Tanam BAWANG MERAH KECIL Cukuplah Sekadar Timbus Sedikit Je Atas Tanah, Baru Menjadi!

Tanam BAWANG MERAH KECIL Cukuplah Sekadar Timbus Sedikit Je Atas Tanah, Baru Menjadi! Bawang Merah merupakan salah satu bahan penting dalam masakan dan sering dimasukkan dalam senarai wajib belanja dapur. Jika ingin berjimat, boleh cuba tanam sendiri bawang merah di laman rumah.

Ada caranya supaya bawang merah kecil yang ditanam menjadi hasilnya.

Perkongsian daripada Cecilia Ariella Arya ini boleh dijadikan panduan bagi yang ingin tanam bawang merah kecil di laman rumah.

Hari ini projek tanam bawang merah kecil setelah geram tengok post sebelah. Baru tahu, tanam bawang ni tak boleh masuk bawang dalam tanah. Cukup lah sekadar tutup bawah bawang sedikit je masuk tanah. Bawang merah mahal guys, jom kita tanam!!

Kaedah Tanam Bawang Merah Kecil

1. Bawang merah yang dibeli dari kedai tu biarlah simpan dulu sekurang-kurangnya 3 bulan, hingga warna kulit warna merah berkilat tandanya betul-betul kering baru tanam.

2. Pilih bawang yang single saja untuk tanam, yang ada anak tak sesuai. Sebelum tanam penting kerat sedikit hujung bawang tu supaya cepat naik hidup subur. Letak di tempat matahari penuh dan siram sekali sehari saja.

Tanam BAWANG MERAH KECIL Cukuplah Sekadar Timbus Sedikit Je Atas Tanah, Baru Menjadi!

Cara Siraman:

Untuk menyiram bawang yang baru ditanam, siram sekali sehari dan pastikan air tidak terlalu banyak untk mencegah umbi bawang busuk.

Ads

Pastikan tanah lembab tetapi tidak basah kuyup, dan sesuaikan frekuensi penyiraman dengan cuaca, siram dua kali sehari saat panas dan kurang saat cuaca hujan.

Cukuplah sekadar siram tanah saja, kalau terlebih air bawang menjadi busuk.

Tanam BAWANG MERAH KECIL Cukuplah Sekadar Timbus Sedikit Je Atas Tanah, Baru Menjadi!

Waktu Tuaian:

Tak perlu potong daun, biar saja daunnya situ hingga daun menguning sendiri. 3 ke 4 bulan dah boleh tuai hasilnya

Ads

Kalau tanam untuk umbinya, daun jangan ambil, kalau ambil bawang cepat mati. Biarkan situ daunnya, dalam anggaran 3 ke 4 bulan daun mula menguning dan rebah. Batang leher bawang mula kering..itulah masanya boleh tuai.

Kalau tuai pun jangan terus potong batangnya.. jemur dengan batangnya sekali, cara terbaik jemur cara tergantung supaya batangnya mengering sempurna, dan tahan simpan hingga 5 ke 6 bulan.

Tanam BAWANG MERAH KECIL Cukuplah Sekadar Timbus Sedikit Je Atas Tanah, Baru Menjadi! Tanam BAWANG MERAH KECIL Cukuplah Sekadar Timbus Sedikit Je Atas Tanah, Baru Menjadi!

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!

Ads

IMPIANA: Bagi yang nak cuba tanam bawang merah kecil di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Barulah menjadi hasilnya nanti. Jimat belanja dapur.

Sumber: Cecilia Ariella Arya

Baca Lagi Di Sini:

Tanam BAWANG PUTIH Pilih Jenis ‘Softneck’, Letak Menegak Sebelum Kambus!

Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads