Tanam Kangkung Dalam Raised-Bed Guna Cocopeat, Anak Pokok Mula Muncul Lepas Beberapa Hari

Tanam kangkung dalam raised-bed guna cocopeat, anak pokok mula muncul lepas beberapa hari. Seronok tengok bila hampir semua benih yang disemai tumbuh dengan baik dan sekata. Walaupun tak guna pembaris pun, barisan pokok tetap nampak tersusun.

Tanam Kangkung Dalam Raised-Bed Guna Cocopeat, Anak Pokok Mula Muncul Lepas Beberapa Hari

Dalam gambar ini, kelihatan satu petak raised-bed yang kemas dengan susunan bata konkrit di sekelilingnya. Media yang digunakan ialah cocopeat, iaitu sabut kelapa yang dijadikan medium tanaman tanpa tanah. Cocopeat memang popular dalam kalangan penanam sayur kerana ia ringan, bersih dan bagus untuk kelembapan akar.

Pemilik kebun ini memulakan proses menyemai benih kangkung terus ke dalam media cocopeat. Selepas beberapa hari, anak pokok mula menunjukkan hasil. Sebaik saja anak pokok naik, proses pembajaan pun bermula. Baja AB digunakan dengan cara siraman, dan bancuhannya dibuat cair pada peringkat awal pertumbuhan. Setiap minggu, kepekatan baja ditingkatkan sedikit demi sedikit mengikut pertumbuhan pokok.

Tanam Kangkung Dalam Raised-Bed Guna Cocopeat, Anak Pokok Mula Muncul Lepas Beberapa Hari

Bagi siraman pula, awal-awal ini cukup selang sehari. Apabila pokok dah besar nanti, mungkin perlu siram setiap hari, bergantung juga kepada cuaca semasa. Ini penting untuk elak media menjadi terlalu kering, terutama bila cuaca panas.

Teknik tanam kangkung menggunakan cocopeat dalam raised-bed ini sangat sesuai untuk sesiapa yang nak mula berkebun di rumah. Tak semestinya perlu tanah. Boleh guna medium alternatif seperti cocopeat pun boleh berjaya asalkan tahu cara penjagaan asas seperti siraman dan pembajaan.

Ads

Tip tambahan untuk tanam kangkung guna cocopeat:

*Gunakan cocopeat berkualiti tinggi dan pastikan ia lembap sebelum semai benih.

*Pastikan ada sistem saliran yang baik supaya air tak bertakung.

*Kawal kelembapan agar tidak terlalu kering atau terlalu basah.

*Gunakan jaring halus atau penutup jika kawasan anda ada serangga atau kucing yang suka kacau tanaman.

Ads

Selamat mencuba tanam kangkung di rumah!

Sumber:

Baca artikel lain juga: Tanam Sayur Dalam Botol, Malas Siram Tapi Hasil Meriah

Ads

Tanam Kesum Guna Kaedah Tapis, Jimat Ruang, Bebas Jentik-Jentik!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads