Menanam cendawan kukur atau cendawan kukur kering di rumah semakin popular di kalangan penggemar tanaman organik.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
Ads
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
Ads
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP). Memang unik dan kreatif idea makeover pagar besi standard yang pemaju sediakan, dan dah berkarat ini, menjadi seperti ‘pagar baru’ dan mewah apabila menggunakan Aluminium Composite Panel (ACP) dengan corak chevron.
Semuanya pemilik kediaman lakukan sendiri, tak perlu membazir beli pagar yang baru pun. Lebih jimat malah cantik hasilnya. Malah kediaman juga mempunyai privasi tersendiri.
IMPIANA: Jadi buat yang inginkan privasi pada kediaman, boleh makeover begini pada pagar besi standard di rumah, tak perlu tukar pagar yang baru pun. Guna Aluminium Composite Panel dengan corak chevron, lebih jimat dan cantik hasilnya nanti.
Bawang putih antara ramuan yang selalu kita gunakan dalam masakan dan ia mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Jika suka berkebun, boleh cuba tanam bawang putih sendiri di rumah. Ada jenisnya yang sesuai ditanam di negara kita dan caranya menanamnya juga kena betul. Barulah menjadi bawang putih yang ditanam.
Fahamkan perkongsian daripada Mahadzir Hashim ini sebagai panduan jika nak belajar asas tanam bawang putih.
1. Pemilihan Benih
Terdapat 2 jenis bawang putih yang diimport kita harus kenal;
i) Softneck– kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bawah. Ia di tanam pd musim panas di China dan Korea.
ii) Hardneck- Kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atasnya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.
Di sebabkan cuaca kita yang panasnya,jenis softneck sesuai ditanam di negara kita dan memberi hasil positif.
Pilih bawang yang baik dan segar sahaja untuk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yang matang sahaja.
2 bahagian tanah pasir
1 bahagian cocopeat
1 bahagian tanah organik
Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian akarnya ke bawah.Kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Jangan terlalu ke dalam benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman di perlukan pagi dan petang.
Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini.
Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi. Daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci. Ini untuk menggalakan perkembangan bawang. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.
Proses diulang pada tiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.
Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan mencungkil. Jangan mencabut kerana akan menjejaskan bawang.
Bersihkan sisa tanah yang melekat dibawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawangnya kering.
Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh di ambil untuk kegunaan atau disimpan.
1. Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak di letakkan di tempat berbumbung atau ternaung.
2. Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.
3. Untuk anda yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck adalah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.
IMPIANA: Memandangkan bawang putih boleh tahan juga mahal harganya, boleh cuba tip dan cara betul tanam bawang putih ni.Pastikan pilih jenis bawang putih yang sesuai iya.
5 Jenis Sayur yang Boleh Ditanam di Rumah dan Memerlukan Penjagaan yang Minimum. Menanam sayur-sayuran di rumah bukan sahaja memberi kepuasan tersendiri, tetapi juga boleh memastikan anda mempunyai bahan makanan yang segar dan sihat.
Bagi mereka yang baru bermula atau yang tidak mempunyai banyak masa untuk penjagaan tanaman, terdapat beberapa jenis sayur yang boleh ditanam di rumah dengan penjagaan yang minimum.
Berikut adalah lima jenis sayur yang sesuai untuk ditanam di rumah dan memerlukan penjagaan yang tidak rumit:
Kailan adalah sayur yang sangat sesuai untuk penanam pemula kerana ia mudah dijaga dan tumbuh dengan cepat. Ia boleh ditanam di dalam pasu atau bekas besar dengan tanah yang subur dan agak lembap. Kailan memerlukan pencahayaan matahari yang sederhana dan tidak memerlukan banyak penjagaan.
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 4-6 jam cahaya matahari setiap hari
Suhu: 15-25°C
Penyiraman: Secara sederhana, pastikan tanah kekal lembap tetapi tidak terlalu basah
Penyuburan: Baja organik sebulan sekali
Daun bawang adalah sayur yang sangat mudah ditanam dan memerlukan penjagaan yang minimum. Anda boleh menanamnya dalam bekas kecil atau potongan dari bawang yang telah digunakan. Daun bawang juga boleh tumbuh semula dengan mudah apabila akarnya dibiarkan dalam air.
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 4-6 jam cahaya matahari sehari
Suhu: 10-20°C
Penyiraman: Pastikan tanah atau air sentiasa lembap
Penyuburan: Baja organik sekali-sekala
Bayam adalah sayur hijau yang tumbuh dengan cepat dan memerlukan penjagaan yang tidak rumit. Ia boleh tumbuh dengan baik dalam pasu atau bekas tanam di tempat yang mendapat cahaya matahari sederhana. Bayam juga tahan terhadap beberapa jenis cuaca dan boleh dituai dalam masa yang singkat.
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 4-6 jam cahaya matahari sehari atau cahaya tidak langsung yang terang
Suhu: 10-20°C
Penyiraman: Secara sederhana, elakkan tanah terlalu kering
Penyuburan: Baja kompos atau organik sebulan sekali
Salad adalah sayur yang sangat mudah ditanam dan cepat membesar. Ia sesuai untuk ditanam dalam bekas atau pasu kecil. Salad memerlukan cahaya matahari yang sederhana dan boleh tumbuh dengan baik dalam tanah yang lembap tetapi tidak basah.
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 4-6 jam cahaya matahari sehari
Suhu: 15-20°C
Penyiraman: Secara konsisten, pastikan tanah kekal lembap
Penyuburan: Baja kompos atau organik sekali-sekala
Cili padi boleh ditanam dalam bekas kecil atau pasu dan memerlukan penjagaan yang minimum. Ia lebih tahan terhadap perosak dan penyakit, dan boleh tumbuh dengan baik dalam pelbagai jenis tanah. Cili padi memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hanya perlu disiram secara berkala.
Cara Penjagaan:
Pencahayaan: 6-8 jam cahaya matahari langsung sehari
Suhu: 20-30°C
Penyiraman: Secara sederhana, elakkan tanah terlalu kering
Penyuburan: Baja organik atau baja sayur sebulan sekali
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Pastikan anda memberi perhatian kepada keperluan asas setiap sayur seperti pencahayaan, suhu, dan penyiraman untuk memastikan tanaman anda berkembang dengan sihat dan memberikan hasil yang memuaskan. Selamat berkebun!
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!