Ramai Sahabat laman yang mengeluh Hydrangea atau bunga Siti Zabedah dah bertahun di tanam namun tidak berbunga. Kebanyakkannya mabuk daun walaupun telah di beri pelbagai baja sama ada organik mahupun kimia. Ada juga yang sanggup menghabiskan duit membeli baja khas untuk hydrangea yang diimport dari luar negara. Maka, keputusanya adalah di buang atau musnahkn sahaja pokok bunga tersebut.

Ini Yang WAJIB Anda Lakukan Apabila Hydrangea Yang DI Tanam Dah Bertahun Tak Berbunga

Sebenarnya, bukan sekadar pembajaan perlu di lakukan. Ada beberapa perkara lain yang perlu anda perhatikan. Antaranya:

1. Pastikan jenis pokok hydrangea yang ditanam sesuai dengan iklim tropika. Kebiasaanya, jenis yang sesuai dengan iklim Malaysia adalah jenis Hydrangea macrophylla. Ia mempunyai bunga berwarna putih, biru keunguan dan merah muda. (Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pH tanah di mana tanah yang lebih berasid, bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda.) Nak tahu cara untuk menukar warna hydrangea [klik sini] 

IKLAN

2. Haydrangea lebih mudah dan cepat berbunga jika di tanam terus di atas tanah. Ini keran sifat akarnya yang berserabut mudah tercekik menyebabkan ia sukar untuk menyerap nutrien dan mengeluarkan bunga.

3. Pastikan lokasi yang ditanam tidak terdedah dari terik matahari. Jika terdapat kesan daun yang melecur, ia menunjukkan lokasi hydrangea yang ditanam hydrangea tidak sesuai.

4. Namun, Hydrangea memerlukan matahari pagi untuk pertumbuhan dan penghasilan bunga. Oleh itu, cari lokasi yang menghadap matahari pagi namun terlindung dari terik petang

IKLAN

5. Lakukan pembajaan secara berkala sekurang-kurangnya 1 kali setiap 2 minggu. Tak kira jenis apa pun baja yang anda gunakan, setiap kali selepas membaja anda Wajib lakukan siraman segera. Jika tidak, baja tadi akan menyebabkan pokok panas dan boleh mengakibatkan mati Ini Yang WAJIB Anda Lakukan Apabila Hydrangea Yang DI Tanam Dah Bertahun Tak Berbunga

6.  Lakukan cantasan secara kerap. Ia bukan sekadar berupaya mengawal tumbesaran pokok malah dapat menggalakkan penghasilan cambah tunas baru. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan penghasilan bunga yang lebih banyak

IKLAN

7. Apabila selesai berbunga atau bunga mula layu, dahan yang berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan pertumbuhan gugusan putik bunga yang baru 

Ini Yang WAJIB Anda Lakukan Apabila Hydrangea Yang DI Tanam Dah Bertahun Tak Berbunga

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI