang berkonsepkan ‘Rustic’ ini sering digabungkan dengan elemen kontemporari bagi melengkapi dekorasi antara satu sama lain.
Hasil dekorasi yang berkonsepkan ‘Rustic’ ini menampilkan ruang dalaman rumah tampak lebih moden, kemas dan lebih menarik.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda seorang yang dah ada kerjaya? Gaji pun stabil? Tapi masih duduk di rumah mak ayah?! Jangan begini saudara/saudari sekalian. Sampai satu masa, kita kena hidup sendiri dengan rumah sendiri. Aihhhh. Ha? Apa? Tak tahu nak beli rumah apa? Hahahaha Jangan risau. Kini, saya ada untuk memberi rekomendasi jenis rumah yang ada di Malaysia ini.
KONDOMINIUM. Apa yang biasa disebut sebagai kondo sebenarnya adalah unit kediaman individu bertingkat (berbilang unit). Setiap unit kondo mempunyai sekurang-kurangnya dua bilik tidur dan satu bilik mandi. Disebabkan ini adalah hartanah strata, hanya apartmen anda yang dimiliki sepenuhnya, manakala kemudahan lain seperti kolam renang dan gimnasium dikongsi dengan pemilik unit lain dan dimiliki oleh pemaju kondominium. Lebih besar ruang (bilik) rumah yang anda perolehi, lebih mahal dan mewah kondo yang anda beli, malah ciri yang padat seperti spa, sauna dan kolam infiniti. Kondominium ini biasanya lebih kecil daripada hartanah bertanah, namun sesetengah kondominium mewah mungkin bersaing dengan saiz kediaman bertanah.
APARTMENT atau FLAT. Kedua-dua ini tiada bezanya dari kondo tapi, cumanya, apartment lebih murah dari kondo dan flat pula lagi murah dari flat. Selalunya, flat ini pelajar atau pekerja buruh, suka duduk dan menyewa di flat berbanding apartment sebab flat sangatlah murah dan ruangannya pun kecil. Jadi, jika mahukan murah, ambil lah flat.
KEDIAMAN SERVIS/SOHO. Kediaman yang diservis, seperti SoHo, yang merupakan pejabat kecil di rumah, direka untuk pemilik syarikat yang mahukan ruang kerja kecil yang juga boleh digunakan sebagai kediaman. SoHo unik kerana ia boleh digunakan sebagai rumah dan pejabat kerana konfigurasi seperti loteng, yang membolehkan pemilik menggunakannya sebagai rumah dan pejabat.
RUMAH TERES. Kerana ia menghubungkan satu unit ke unit yang lain dan berkongsi dinding dengan rumah sebelah, bentuk harta ini juga dikenali sebagai rumah penghubung. Oleh kerana tanggapan rumah teres bersempadan dengan rumah jiran, saiz rumah berbeza-beza, dengan rumah teres lot sudut (rumah paling jauh) lebih besar. Rumah teres di Malaysia biasanya mengandungi 10 hingga 12 pangsapuri setiap baris. Setiap kediaman hanya setinggi satu atau dua tingkat. Rumah teres satu tingkat mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, manakala rumah teres dua tingkat mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik mandi.
BANGLO. Rumah banglo ini, selalunya hanya untuk orang yang kaya sahaja kerana satu harga biji banglo ini, boleh mencecah jutaan ringgit Malaysia. Ini kerana kenapa banglo ini sangat mahal, adalah, sebuah banglo luasnya hampir mencecah 5000 kaki per segi. Luas betul kan banglo ini. Tambahan lagi, ia ada kawasan terbuka, laman tersendiri dan tak bercantum mana-mana unit rumah.
RUMAH SEMI-D. Kalau di ikutkan, rumah semi-D ni sepasang rumah yang mempunyai bentuk dan ruang sama. Cuma, ia berkongsi dinding di tengah-tengan dan sebab itu ia membentuk seperti rumah berkembar.
Dan yang terakhir adalah TOWN HOUSE. Rumah jenis town house ini, serupa dengan rumah teres, kecuali ia dibina secara menegak dan disusun di atas satu sama lain di atas sebidang tanah yang sama. Bergantung pada jumlah ketinggian harta tanah, setiap unit town house biasanya mempunyai satu atau dua tingkat. Town house bertingkat rendah boleh dikunjungi terus dari aras bawah, tetapi town house bertingkat tinggi hanya boleh diakses melalui tangga tepi.
Jadi, anda sudah baca bukan? Ini lah jenis-jenis rumah yang ada di Malaysia. Yang mana satu kah pilihan anda? Semuanya ditangan anda.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.