Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya bunga Siti Zubaidah atau bunga tiga bulan. Ia bukanlah tanaman yang berasal dari negara-negara Inggeris. Hydrangea sebenarnya berasal dari Jepun dan menghiasi taman-taman kediaman mereka satu ketika dahulu. Ramai beranggapan, Hydrangea hanya sesuai sebagai tanaman iklim sejuk. Ramai juga yang berpendapat bahawa Hydrangea merupakan tanaman bermusim (annual) yang hanya mampu berbunga sekali sahaja. Betul tak? Sebenarnya, untuk Hydrangea tumbuh mekar di laman, ada beberapa perkara yag perlu anda kenal pasti.

1. Jenis sesuai untuk iklim panas

Jenis yang sesuai untuk ditanam pada iklim tropika Malaysia adalah dari Hydrangea macrophylla. Ia mempunyai bunga berwarna putih, biru keunguan dan merah muda. (Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pH tanah di mana tanah yang lebih berasid, bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda.)

2. Penyediaan medium

Hydrangea memerlukan medium tanaman yang polos dan subur. Hydrangea memerlukan kondisi tanah yang lembap namun tidak bertakung air untuk pembesaran optimum.

3. lokasi

IKLAN

Pilih kawasan yang menghadap matahari pagi dan terlindung dari terik petang. Ini kerana, hydrangea memerlukan matahari pagi untuk menghasilkan bunga yang merimbun. Kalau terdedah pada terik matahari petang, daun akan mula kuning dan ada bahagian-bahagian yang melecur.

4. Lubang tanaman

Gali lubang 2-3 kali lebih besar dari saiz rootball pokok. Ini penting bagi mengelak masalah pokok tumbang yang kerap dialami oleh pemilik terutamanya apabila pokok matang. Ini kerana hydrangea akan mencapai ketinggian 1-3 meter.

IKLAN

5. Jarak antara tanaman

Jika anda berhasrat untuk tanaman Hydrange dalam kelompok yang besar atau sebagai pagaran, jaga jarak tanaman. Ia bertujuan mengurangkan persaingan di samping memastikan bentuk pokok yang menarik. Jarak antara tanaman perlulah antara 3- 10 kaki setiap satu.

6. Siraman

IKLAN

Hydrangea memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari di awal pagi dan lewat petang. Pastikan air tidak bertakung dan sentiasa gemburkan tanah untuk mengelak masalah ini berlaku.

Kapur Dan Sulfur – Teknik Tukar Warna Bunga Hydrangea Yang Perlu Anda Cuba – Part 1

 

Cara untuk tukar warna bunga Hydrangea: Kapur dan Sulfur-Teknik Tukar Warna Bunga Hydrangea Yang Perlu Anda Cuba-Part 2

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI